Tuesday 3 May 2011

Sahin Bakal Ke Real Madrid


Pemain tengah Turki, Nuri Sahin merupakan pemain terbaru yang dikaitkan dengan Real Madrid. Pemain muda berusia 22 tahun itu juga adalah watak penting dalam skuad Borussia Dortmund yang menjuarai Bundesliga Jerman musim ini. Sahin yang sebelum ini dikaitkan dengan Aston Villa selepas beliau enggan menandatangani kontrak baru yang ditawarkan Dortmund. Sahin boleh berpindah sekiranya Real sanggup membayar hanya 8 Juta Pound kepada Dortmund kerana itu adalah terma kepada kontrak beliau kini. Sekiranya Sahin bersetuju, Real boleh dianggap beruntung kerana mendapat seorang pemain muda berbakat besar dan mempunyai prospek yang tinggi.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...