Friday 17 June 2011

Peminat Marah Jersi Liverpool Warna Musuh


Liverpool smelam melancarkan jersi ketiga baru untuk musim depan. Jersi keluaran Adidas itu nampak kemas dan menarik sekali.  Bagaimanapun, apa yang terjadi ialah jersi itu menimbulkan kemarahan dikalangan penyokong setia The Reds apabila ia menggunakan warna musuh ketat mereka, Everton iaitu warna biru.

Walaupun warna biru agak minimum, namun ia masih kurang disenangi peminat Liverpool
Liverpool terletak di kawasan Merseyside dan kawasan itu terbahagi kepada dua iaitu Liverpool dan Everton. Mereka digelar Merseyside red untuk Liverpool dan Merseyside blue untuk Everton. Jelas sekali kedua-dua pasukan mempunyai warna tradisi iaitu merah dan biru. Jadi, jersi ketiga Liverpool yang menggunakan warna biru menimbulkan kehairanan dikalangan peminat malah bukan sahaja peminat Liverpool, malah peminat Everton juga.
Peminat fanatik Liverpool dan Everton di kawasan Merseyside
Dikalangan peminat setia Liverpool di Merseyside, mereka menggelar jersi ini sebagai 'tidak masuk akal' dan mustahil mereka akan membeli dan memakai jersi itu.

1 comment:

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...