Tuesday 31 May 2011

Senarai Pemain Skuad Kebangsan Lawan Hong Kong


Jurulatih skuad Kebangsaan, K. Rajagobal menamakan beberapa muka baru dalam skuad yang akan menentang Hong Kong dalam perlawanan persahabatan 3 Jun nanti. Pendahulu senarai penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi Yahya antara muka baru yang dipanggil oleh Rajagobal disamping Ismail Faruqi dan Helmi Remeli juga dari Terengganu, Shahrom Abd Kalam (KL), Mohd Hisyamudin (Perak) dan pertahanan Kelantan, Farisham Ismail. Turut dipanggil adalah 2 penjaga gol yang pernah mewakili Malaysia sebelum ini iaitu Nasril Nordin(Perak) dan Syed Adney (Sabah).

Safee dipanggil oleh Rajagobal
Sementara itu, 2 pertahanan digugurkan dari skuad iaitu Sabree Abu (Kedah) dan Rizal Fahmi (Kelantan). Penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias juga digugurkan selepas gagal beraksi dengan konsisten. Khairul Fahmi pula dikeluarkan dari skuad selepas memilih untuk bersama skuad Olimpik bimbingan Ong Kim Swee. Berikut Senarai penuh 24 pemain yang dipanggil sebelum dipendekkan ke 22 pemain untuk ke Hong Kong.

Senarai Pemain Skuad Kebangsaan:

Penjaga Gol: Sharbinee Allawee (Ter), Nasril Nordin (Prk), Syed Adney (Sbh)

Pertahanan: Asrarudin Putra, Nasriq Baharom (Sel), Azmi Muslim (Kdh), Aidil Zafuan (NS), Farisham Ismail (Kel), Helmi Remeli (Ter), Shahrom Kalam (KL), Mohd Hisyamudin( Prk)

Tengah: Safiq Rahim, Amirul Hadi, Azidan Sarudin (Sel), Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar (Kdh), Ashaari Samsudin, Ismail Faruqi (Ter), S. Kunanlan (NS), S. Chanturu (Kel)

Penyerang: Safee Sali (Pelita Jaya), Norshahrul Idlan (Kel), Abd Hadi Yahya (Ter), Shahrizal Saad( JFC),

Monday 30 May 2011

Berbatov Hampir Pasti Tinggalkan United


Penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov hampir pasti akan meninggalkan Manchester United selepas tidak dimasukkan dalam senarai 18 pemain dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah yang menyaksikan United tewas 3-1 kepada Barcelona. Berbatov dikatakan amat kecewa dengan keputusan Ferguson itu dan dilaporkan mahu meninggalkan United musim depan.

Modric menjadi pilihan United ganti Scholes
Manchester United juga dilaporkan sedia mendengar sebarang tawaran yang akan dikemukakan untuk pemain yang dibeli dengan harga 30.75 Juta Pound dari Tottenham dulu. Turut dikaitkan adalah tawaran pertukaran pemain dengan United dilihat mahu menukar Berbaov kembali ke kelab asal dan mendapatkan Luka Modric sebagai syarat. United bagaimanapun perlu menambah 5-10 Juta Pound lagi untuk perjanjian berjalan. Berbatov memulakan musim dengan bergaya tahun ini dan menjadi pemenang kasut emas dengan 21 gol dalam Liga Perdana Inggeris, berkongsi dengan Carlos Tevez. Namun, kehadiran Javier Hernandez membataskan aksi Berbatov dan kerap memanaskan bangku simpanan di penghujung musim.

Sunday 29 May 2011

Senarai Terkini Penjaring Terbanyak Liga Super 29/5/2011

Hanya 12 gol dijaringkan dalam 7 perlawanan liga semalam dan tiada perubahan ketara dalam senarai penjaring terbanyak. Abdul Hadi Yahya masih lagi mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Super mengatasai Norshahrul Idlan Talaha dengan perbezaan 1 gol. Berikut adalah senarai Terkini selepas 23 perlawanan Liga Super musim ini:




Kedudukan Terkini Carta Liga Super

Saturday 28 May 2011

Kedudukan Terkini Carta Liga Super 28/5/2011

Kelantan kembali ke tangga teratas Liga Super dan menolak Terengganu ke tangga kedua dengan hanya kelebihan gol selepas kedua-dua pasukan terikat dengan 47 mata. Berikut carta terkini Liga Super selepas perlawanan ke-23 liga:

Terengganu Kecundang; Kelantan Rampas Takhta Liga

Kedudukan peneraju Liga Super sekali lagi berubah apabila Kedah meleburkan rekod tanpa kalah Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah musim ini dengan kemenangan tipis 1-0. Gol dijaringkan oleh Baddrol Bakhtiar menerusi rembatan yang membias lewat separuh masa pertama.

Kelantan pula kembali mencatat kemenangan sekaligus merampas kembali takhta Liga Super dari Terengganu hasil kemenangan 1-0 keatas Pahang di Kota Bharu. Gol Kelantan dijaringkan oleh Badhri Radzi pada separuh masa pertama. Berikut keputusan penuh semua perlawanan yang berlangsung malam ini:

Man United vs. Barcelona; Siapa Raja Eropah..???


Pertembungan klasik juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan Juara La Liga Sepanyol, Barcelona dalam final Liga Juara-Juara Eropah malam ini merupakan perlawanan terbesar tahun ini. Perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Wembley di London, stadium kedua terbesar di Eropah selepas Nou Camp.


Barcelona menaruh harapan kepada Messi
 Barcelona kini dianggap sebagai pasukan terbaik di dunia dengan pemain terbaik dunia, Lionel Messi dalam pasukan mereka. Messi kerupakan penjaring terbanyak di Liga Juara-Juara Eropah setakat ini dengan 11 gol. Barcelona juga merupakan pasukan yang menjaringkan gol paling banyak dalam kejohanan sama. Dibantu rangkaian tengah yang prolifik seperti Xavi dan Iniesta, Barcelona sememangnya tidak mempunyai banyak masalah untuk merobek pertahanan lawan. Barisan pertahanan juga tidak kurang hebatnya. Dani Alves kerap membuat serangan dari bawah yang akan mengucar-kacirkan pertahanan lawan disamping Gerard Pique dan kapte, Puyol di bahagian tengah pertahanan.

Peluang United menang bergantung kepada prestasi Rooney
Manchester United pula adalah pasukan paling baik di bahagian pertahanan dalam kejohanan ini musim ini. kelibat kapten pasukan, Vidic bersama-sama Ferdinand di bahagian tengah pertahanan sememangnya bukan mudah untuk ditembusi. Di bahagian tengah, pemain veteran, Ryan Giggs yang setakat ini cemerlang dalam perlawanan peringkat suku akhir dan separuh akhir dijangka menjadi nadi untuk menggerakkan serangan United. Wayne Rooney sekali lagi akan berperanan penting dalam pertemuan ini dan dianggap sebagai penentu kepada keputusan perlawanan. Jika beliau bermain dengan baik, maka United mempunyai peluang malam ini. Rooney akan membantu Javier Hernandez di bahagian serangan. Hernandez menjaringkan 4 gol setakat ini dalam kejohanan tahun ini dan telah menjadi watak utama dalam skuad United.

Stadium Wembley menjadi venue final tahun ini
Diatas kertas, Barcelona dilihat mempunyai kelebihan tetapi sekiranya mengambil faktor bermain di England, maka Manchester United juga mempunyai peluang yang baik. Percaturan kedua-dua pengurus, Alex Ferguson dan Pep Guardiola juga penting dalam menentukan keputusan perlawanan malam ini. Perlawanan akan bermula jam 2.45 pagi waktu Malaysia.

Apakah ramalan anda..???

Friday 27 May 2011

Jadual Perlawanan Liga Super 28/5/2011 (Matchday 23)

7 lagi perlawanan Liga Super akan berlangsung pada sabtu ini, 28/5//2011. Pendahulu Liga Super, Terengganu akan menanti kunjungan Kedah di Kuala Terengganu dalam usaha untuk mengekalakn kedudukan di tangga teratas Liga Super. Kelantan pula akan menerima kunjungan Pahang manakala pasukan tangga ke-3, Selangor menanti Negeri Sembilan di Shah Alam. Berikut senarai penuh jadual perlawanan ke 23 liga Super:


Astro Arena membawakan perlawanan antara Terengganu dan Kedah di Kuala Terengganu secara langsung untuk perlawanan ke 23 ini.

Senarai Terkini penjaring terbanyak Liga Super
Kedudukan Carta Liga Super 2011

Thursday 26 May 2011

Sneijder: Saya Kekal Bersama Inter Milan


Wesley Sneijder yang kerap dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United musim depan menjelaskan bahawa beliau akan kekal bersama Inter Milan untuk musim depan. Bekas pemain Real Madrid dan Ajax Amsterdam itu menjawab soalan yang ditanyakan oleh media dengan berkata beliau akan berada disini musim depan.

Sir Alex Ferguson dikatakan sudah lama meminati Sneijder ekoran pengalaman luas yang ada pada pemenang Liga Juara-Juara Eropah musim lepas itu. Ferguson yang kini mencari pengganti kepada Paul Scholes menjadikan Sneijder sasaran utama mereka. Turut dikaitkan dengan United adalah pemain tengah Tottenham, Luka Modric. Sneijder dikatakan bernilai hampir 35 Juta Pound.

Jersi Baru Manchester United 2011/2012


Nike telah mengeluarkan jersi terbaru keluaran mereka untuk kelab Manchester United. Jersi ini akan digunakan sebagai jersi 'home' untuk musim 2011/2012.

Masih mengekalkan warna tradisi merah dengan seluar warna putih berserta stokin hitam. Jersi ini menggunakan konsep klasik dan moden dan diilhamkan daripada sejarah kelab Manchester United sendiri. Jersi ini dilihat agak ringkas seperti jersi sebelum ini dan juga kebanyakan jersi-jersi terbaru keluaran Nike.

Jersi untuk penjaga gol dilihat lebih menarik

Dengan menggunakan slogan, "Only The Truly Great Wear This Shirt", jersi ini akan mula berada di pasaran mulai 3 Jun 2011. Harga adalah 24.99 Pound ataupun RM 259.00.

Senarai Terkini Penjaring Terbanyak Liga Super 26/5/2011

Abdul Hadi Yahya mengambil alih pendahulu senarai penjaring terbanyak Liga Super selepas cemerlang dengan Hat-trick membantu Terengganu membenam Pahang semalam. Norshahrul jatuh ke tangga kedua manakala seorang lagi penyerang Terengganu, Abd Manaf Mamat di tangga ketiga. Berikut adalah senarai Terkini penjaring terbanyak liga super setakat perlawanan ke 22 Liga:



Kedudukan Terkini carta Liga Super

Wednesday 25 May 2011

Keputusan Penuh Perlawanan Liga Super 25/5/2011

Berikut adalah keputusan penuh semua perlawanan Liga Super yang berlangsung malam ini:

Kedudukan Terkini Carta Liga Super 25/5/2011

Terengganu memintas Kelantan untuk berada di tangga teratas selepas cemerlang membelasah jiran mereka Pahang 5-0. Kelantan yang sebelum ini mendahului terpaksa melepaskan tampuk mereka selepas dikejutkan T-team 2-1 di Kota Bharu. Selangor pula masih kekal di tangga ketiga selepas mencatat kekalahan ketiga berturut-turut. Berikut adalah carta Liga Super terkini:

Tuesday 24 May 2011

Jadual Perlawanan Liga Super 25/5/2011 (Matchday 22)

7 perlawanan akan berlangsung pada Rabu, 25/5/2011. Berikut adalah senarai penih semua perlawanan yang akan berlangsung.


Astro Arena akan menyiarkan secara langsung perlawanan antara Selangor menentang Harimau Muda A dari Stadium Shah Alam.

Apakah ramalan anda untuk semua perlawanan pusingan ini..???

Monday 23 May 2011

Senarai Terkini Penjaring Terbanyak Liga Super 23/5/2011

1 Gol dari Norshahrul membolehlannya mengekalkan kedudukan selaku pendahulu dalam perburuan Kasut Emas Liga Super 2011. 5 tempat teratas dikuasai pemain dari Kelantan dan Terengganu yang ternyata mendominasi kelompok teratas musim ini. Berikut adalah senarai terkini Penjaring terbanyak Liga Super selelpas perlawanan ke-21 Liga semalam.



Kedudukan Terkini Carta Liga Super
Keputusan penuh semua perlawanan

Kelantan Kekal Peneraju; Terengganu Pintas Selangor


Kelantan mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Super walaupun hanya sekadar mencatat keputusan seri menetang Harimau Muda. Terengganu pula mengambil kesempatan atas prestasi buruk Selangor yang tewas buat kali kedua berturut-turut untuk melonjak ke tangga kedua, berkongsi mata bersama Kelantan.

Harimau Muda A hampir berjaya membuat kejutan keatas pendahulu Liga hanya untuk dinafikan gol penyamaan oleh Norshahrul Idlan 4 minit sebelum permainan tamat. Terlebih dahulu, Harimau Muda membuka jaringan menerusi Izzaq faris sebelum disamakan oleh S. Chanturu. Izzaq sekali lagi memberikan kelebihan 2-1 buat Harimau Muda sebelum Norshahrul menjadikan kedudukan akhir 2-2 di Shah Alam.

Norshahrul muncul wira kelantan
Abdul Manaf Mamat menjadi wira Terengganu apabila meledak 2 gol untuk membantu Terengganu menewaskan Negeri Sembilan 3-0 di Kuala Terengganu. 1 lagi gol disumbangkan oleh Ashaari samsudin. Manakala pasukan 'adik' mereka, T-Team pula cemerlang menewaskan Sabah 3-1 di Kota Kinabalu dengan gol daripada Zairo Anuar Zailani, Norfarhan dan Indra Putra. Gol saguhati sabah disumbang oleh Zainizam marjan.

Di Kuantan pula, Selangor meneruskan aksi buruk apabila sekali lagi tewas dan kali ini di tangan pasukan Pahang dengan jaringan 2-1. Munir Amran dan Azamudin Akil menyumbang gol buat Pahang dan gol Selangor pula dijaringkan dilewat permainan oleh D. Surendran. Jaringan tunggal Akmal Rizal membantu Perak menundukkan Felda United 1-0 di Cheras untuk membantu Perak melonjak ke tangga ke-4 Liga.

Lain-lain keputusan menyaksikan Johor FC mengalahkan pasukan tercorot Liga, Perlis 2-1 dengan 2 gol dijaringkan bekas pemain Negeri Sembilan, Rezal zambry manakala gol Perlis dijaringkan oleh Mohd Hafiszuan. Kedah pula gagal memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri dan hanya mampu terikat tanpa jaringan menetang Kuala Lumpur.



Kedudukan Terkini Liga Super

Chelsea Pecat Carlo Ancelotti

Ancelotti dipecat selepas gagal meraih sebarang trofi
 Chelsea secara rasmi telah memecat pengurus mereka, Carlo Ancelotti selepas berakhir musim yang mengecewakan buat Chelsea dimana mereka gagal meraih sebarang trofi. Kenyataan ini dikeluarkan beberapa jam selepas Chelsea mengalami kekalahan kepada Everton dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris.

Ini adalah musim kedua buat Ancelotti selepas cemerlang pada kempen sebelum ini apabila membantu Chelsea meraih 2 piala iaitu Juara Liga dan Juara Piala FA. Chelsea hanya sekadar menghabiskan musim di tangga kedua Liga dengan 71 mata, 9 mata dibelakang Juara, Manchester United. Dalam saingan Liga Juara-Juara pula, mereka juga disingkirkan oleh United di pusingan suku akhir. Meskipun berbelanja besar pada musim perpindahan Januari dengan membeli Fernando Torres dengan rekod perpindahan 50 Juta Pound, kegagalan sekurang-kurangnya meraih 1 piala amat mengecewakan Roman Avramovich.

Villas-Boas cemerlang bersama Porto meraih kejuaraan Trebel
Kini, terdapat pelbagai spekulasi mengenai siapakah yang layak dan bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ancelotti itu. Guus Hiddink yang dianggap pilihan oleh Avramovich sendiri dikatakan hampir pasti diberikan tugas ini. Hiddink pernah menjadi pengurus sementara kepada Chelsea 2 musim lepas. Turut dikaitkan adalah pengurus dari belanda, Marco van Basten dan juga bekas pengurus Barcelona, Frank Rijkaard. Terbaru, pengurus Poorto, Andre Villas-Boas turut dikaitkan dengan Chelsea.

Blackpool, Birmingham City Tersingkir Dari Liga Perdana Inggeris

Pemain Blackpool berterima kasih kepada penyokong mereka

 Blackpool dan Birmingham City mengikut jejak langkah West Ham apabila mereka tersingkir dari Liga Perdana Inggeris musim depan. Kedua-dua pasukan kalah perlawanan mereka masing-masing dan terpaksa berpuas hati berada di tangga ke-18 dan 19 selepas tamat saingan liga dengan mengumpul 39 mata.


Dalam perlawanan yang baru sahaja tamat sebentar tadi, Blackpool tewas 4-2 kepada Manchester united di Old Trafford. Mereka mendahului 2-1 sebelum United menambah 3 gol untuk meraikan kejuaraan mereka dengan bergaya dan menyingkirkan Blackpool. Gol United disumbang oleh Park Ji Sung, Anderson, Owen dan gol sendiri pertahanan Blackpool, Evatt.

Seorang peminat kecil Birmingham tidak dapat menahan kesedihan
Birmingham City pula tewas 2-1 kepada Tottenham Hotspur dengan penyerang, Roman Pavlyuchenko menjaringkan gol lewat permainan untuk menafikan Birmingham sekurang-kurangnya keputusan seri. Birmingham yang menjadi pemenang Piala Carling selepas menewaskan Arsenal Februari lalu terpaksa bermain di Liga Championship musim depan.

Sunday 22 May 2011

Kedudukan Terkini Carta Liga Super 22 Mei 2011

Gol lewat permainan dari Norshahrul memastikan Kelantan kekal di tangga teratas Liga Super meskipun hanya seri 2-2 dengan Harimau Muda A. Terengganu pula melonjak ketangga kedua selepas menang 3-0 keatas Negeri sembilan dan Selangor tumpas 2-1 keatas Pahang. Berikut Carta terkini Liga Super selepas 21 perlawanan.


Keputusan Penuh Semua Perlawanan.

Keputusan Penuh Semua Perlawanan Liga Super 22 Mei (Matchday 21)

Berikut adalah keputusan penuh semua perlawanan liga super yang berlangsung malam ini:

Keputusan Penuh: Harimau Muda A (2) vs Kelantan (2)


BBT akan memberikan ulasan dari semasa ke semasa perlawanan Liga Super ke-21 antara Harimau Muda A menentang Kelantan yang bermula jam 8.45 malam dari Stadium Shah Alam.

Kesebelasan Utama:
Kelantan - Khairul Fahmi, Daudsu, Farisyam,S. Subramaniam, Zairul Fitree, Shakir, Piya (c), Azwan Roya, S. Chanturu, Ramzul, Norshahrul
 
Update 1:
Minit 0- Sepak mula perlawanan. Penyokong Kelantan membanjiri stadium shah alam, lebih kurang 4-5 ribu.

Update 2:
Minit 14- harimau Muda berjaya menjaringkan gol pendahuluan. Gol dijaringkan oleh penyerang Izzaq faris.

Update 3:
Minit 31- S.chanturu berjaya menyamakan kedudukan menerusi satu gerakan menarik berpunca dari sepakan penjuru.

Tamat separuh masa pertama. harimau Muda 1, Kelantan 1.

Keputusan Terkini di venue lain.
Pahang 1-0 Selangor
T'ganu 1-0 N.S (Manaf mamat)
Felda 0-1 Perak (Akmal Rizal)

Update 4:
Minit 46- Separuh masa kedua dimulakan. Harimau masa kedua terus melancarkan serangan sebaik sepak mula.

Minit 65- Keputusan terkini di kuala terengganu. t'ganu mendahului N.Sembilan 3-1. Keadaan di Shah Alam agak seimbang. Kedua-dua pasukan saling menyerang tetapi gagal menambah gol. Kelantan mempunyai banyak peluang tetapi tidak berjaya menjaringkan gol terutama dari Ramzul.

Update 5:
Minit 70- Harimau Muda berjaya menjaringkan gol kedua. Satu serangan balas oleh Harimau Muda membuahkan hasil.Fandi Othman melorongkan bola yang mudah disudahkan Izzaq Faris. Gol kedua harimau muda dan izzaq faris malam ini.

Keputusan penuh dari Kota kinabalu, Sabah 1; T-Team 3. Keputusan tempat lain masih tidak berubah. Sekiranya keputusan ini kekal, T'ganu bakal menerajui Liga Super.

Pahang menambah satu lagi gol. kini mendahului Selangor dengan 2-0.

Perlawanan masuk 10 minit terakhir. Pemain-pemain kelantan nampak agak keletihan dan tidak berjaya menyaingi kepantasan Harimau Muda.

Update 6:
Minit 86- Norshahrul berjaya menyamakan kedudukan. Beliau membuat satu pergerakan solo yang menarik sebelum menewaskan Izham Tarmizi di gol harimau Muda.

Kelantan semakin semangat menyerang dengan sokongan padu dari penyokong-penyokong setia pada minit-minit terakhir ini.

Tamat Perlawanan. Kelantan mengekalkan kedudukan di tangga teratas dengan keputusan seri 2-2 menentang harimau Muda A di Shah Alam.

Owen Hargreaves Sah Tinggalkan United

Kecederaan lutut menghalang Hargreaves bermain secara konsisten
 Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mengesahkan hari ini bahawa kontrak Owen Hargreaves tidak akan disambung dan akan dilepaskan berakhir musim ini. Hargreaves yang bergelut dengan kecederaan lutut yang sudah lama berlarutan gagal untuk cergas dan bermain secara konsisiten selama 5 tahun berada di Old Trafford. United membeli Hargreaves dari Bayern Munich selepas aksi cemerlang pemain itu semasa kempen Piala Dunia England di Jerman 2006. Hargreaves dinamakan sebagai pemain terbaik England sepanjang kejohanan.

Ferguson sahkan kontrak hargreaves tidak akan disambung
 United menandatangani kontrak 5 tahun dengan Hargreaves dalam urusniaga yang menyaksikan Beyern menerima 17 Juta Pound untuk pemain itu. Pemain yang kini berusia 30 tahun itu bagaimanapun hanya mampu beraksi sebanyak 39 kali sepanjang 5 tahun ini; 1 angka yang amat mengecewakan dengan jumlah yang dibayar. Hargreaves telah menerima rawatan dari ramai pakar di seluruh dunia tetapi gagal untuk memulihkan masalah lututnya itu. Hargreaves belum lagi membuat keputusan samaada akan bersara atau ingin terus bermain selepas ini dengan mencari kelab baru.

Ronaldo Pecah Rekod Jaringan Semusim La Liga


Cristiano Ronaldo menjaringkan 2 gol dalam perlawanan terakhir Real Madrid musim ini untuk menjadikan jumlah keseluruhan 40 gol dalam 1 musim; 1 rekod baru mengatasi rekod 38 gol sebelum ini. Dalam perlawanan itu, Real membelasah pasukan yang tersingkir dari la Liga, Almeria 8-1 dengan Adebayor menjaringkan Hat-trick dan Benzema menambah 2 lagi gol.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 53 gol yang dijaringkan pemain Portugal itu dalam semua kejohanan tahun ini. Bekas pemain terbaik dunia itu kini dilaporkan bakal dijual oleh Real Madrid dengan harga 150 Juta Pound selepas bergaduh dengan pengurus Real, Jose Mourinho.

Dalam pada itu, musuh ketat Real, Barcelona juga mencatat kemenangan dalam perlawanan terakhir mereka meskipun bermain dengan hampir keseluruhan pemain simpanan. Mereka menewaskan Malaga 3-1.


Real Sedia Jual Ronaldo dengan Harga 150 Juta Pound

Saturday 21 May 2011

Harry Redknapp Bakal Ganti Carlo Ancelotti..???


Satu laporan akhbar di England hari ini mendakwa pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp bakal menggantikan tempat Carlo Ancelotti sebagai pengurus Chelsea sekiranya Ancelotti dipecat oleh Roman Avramovich. Ini kerana Redknapp dilihat mampu mengembalikan prestasi sebenar Chelsea selepas gagal meraih sebarang kejuaraan dalam musim yang mengecewakan.

Redknapp telah membawa Spurs dari kelompok penyingkiran 3 musim lepas kepada satu pasukan yang disegani dalam Liga Perdana Inggeris mahupun di peringkat Eropah. Spurs yang pertama kali layak ke Liga Juara-Juara Eropah awal musim ini berjaya layak ke peringkat suku akhir sebelum disingkirkan oleh Real Madrid. Redknapp kini berusi 64 tahun dan merupakan antara pengurus tertua dalam Liga Perdana Inggeris.

Ancelotti mahu kekal di Chelsea tetapi keputusan terletak ditangan Avramovich
Bagaimanapun, laporan ini belum disahkan oleh mana-mana pihak lagi. Avramovich masih belum memutuskan samaada terus mengekalkan atau memecat Ancelotti. Guus Hiddink juga sering dikaitkan dengan Chelsea dan juga dikatakan akan ditawarkan jawatan itu sekiranya Ancelotti dipecat akhir musim ini.

Jadual Perlawanan Liga Super 22/5/2011 (Matchday 21)

Tinggal 6 lagi perlawanan sebelum berakhir saingan Liga Super 2011. 7 perlawanan berlangsung pada esok, Ahad, 22 Mei. Dengan saingan di puncak Liga semakin sengit dengan perebutan 3 penjuru antara Kelantan, Selangor dan Terengganu, perlawanan ke-21 ini tentunya akan memberi saingan yang menarik. Berikut jadual perlawanan Liga Super esok:


Perlawanan antara Felda United dan Perak akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena bermula jam 8.30 malam.

Bersamalah memeriahkan bola sepak tempatan dengan memberi sokongan kepada pasukan pilihan anda. Juga, apakah ramalan anda untuk semua perlawanan ini..???

Kedudukan Terkini Carta Liga Super
Senarai Penjaring Terbanyak Liga Super 2011

Vidic Dinamakan Pemain Terbaik EPL 2010/2011


Kapten Juara Liga Perdana Inggeris Manchester United, Nemanja Vidic hari ini diumumkan Pemain Terbaik sepanjang musim ataupun 'Player Of The Year' sementara pengurus United, Sir Alex Ferguson menerima anugerah Pengurus Terbaik.

Anugerah ini memang tepat berdasarkan prestasi United dalam Liga Perdana Inggeris musim ini apabila mereka berjaya memenangi gelaran juara buat kali ke-19. Vidic merupakan salah satu watak terpenting dalam skuad United yang hanya melepaskan 35 gol sepanjang 37 perlawanan Liga. Vidic juga cemerlang dengan sumbangan 5 gol. Ini kali pertama Vidic meraih gelaran ini tetapi bagi Sir alex Ferguson, ini adalah kali ke-9 dianegerah.


Anugerah ini diberikan atas undian daripada persatuan-persatuan bolasepak seluruh England, para wartawan media dan juga peminat. Terdahulu, Gareth Bale dinamakan pemain terbaik oleh Persatuan Pemain-Pemain Professional England dan Vidic salah seorang dari calonnya.

Friday 20 May 2011

Senarai Terkini Penjaring Terbanyak Liga Super 20/5/2011

Norshahrul dan Abdul Hadi Yahya masing-masing menjaringkan gol untuk terus berkongsi tempat teratas kedudukan Senarai penjaring terbanyak Liga Super setakat ini selepas perlawanan ke 20 Liga. Berikut merupakan Carta terkini Senarai Penjaring Terbanyak Liga Super 2011.

Real Madrid Sedia Jual Ronaldo Dengan Harga 150Juta Pund!!!!


Laporan di Sepanyol mengatakan Real Madrid kini sudah bersedia menjual pemain terbaik mereka, Cristiano Ronaldo. Bagaimananpun, mereka meminta harga yang tersangat tinggi iaitu 150 Juta Pound untuk pemain Portugis itu. Perkembangan ini adalah berikutan perselisihan faham antara Ronaldo dan pengurus, Jose Mourinho.



Presiden Real, Florentino Perez bersedia menerima tawaran dari kelab lain untuk Ronaldo sekiranya harga yang dikehendaki ditawarkan. Ronaldo yang baru sahaja menyamai rekod jumlah jaringan gol semusim La Liga dengan 38 gol  dilaporkan tidak suka dengan taktik yang digunakan oleh Mourinho dalam beberapa perlawanan dan mengkritiknya terutama selepas tewas kepada Barcelona dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah bulan lepas.



Dengan harga yang tersangat tinggi itu, hanya Manchester City sahaja dilihat mampu untuk membeli Ronaldo. City dalam pada itu memberitahu peminatnya semalam agar tidak mengharapkan pembelian besar-besaran musim ini selpas sudah berbelanja lebih 300Juta Pound setakat ini.

Ronaldo kini mendapat gaji lebih 200,000 Pound seminggu ataupun lebih RM1 Juta seminggu..!!!

Kelantan Kembali Ke Puncak Liga; T-Team Tewaskan Selangor Lagi

Kelantan kembali ke puncak Liga Super selepas menewaskan Felda United 3-1 di Cheras semalam.Kelantan membuka jaringan menerusi kapten pasukan Badhri radzi yang menerima hantaran cantik Daudsu. Kesilapan  pemain Felda Rashid Mahmud tertampan bola ke gawang sendiri memberikan kelebihan 2 gol kepada kelantan. Felda merapatkan jurang memerusi gol dari Hasmarul sebelum Norshahrul mengesahkan kemenangan Kelantan menerusi gol dari sepakan Penalti.

T-Team sekali lagi berjaya menewaskan pendahulu sebelum ini, Selangor apabila menang 2-1 di Kuala Terengganu. T-Team berjaya mendahului menerusi jaringan Norfarhan. Safiq Rahim kemudiannya menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan. Indra Putra muncul wira menjaringkan gol kemenanagan buat T-Team.

Pasukan 'abang' T-Team, Terengganu juga mencatat kemenangan 2-1 keatas Harimau Muda A dengan Abdul hadi dan Ashaari Samsudin mencatat nama sebagai penjaring. Jaringan saguhati Harimau Muda dijaringkan Ferris Danial. Pahang pula terus dirundum malang. Kali ini kalah 2-0 kepada Kuala Lumpur di tempat sendiri. Jaringan Kuala Lumpur dilakukan oleh Hazwan Bakri dan See Kok Luen.

Lain-lain perlawanan menyaksikan Negeri Sembilan menewaskan Johor FC 2-1. Gol Negeri Sembilan dijaringkan Shahurain Abu samah dan Shukor Adan manakala Riduwan Maon menjaringkan gol tunggal Johor FC. Perak pula terikat 1-1 dengan sabah. Shahrulnizam Mustafa menjaringkan gol pendahuluan sebelum Rozaimi menyamakan kedudukan buat Sabah.




Kedudukan Terkini carta Liga Super

Thursday 19 May 2011

Kedudukan Terkini Carta Liga Super 19 Mei 2011

Kelantan kembali meneraju carta Liga Super mengatasi Selangor ditempat kedua dan Terengganu di tampat ketiga. Berikut adalah kedudukan terkini carta Liga Super selepas perlawanan ke-20.



Keputusan penuh perlawanan

Keputusan Penuh Semua Perlawanan Liga Super 19 Mei (Matchday 20)

Berikut merupakan keputusan penuh semua perlawanan yang berlangsung pada semalam, petang tadi dan malam ini. Kelantan berjaya kembali ke puncak Liga Super selepas menewaskan Felda di Cheras manakala Selangor tumbang di Kuala Terengganu di tangan T-Team.


Keputusan Terkini: Felda (1) Kelantan (3)

BBT akan menyiarkan ulasan dari semasa ke semasa perlawanan ke-20 Liga Super melibatkan pasukan kelantan yang bertandang ke Stadium KLFA di Cheras menentang Felda United.

Kelantan boleh kembali ke Puncak Liga Super selepas pendahulu, Selangor ditewaskan oleh T-Team 2-0 di Kuala Terengganu petang tadi. 1 lagi perlawanan yang berlangsung petang tadi menyaksikan Perak dan Sabah terikat seri 1-1 di Kota Kinabalu.

Kesebelasan Utama:

Kelantan: Khairul fahmi, Daudsu, Farisyam, S. Subramaniam, Zairul Fitree, Shakir, Nurul Azwan, S. Chanturu, Badhri radzi (c), Khalid Jamlus dan Norshahrul

Felda: Hamsani (c), Ab Ghani, Rames Lai, Hasmarul, Azi Shahril, Chow Chee Weng, Azrul Ahmad, Rashid Mahmud, Mohd Lot, K. Rajan, Nizarudin

Update 1:
Minit 0- Khalid jamlus diturunkan dalam kesebelasan utama selepas beraksi cemerlang menentang Selangor sebelum ini. Norshahrul dan Nurul azwan juga kembali mendapat tempat selepas direhatkan sebelum ini. Hujan renyai-renyai di Cheras ketika ini.

Minit 4- Felda dilihat cuba menyerang dari awal. Sepakan penalti diberikan oleh pembantu pengadil walaupun dilihat terkena badan Farisyam.

Update 2:
Minit 6- Sepakan penalti diambil oleh Azrul Ahmad menerjah jaring tetapi dibatalkan dan terpaksa diambil sekali lagi. Sepakan kedua Azrul lemah dan diselamatkan Khairul Fahmi. Kelantan terselamat dari gol awal.

Update 3:
Minit 28- Kelantan berjaya mendahului Felda 1-0 menerusi kapten, Badhri Radzi. Badhri yang mendapat hantaran cantik dari Daudsu menanduk menewaskan Hamsani.

Minit 33- kelantan hampir menggandakan kedudukan apabila Norshahrul yang berhadapan 1 sama 1 dengan Hamsani tetapi sepakannya sedikit tersasar. Khalid mengalami kecederaan dan digantikan dengan ramzul.

Minit 40- Khairul fahmi berjaya menyelamatkan 1 cubaan baik dari Nizarudin Yusof. Satu serangan balas dari kelantan sejurus selepas itu hampir berjaya menmbah gol tetapi tersasar.

Update 4:
Minit 45- Tamat separuh masa pertama selepas 2 minit masa tambahan. Kelantan mendahului tuan rumah felda United 1-0 menerusi go Badhri Radzi.

Keputusan terkini di tempat lain;
harimau muda 0-1 Terengganu
n.s 2-0 johor fc
pahang 0-0 kl
keputusan penuh:
t-team 2-1 selangor
perak 1-1 sabah

Update 5:
Minit 47- kelantan menambah 1 gol lagi menerusi gol sendiri pemain pertahanan, Rashid Mahmud. Bola cantik hantaran Azwan Roya tertampan kedalam gol sendiri menewaskan Hamsani.

Minit 56- Felda berjaya menembusi gol kelantan tetapi dibatalkan pembantu pengadil kerana offside. Nizarudin yang berjaya menjaringkan gol kelihatan seperti tidak offside. 1 keputusan yang kurang baik dari pembantu pengadil.

Minit 62- Azwan Roya berjaya menewaskan penjaga gol Felda tetapi sudah offside.

Update 6:
Minit 84- Felda merapatkan kedudukan menerusi gol dari hasmarul. Kesungguhan Felda menyerang membuahkan hasil.

Update 7:
Minit 90- Kelantan mendapat 1 sepakan penalti yang disempurnakan Norshahrul. Nurul azwan Roya dijatuhkan Hasmarul. Felda 1-kelantan 3

Tamat permainan, Kelantan berjaya kembali ke puncak Liga hasil kemenangan 3-1 keatas Felda.

United Rancang Beli 3 Pemain Mantapkan Skuad


Manchester United dilaporkan merancang membeli 3 pemain pada musim perpindahan sebelum bermula saingan Liga Perdana Inggeris musim depan. Sir Alex Ferguson mahukan 3 pemain berpengalaman untuk menggantikan beberap pemainnya yang bersara termasuklah Gary Neville dan penjaga gol, Edwin Van der Sar. Paul Scholes juga dikatakan akan mengumumkan persaraan setelah enggan menyambung kontraknya bersama United.

United sememangnya telah lama mencari pengganti Van Der Sar selepas penjaga gol Belanda itu mengumumkan akan bersara hujung musim ini dan beberapa nama seperti David de Gea, Manuel Neuer, Pepe Reina dikaitkan dengan United. Turut menjadi sasaran adalah Marten Stakelenburg dan penjaga gol Perancis, Hugo Lloris.

Sneijder mempunyai pengalaman yang luas bersama Inter dan Belanda
United juga sedang mencari seorang pemain tengah kreatif yang akan menggantikan Scholes. Wesley Sneijder dikatakan menjadi pilihan utama Ferguson kerana pengalamannya. Turut dikaitkan adalah pemain muda Argentina, Javier Pastore yang kini bersama kelab Palermo di Itali. Pastore baru sahaja diumumkan pemain muda terbaik Serie A musim ini.


Pemain Aston Villa, Ashley Young juga dikaitkan dengan perpindahan ke United. Young yang enggan melanjutkan kontrak bersama Villa sudah lama mengimpikan aksi di pentas Eropah. Liverpool dan arsenal juga dilaporkan sedang memerhati perkembangan Young di Villa. Ashley young kini berusia 25 tahun dan dikatakan bernilai hampir 25 Juta Pound.

Owen gagal mendapat tempat dalam kesebelasan United selepas kehadiran Hernandez
Selain perpindahan masuk pemain, United juga dikatakan akan menjual beberapa pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik. Pemain seperti Gabriel Obertan dan Bebe yang amat mengecewakan mungkin akan digugurkan bersama-sama pemain senior seperti Wes Brown, Owen Hargreaves dan juga Micheal Owen.

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...