Thursday 31 March 2011

Preview Liga Super; Kelantan Lawan Harimau Muda A


Aksi Liga Super Malaysia 2011 kembali selepas berehat selama 3 minggu kerana memberi laluan untuk aksi Piala FA dan perlawanan persahabatan skuad Kebangsaan menentang Etoile FC sebagai persiapan menghadapi pusingan kelayakan 2 kejohanan utama dunia bolasepak iaitu Sukan Olimpik London 2012 dan Piala Dunia Brazil 2014. Pusingan ke-8 perlawanan Liga Super ini akan menemukan psukan tangga teratas Liga, Kelantan menentang skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Harimau Muda A.


Kembalinya 4 pemain yang dipanggil K. Rajagobal untuk perlawanan persahabatan menentang Etoile FC iaitu Norshahrul, Rizal Fahmi, S. Chanturu dan Khairul Fahmi tentunya akan menguatkan lagi pasukan Kelantan lebih-lebih lagi apabila melihat aksi pemain terbaik perlawanan itu, Norshahrul yang sangat lincah di tengah padang. 4 pemain ini sangat mengenali pemain-pemain Harimau Muda semasa mewakili Malaysia dan sudah fasih dengan permainan setiap pemain. Kelantan semestinya mahu menang perlawanan ini untuk menebus kekalahan pertama mereka musim ini dalam Liga Super di tangan Pahang 3 minngu lepas.
Pasukan Harimau Muda A sememangnya tidak boleh dipandang rendah. Ramai pemain-pemain yang mewakili Malaysia semasa memenangi Piala AFF Suzuki kini bermain untuk pasukan ini. Kekuatan pasukan adalah barisan pertahanan yang dikemudi 2 pertahanan kental utama negara Mohd Muslim Ahmad dan Fadhli Shas sambil dibantu Mahali Jasuli. Harimau Muda juga mendapat berita gembira apabila penyerang utama, Izzaq Faris telah pulih dari kecederaan dan berkemungkinan besar akan diturunkan pada perlawanan ini. Walaupun matlamat utama pasukan Harimau Muda menyertai Liga Super adalah untuk mencari pengalaman kerana mereka masih muda, namun selepas 6 perlawanan, cabaran Harimau Muda nampak seperti lebih daripada sekadar latihan tetapi berupaya untuk mencabar pasukan-pasukan lain.


Perlawanan ini akan berlangsung pada malam esok, 1 April di Stadium Sultan Muhammad Ke-4, Kota Bharu. Bagi yang tidak berpeluang ke stadium, Astro Arena akan menyiarkan perlawanan ini secara langsung. Bagi yang tiada Astro pula, jangan risau, BBT akan memberikan keputusan terkini perlawanan sepanjang masa permainan.

Barisan kemungkinan:

Kelantan - Khairul Fahmi, Zairul Firee, Rizal Fahmi, Farisham, Daudsu, Shakir, Badhri Radzi (c), Nurul Azwan, S. Chanturu, Daniel Fadzly, Norshahrul
Harimau Muda - Izham Tarmizi, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad (c), Fadhli Shas, Fandi Othman, K. Gurusamy, Gary Steven, Irfan Fazail, Wan Zaharulnizam, Wan Zack Haikal, Izzaq Faris.

Ramalan BBT: Kelantan 2-1 Harimau Muda

Jadual Perlawanan matchday8 Liga Super
Senarai Penjaring Terbanyak Liga Super
Kedudukan Terkini Liga Super

Gerard Pique, Shakira Bercinta...


Pemain pertahanan Barcelona dan Sepanyol, Gerard Pique diberitakan sedang hangat bercinta dengan Penyanyi sensasi Latin, Shakira. Perkara ini disahkan sendiri Shakira, yang terkenal dengan lagu rasmi Piala Dunia 2010, 'Waka-waka'. Pada set pembikinan video untuk lagu ini jugalah Shakira mula berkenalan dengan Pique, yang juga muncul dalam video itu. Shakira berusia 34 tahun manakala Pique baru sahaja mencecah 24 tahun. Yang menariknya, kelab seteru utama Barcelona, Real Madrid dengan serta merta mengharamkan lagu Shakira dimainkan di Stadium Santiago Bernebeu selepas berita ini tersebar. Ini jelas menunjukkan 'permusuhan' antara 2 kelab itu yang telah sekian lama.

Wednesday 30 March 2011

Perlawanan Separuh Akhir Piala FA Diawalkan


Jadual perlawanan peringkat separuh akhir Piala FA telah dipinda dan diawalkan sedikit bagi membolehkan pasukan kebangsaan diberi lebih masa menjalankan latihan sebelum pusingan ke-2 kelayakan Olimpik dan juga pusingan pertama kelayakan Piala Dunia. Perkara ini diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM. Perlawanan akan berlangsung 1 hari lebih awal daripada yang ditetapkan pada awalnya. Tarikh terbaru perlawanan adalah 12 dan 15 Mei berbanding tarikh asal 13 dan 16 Mei. Masa dan tempat bagaimanapun masih dikekalkan. 4 pasukan melayakkan diri ke separuh akhir iaitu Kelantan, Selangor, Pahang dan Terengganu.

Berikut jadual terkini peringkat separuh akhir Piala FA 2011:-

Perlawanan Pertama (Khamis, 12 Mei, 8.45 mlm)

Selangor vs Kelantan - Stadium Shah Alam
Pahang vs Terengganu - Stadium Darulmakmur

Perlawanan kedua (Ahad, 15 Mei, 8.45 mlm)

Kelantan vs Selangor - Stadium Sultan Muhammad ke-4
Terengganu vs Pahang - Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah

Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014; Malaysia Lawan Taiwan


Malaysia diundi menentang Taiwan pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 peringkat Asia. Taiwan berada17 tangga di belakang pasukan kebangsaan iaitu tangga 160.  Dalam undian yang dijalankan di Kuala Lumpur selepas undian kelayakan Olimpik London 2012, 16 pasukan diundi dalam pusingan pertama dan akan menyertai 22 lagi pasukan yang secara automatik ke pusingan ke-2 sekiranya menang perlawanan masing-masing.

Sekiranya Malaysia berjaya menewaskan Taiwan, jiran terdekat, Singapura akan menanti di pusingan ke-2. 15 pemenang peringkat ke-2 kemudiannya akan menyertai 5 pasukan yang telah layak iaitu Jepun, Korea Selatan, Korea Utara, Bahrain dan Australia di pusingan ke-3 yang akan dijalankan mengikut format kumpulan dengan 5 kumpulan yang terdiri daripada 4 pasukan setiap kumpulan.

Berikut keputusan undian yang telah dijalankan:-

Pusingan 1 (29 Jun & 3 Julai)

Malaysia vs Taiwan
Kemboja vs Laos
Mongolia vs Myanmar
Sri Lanka vs Filipina
Bangladesh vs Pakistan
Vietnam vs Macau
Nepal vs Timor Leste
Afganistan vs Palestin

Pusingan 2 (23 & 28 Julai)

Singapura vs Malaysia/Taiwan
Thailand vs  Afganistan/Palestin
Qatar vs  Vietnam/Macau
Lubnan vs  Bangladesh/Pakistan
Kuwait vs  Sri Lanka/Filipina
China vs  Kemboja/Laos
Jordan vs  Nepal/Timor Leste
Oman vs  Mongolia/Myanmar
Turkmenistan vs Indonesia
UAE vs India
Iraq vs Yaman
Arab Saudi vs Hong Kong
Syria vs Tajikistan
Iran vs Maldives
Uzbekistan vs Kyrgysztan

Pusingan 3 (September 2011 hingga Februari 2012)

Undian bagi pusingan ketiga akan diadakan serentak untuk semua pasukan bertanding seluruh dunia di Rio De Jeneiro pada 31 Julai, 3 hari selepas pusingan kedua tamat. Pusingan ketiga adalah seperti berikut:

-15 pasukan pemenang pusingan ke-2 + 5 pasukan automatik (Jepun, Koea selatan, Korea Utara, Australia & Bahrain)
-20 Pasukan akan dibahagi kepada 5 kumpulan (4 pasukan setiap kumpulan)


Undian Kelayakan Olimpik London 2012

Laluan Mudah Buat Malaysia; Diundi Lawan Lubnan


Malaysia mendapat khabar gembira apabila diundi bertemu wakil dari timur tengah iaitu Lubnan pada pusingan kedua kelayakan Olimpik. Lubnan yang berada di bawah Malaysia dalam Rangking terbaru FIFA iaitu di tangga 169 dunia dan 32 dikalangan negara di Asia berbanding Malaysia yang kini di tangga 138 dunia dan 21 di Asia. Ini akan memberikan peluang yang baik untuk skuad Kebangsaan negara untuk mara ke peringkat seterusnya.

Berikut senarai semua perlawanan pusingan 2 Kelayakan Olimpik Asia:-

Lubnan vs Malaysia
Korea Selatan vs Jordan
Jepun vs Kuwait
Iraq vs Iran
Australia vs Yaman
Korea Utara vs UAE
Bahrain vs Thailand
Arab Saudi vs Vietnam
China vs Oman
Qatar vs India
Uzbekistan vs Hong Kong
Syria vs Turkmenistan

Perlawanan pusingan kedua akan diadakan mengikut format timbal balik dan akan dilangsungkan pada 19 dan 23 Jun. Pemenang peringkat ini akan diundi dalam 3 kumpulan untuk pusingan terakhir dengan juara setiap kumpulan layak secara automatik ke sukan Olimpik London 2012 manakala pasukan tangga ke-2 akan melalui pusingan play-off menentang pasukan dari Konfederasi Bolasepak Africa (CAF).

Keputusan Perlawanan Friendly Antarabangsa 29 Mac





Gol cantik dari penyerang Sunderland, Asamoah Gyan membantu Ghana mengikat England di Wembley. England mendahului menerusi pemain termahal British, Andy Carroll tetapi Gyan berjaya menjaringkan gol di minit terakhir permainan untuk menyamakan kedudukan dan menjadikan keputusan 1-1. Turut mencatat keputusan seri adalah perancis yang terikat tanpa jaringan dengan Croatia. Australia mencipta kejutan apabila menewaskan Jerman 2-1 di Dortmund.



Itali menewaskan tuan rumah Euro 2012, Ukraine 2-0 dengan gol hasil jaringan Giuseppi Rossi dan Alessandro Matri. Pemain tengah kurang ternama, Micael muncul wira Portugal menjaringkan kedua-dua gol untuk menewaskan Finland 2-0. Berikut keputusan perlawanan pilihan persahabatan antarabangsa.:

(1) England vs Ghana (1)
(1) Jerman vs Australia (2)
(0) Ukraine vs Itali (2)
(2) Portugal vs Finland (0)
(0) Perancis vs Croatia (0)
(2) Ireland vs Uruguay (3)
(1) Slovakia vs Denmark (2)

Keputusan Perlawanan Kelayakan Euro 2012, 29 Mac


Pasukan pilihan Sepanyol dan belanda terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan ke-5 peringkat kumpulan kelayakan Euro2012. Belanda mengalahkan Hungary 5-3 dengan Dirk Kuyt menjaringkan 2 gol. Robin van Persie yang menjaringkan gol pertama Belanda mengalami kecederaan dan terpaksa ditukar pada separuh masa pertama. Dalam 1 lagi perlawanan, Sepanyol terselamat daripada dimalukan apabila menang 3-1 keatas Lithuania. berikut keputusan perlawanan pilihan:

(2) Turki vs Austria (0)
(0) Ireland Utara vs Slovenia (0)
(2) Sweden vs Moldova (1)
(5) Belanda vs Hungary (3)
(2) Republik Czech vs Liechtenstein (0)
(1) Lithuania vs Sepanyol (3)

Tuesday 29 March 2011

Jadual Perlawanan Friendly Antarabangsa 29 Mac


Malam ini akan berlangsung banyak perlawanan persahabatan antara negara untuk menguji skuad masing-masing. Pasukan-pasukan di Eropah yang tidak bermain kelayakan Euro2012 mengambil kesempatan ini dengan mengadakan perlawanan persahabatan termasuklah England, Itali, Portugal dan Jerman. Berikut adalah antara perlawanan pilihan:

England vs Ghana
Jerman vs Australia
Ukraine vs Itali
Portugal vs Finland
Perancis vs Croatia
Ireland vs Uruguay
Slovakia vs Denmark

Jadual Perlawanan Kelayakan Euro 2012, 29 Mac


10 perlawanan kelayakan Euro2012 akan berlangsung malam ni ataupun awal pagi esok. Antara pasukan-pasukan pilihan yang akan turun beraksi adalah Sepanyol, Belanda, Republik Czech dan Turki. Jadual perlawanan pilihan:

Turki vs Austria
Ireland Utara vs Slovenia
Sweden vs Moldova
Belanda vs Hungary
Republik Czech vs Liechtenstein
Lithuania vs Sepanyol


Keputusan kelayakan Euro2012 25 Mac
Keputusan kelayakan Euro2012 26 Mac

Miroslav Klose Bakal Sertai Tottenham Hotspur


Tottenham Hotspur kini dilihat menjadi calon utama bagi penyerang prolifik Jerman, Miroslav Klose musim depan. Klose yang kini berkhidmat untuk gergasi Jerman, Bayern Munich hampir pasti akan keluar dari kelab itu penghujung musim ini selepas kontraknya berakhir. Penyerang berusia 32 tahun kurang beraksi di bawah kendalian pengurus Luis van Gaal dan sering memanaskan bangku simpanan sahaja. Spurs sudah lama memerhati Klose dan pengurus, Harry Redknapp sememangnya berminat untuk mendapatkan khidmatnya di White Hart Lane. Selain Spurs, kelab Portugal, Benfica dan kelab Itali, Juventus juga menaruh minat terhadap penjaring terbanyak Piala Dunia 2006 di Jerman dengan 5 gol. Penyerang yang terkenal dengan tadukan yang tajam ini mewakili Jerman dalam 3 edisi Piala Dunia dan menjaringkan kesemua sekali 14 gol meletakkanya di tempat kedua senarai penjaring terbanyak Piala Dunia sepanjang masa dengan hanya 1 gol kurang dari penyerang Brazil, Ronaldo. Klose mula mencipta nama bersama kelab Werder Bremen sebelum berpindah ke Bayern Munich pada 2007.

Nistelrooy Kembali ke Liga Perdana Inggeris


Bekas penyerang sensasi Manchester United, Ruud van Nistelrooy dilaporkan akan kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris bersama Blackburn Rovers. Berita itu disahkan sendiri pengurus Blackburn, Steve Kean. Nistelrooy yang kini bersama kelab Jerman, Hamburg akan tamat kontraknya pada penghujung musim ini bagaimanapun meminta gaji yang sangat tinggi sekiranya Blackburn betul-betul mahukannya. Penyerang berusia 34 tahun itu mahu gaji sebanyak 80,000 Pound seminggu! Ini adalah kali kedua Blackburn cuba membeli Nistelrooy. Pada 2006 Nistelrooy menolak untuk beraksi bersama Blackburn dan memilih untuk ke Hamburg selepas keluar dari Real Madrid. Pada zaman kegemilangannya bersama United, Nistelrooy memang digeruni dan menjaringkan 95 gol dalam 150 penampilan. Dalam aksi antarabangsa, Nistelrooy yang mewakili Belanda menjaringkan 34 gol dalam 69 perlawanan antarabangsa.

Monday 28 March 2011

Penjaga Gol Jaring 100 Gol...!


Penjaga Gol veteran Brazil, Rogerio Ceni berjaya menjaringkan gol ke-100 sepanjang karier menjadikannya penjaga gol pertama di dunia yang berjaya melakukannya. Ya, dia memang seorang panjaga gol.! Ceni menjaringkan gol daripada 1 sepakan percuma semasa kelabnya Sao Paulo menewaskan Corinthians 2-1 untuk gol ke-100 sepanjang karier bolasepaknya. Ceni yang kini berusia 38 tahun pernah mewakili Brazil sebanyak 17 kali dari tahun 1997 hingga 2006 namun tidak pernah berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan antarabangsa. Ceni sememangnya terkenal dengan kebolehannya menjaringkan gol terutama dari sepakan penalti dan sepakan percuma. Kesemua gol dijaringkan semasa mewakili Sao Paolo dan ketika gol ke-100 dijaringkan, ia adalah perlawanan ke-940 Ceni untuk kelabnya itu sejak tahun 1992.

Neymar Jaring 2 Gol; Bantu Brazil Tewaskan Scotland


Bintang muda yang berusia 19 tahun, Neymar muncul wira Brazil apabila menjaringkan 2 gol dalam perlawanan persahabatan menentang Scotland di Stadium Emirates Arsenal. Brazil meneruskan rekod tanpa kalah mereka menentang Scotland dengan kemenangan selesa 2-0. Neymar dikatakan sedang diintai pasukan Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan kini bermain untuk kelab Santos di Brazil. Ini adalah penampilan ketiga Neymar dengan skuad kebangsaan Brazil dan menjaringkan 3 gol setakat ini. Neymar adalah pemain muda berbakat yang mempunyai prospek yang cerah dan kini hanya menunggu masa untuk berhijrah ke kelab-kelab besar di Eropah sepeti kebanyakan pemain-pemain lain di Brazil.

Dalam 1 lagi perlawanan persahabatan antarabangsa, Lionel Messi gagal membantu Argentina untuk sekadar mencatakan keputusan seri 1-1 menentang Amerika Syarikat. Gol Argentina dijaringkan Esteban Cambiasso.

Sunday 27 March 2011

Sneijder Pula Dikaitkan Dengan Manchester United


Manchester United sememangnya banyak dikaitkan dengan pemain-pemain ternama untuk menyertainya. Selepas beberapa penjaga gol terbaik sekitar Eropah seperti Manuel Nauer, David de Gea, Pepe Reina dan ramai lagi; pemain tengah dan penyerang seperti Gareth Bale, Luka Modric, Javier Pastore dan lain-lain; kini United dikatakan akan membuat tawaran keatas pemain tengah Inter Milan, Wesley Sneijder. Perkara itu disahkan sendiri presiden Inter Milan, Massimo Moratti. Sir Alex Ferguson kini terdesak mencari pengganti Paul Scholes selepas pemain veteran itu masih belum menandatangani kontrak lanjutan selama 1 tahun lagi. Sneijder yang kini berusia 26 tahun sememangnya mempunyai pengalaman luas bersama kelab dan juga negaranya, Belanda. Tahun lepas Sneijder membantu Inter menjuarai Liga Juara-Juara Eropah menewaskan Bayern Munich dalam perlawanan akhir dan juga menjadi watak penting dalam kempen Piala Dunia Belanda yang menjadi naib johan. Pernacang tengah ini masih mempunyai baki 4 tahun kontrak bersama Inter Milan dan kelabnya menganggarkan nilai Sneijder sebanyak 40 Juta Pound.

Keputusan Kelayakan Euro 2012 26 Mac


Pasukan pilihan, England dan Jerman menang perlawanan masing-masing dalam kelayakan Euro 2012 yang berlangsung semalam. England menewaskan jiran mereka Wales 2-0 di Stadium Milleniuum Cardiff hasil jaringan penalti Frank Lampard dan Darren Bent. Kemenangan ini meletakkan England di tangga teratas kumpulan G. Jerman pula cemerlang membelasah Kazakhstan 4-0 di Kaiserslautern. Thomas Muller dan penyerang, Miroslav Klose masing masing menyumbang 2 gol untuk Jerman. Antara keputusan pilihan:-

(0) Wales vs England (2)
(4) Jerman vs Kazakhstan (0)
(2) Bosnia vs Romania (1)
(0) Bulgaria vs Switzerland (0)



Keputusan kelayakan Euro 2012 25 Mac

Saturday 26 March 2011

2 Gol Safee Sali Julang Pelita Jaya


Mohd Safee Sali sekali lagi muncul wira apabila menjaringkan kedua-dua gol membantu Pelita Jaya menewaskan pasukan tercorot Liga Super Indonesia, Bontang FC di tempat lawan. Kedua-dua gol dijaringkan pada separuh masa kedua iaitu pada minit 60 dan 73 sebelum Bontang menjaringkan gol saguhati pada minit terakhir permainan. Pelita Jaya bagaimanapun masih kekal di tangga ke-14 Liga daripada 15 pasukan meskipun mencatat kemenangan.

Keputusan Penuh: Malaysia (1) Etoile FC (1)


Pasukan Malaysia sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang kelab Liga Singapura, Etoile FC dalam perlawanan persahabatan yang dilangsungkan di Stadium Jalan Besar, Singapura. Malaysia mendahului awal separuh masa pertama menerusi Fakri Saarani tetapi Etoile FC berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 71.

Berikut Laporan permainan;-

Kesebelasan Utama Malaysia

Khairul Fahmi, Mahali Jasuli, Aidil Zafuan, Muslim Ahmad, Asrarudin Puta, Amirulhadi Zainal, Safiq Rahim(c), Amar Rohidan, S. Kunanlan, Norsharul Idlan Talaha, Fakri Saarani.

Update 1:
Aidil mengalami kecederaan kepala, tetapi masih bersemangat untuk turun beraksi. 2 pemain yang baru di panggil K. Rajagobal, Rizal Fahmi dan Azidan di bangku simpanan. Terdapat beberapa ratus penyokong Malaysia di Stadium Jalan besar.

Update 2;
1-0 Malaysia. (minit 7).Gol pertama malaysia hasil tandukan Fakri. Safiq menghantar bola pendek dari sepakan penjuru, Asrarudin yang tidak dijaga menghantar bola lambung yang di sambut baik oleh Fakri.

Update 3;
Etoile mengusai permainan dan Malaysia hanya bertahan. Malaysia selamat apabila 2 tandukan penyerang Etoile hanya menggegar palang. Etoile banyak menghantar bola tinggi ke kawasan Malaysia dan kelebihan fizikal memang digunakan sepenuhnya. Malaysia sekadar bertahan dan hanya menyerang dari jarak jauh. Separuh masa pertama kekal 1-0.

Update 4;
Pertukaran pemain Malaysia separuh masa kedua.
-Sharbinee ganti Khairul Fahmi
-Fadhli Shas ganti Muslim Ahmad
-Azidan Sarudin ganti Amar Rohidan
-Ashaari Samsudin ganti S. Kunanlan

Update 5;
1-1 kedudukan sekarang. Etoile FC berjaya menjaringkan gol penyamaan minit 62.
Pertukaran pemain Malaysia - Shahrizal Saad ganti Fakri. Pertahanan Malaysia sangat lemah separuh masa kedua. Serangan demi serangan dilancarkan Etoile. Rajagobal membuat pertukaran bahagian pertahanan - Sabre Abu dan Azmi Muslim ganti Mahali Jasuli dan Asrarudin Putra

Update 6;
Minit 76. 2 lagi pertukaran dari Malaysia dengan 2 tonggak dari Kelantan, S. Chanturu dan Rizal fahmi masuk menggantikan Amirulhadi dan Aidil Zafuan.
Minit 82. Baddrol bakhtiar ganti Safiq rahim. Norshahrul jadi kapten.

Update 7;
Tamat permainan dengan terikat 1-1. Norshahrul diumum pemain terbaik perlawanan.

Bintang Remaja Brazil Sertai Chelsea


Chelsea mengukuhkan skuad apabila berjaya mendapatkan bintang muda baru dari Brazil, Lucas Piazon. Piazon yang baru berusia 17 tahun telah menandatangani pra-kontrak dengan Chelsea yang akan menyaksikannya menyertai skuad Chelsea pada Januari 2012. Dia dikatakan antara pemain muda paling menyerlah di Brazil bersama kelab Sao Paulo. Nilai sebenar perpindahan tidak dinyatakan tetapi laporan mengatakan bahawa kosnya mencecah 8Juta Pound. Pemain yang bermain posisi penyerang ini adalah salah satu usaha yang dilakukan Chelsea untuk menggantikan skuad yang agak berusia. Piazon mempunyai wajah mirip bekas pemain terbaik dunia yang juga dari Brazil, Kaka. Pada kejohanan Bolasepak Amerika Selatan 2009, Piazon menjadi penjaring terbanyak dengan 10 gol untuk membantu Brazil muncul naib johan.

Keputusan Kelayakan Euro 2012 25 Mac


Pasukan-pasukan pilihan menepati ramalan dengan menewaskan lawan masing-masing dalam kelayakan Euro 2012 yang berlangsung awal pagi tadi. David Villa menjadi wira Sepanyol menjaringkan kedua-dua gol untuk menewaskan Republik Czech 2-1. Villa muncul penjaring terbanyak sepanjang masa Sepanyol dengan 46 gol antarabangsa mengatasi Raul yang menjaringkan 44 gol. Antara keputusan pilihan adalah;

Keputusan, Jumaat 25 Mac

(2) Serbia vs Ireland utara (1)
(0) Luxembourg vs Perancis (2)
(0) Hungary vs Belanda (4)
(2) Sepanyol vs Republik Czech (1)
(0) Slovenia vs Itali (1)

Jadual, Sabtu 26 Mac

Wales vs England
Jerman vs Kazakhstan
Bosnia vs Romania
Bulgaria vs Switzerland 

Perlawanan Kelayakan Euro 2012


19 perlawanan kelayakan Euro 2012 berlangsung pada 25 dan 26 Mac ini. Kejohanan Euro 2012 akan diadakan di 2 negara iaitu Poland dan Ukraine. Antara perlawanan yang bakal menjadi tumpuan adalah:

Jumaat, 25 Mac

Ireland Utara vs Serbia
Luxembourg vs Perancis
Belanda vs Hungary
Sepanyol vs Republik Czech
Slovenia vs Itali

Sabtu, 26 Mac

Wales vs England
Jerman vs Kazakhstan
Bosnia vs Romania
Bulgaria vs Switzerland

Friday 25 March 2011

Siaran Langsung Malaysia Lawan Etoile FC di Astro Arena


Astro Arena akan menyiarkan secara langsung perlawanan persahabatan antara pasukan kebangsaan menentang kelab Liga Singapura, Etoile FC pada hari sabtu, 26 Mac. Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura itu akan berlangsung jam 8 malam. Sama-samalah kita memberi sokongan kepada pasukan Kebangsaan negara.


Etoile FC vs Malaysia
Stadium Jalan Besar, 8 malam, 26 Mac


Senarai Pemain Skuad Kebangsaan

Qatar Cipta 'Awan' Sejukkan Piala Dunia 2022


Iklim yang amat panas pada Piala Dunia 2022 di Qatar sememangnya akan menberikan banyak masalah terutamanya kepada pasukan-pasukan dari Eropah. Jadi, kerajaan Qatar memutuskan untuk menghasilkan 'awan' untuk menyejukkan suasana panas negara timur tengah itu. Bunyinya pelik bukan? Awan yang dimaksudkan adalah awan tiruan. Konsep disebalik 'awan' ini adalah menghasilkan 1 lapisan diatas bumbung setiap stadium yang seakan-akan segumpal awan yang akan bertindak menghasilkan suhu yang sejuk menggunakan sejenis gas iaitu Helium. Qatar University merupakan organisasi disebalik idea ini dan mereka berkata setiap Stadium dan padang latihan memerlukan kos hanya RM1.5juta untuk dibuat. inovasi ini dicipta kerana suhu yang ekstrem (mencecah 50 darjah celcius) di Qatar menimbulkan kebimbangan di kalangan negara di Eropah dan cadangan untuk mengadakan pada bulan November, iaitu musim sejuk di Qatar ditolak FIFA.


Gambaran artis konsep 'awan' yang dibuat diatas Stadium Al Rayyan di Qatar untuk menjelaskan tentang konsep ini.

Thursday 24 March 2011

Benitez Mahu Kembali ke Anfield


Bekas pengurus Liverpool, Rafael Benitez menyatakan hasrat bahawa beliau ingin suatu hari nanti kembali menjadi pengurus Liverpool. Benitez dalam satu temubual memuji pengurus sekarang, Kenny Dalglish kerana berjaya mengeluarkan Liverpool dari krisis pada awal musim semasa diterajui Roy Hodgson. Benitez yang tidak mempunyai sebarang tugas selepas meninggalkan Inter Milan hujung tahun lalu kerana aksi yang kurang memberangsangkan juga tidak menolak untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris sebagai pengurus kelab lain selain Liverpool tetapi akan menolak sekiranya menerima tawaran daripada 2 kelab musuh Liverpool, Manchester United dan jiran di Merseyside, Everton. Benitez masih lagi dianggap hero oleh segelintir peminat setia The Reds apabila membantu Liverpool menjuarai Liga Juara-Juara Eropah pada 2005 selepas menewaskan AC Milan menerusi penentuan sepakan penalti. Pengurus yang berasal dari Madrid dan berusia 50 tahun itu meninggalkan Liverpool penghujung musim lepas selepas Liverpool terlepas aksi Liga Juara-Juara Eropah dan sekadar menduduki tangga ke-7 Liga. Semalam, bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho juga menyatakan hasrat untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris satu hari nanti.


Mourinho; Urusan saya belum selesai

Wednesday 23 March 2011

Mourinho: Urusan Saya Belum Selesai..!!!


Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho diberitakan mahu kembali ke England dan Liga Perdana Inggeris satu hari nanti. Mourinho menegaskan bahawa beliau mesih mempunyai 'urusan' yang belum selesai di England selepas dipecat dari kelab Chelsea 3 tahun lepas. Kenyataan Mourinho ini memberi isyarat kepada kelab-kelab yang berminat mendapatkan khidmat Mourinho. Manchester City adalah kelab yang dikatakan berminat untuk mendapatkan pengurus terkaya didunia ini. Mourinho, yang masih berbaki 3 tahun kontrak bersama Real Madrid bagaimanapun lebih berminat untuk menggantikan Sir Alex Ferguson dan menguruskan Manchester United. FA England juga dikatakan memerhati situasi ini dengan minat untuk mendapatkan Mourinho sebagai pengurus skuad England. Mourinho pernah melatih FC Porto, Chelsea dan Inter Milan sebelum ini dan pernah memenangi Liga Juara-Juara Eropah 2 kali bersama Porto pada 2003 dan Inter tahun lepas.

Senarai Skuad Negara Menentang Etoile FC 26 Mac


Jurulatih, K. Rajagobal menamakan 24 pemain dalam skuad untuk perlawanan persahabatan antarabangsa menentang kelab Liga Singapura, Etoile FC. 2 muka baru dipanggil menyertai skuad adalah pemain pertahanan Kelantan, Rizal Fahmi Rosid dan pemain tengah Selangor, Azidan Sarudin. Pemain kelab Pelita Jaya yang juga penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki, Safee Sali tidak dipanggil kerana jadual padat Liga Super Indonesia. Turut terlepas adalah penyerang Negeri Sembilan, Zaquan Adha yang masih belum cergas sepenuhnya. Namun, kembar Zaquan, Aidil Zafuan dipanggil menyertai skuad. rajagobal masih mengekalkan safiq rahim sebagai kapten pasukan biarpun Aidil telah kembali untuk beraksi. Perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Jalan Besar, Singapura pada jam 8 malam 26 mac ini.


Senarai Pemain Skuad Kebangsaan;

Penjaga gol - Khairul Fahmi (Kel), Farizal Marlias (NS), Mohd Sharbinee Allawee(Ter)

Pertahanan - Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mahali Jasuli (HMA), Rizal Fahmi Rosid (Kel), Aidil Zafuan (NS), Asrarudin Putra Omar (Sel), Azmi Muslim, Mohd Sabre Abu (Ked)

Tengah - K. Gurusamy (HMA), Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar (Ked), Azidan Sarudin, Safiq Rahim(c), Amirulhadi Zainal (Sel), S. Kunanlan (NS), S. Chanturu (Kel)

Penyerang - Norshahrul Idlan Talaha (Kel), Mohd Ashaari Shamsudin (Ter), Ahmad Fakri Saarani (NS), Shahrizal Saad (JFC) dan Izzaq Faris (HMA)

Tuesday 22 March 2011

Liverpool, Chelsea Uji Skuad Negara Julai Ini...


2 kelab gergasi Liga Perdana Inggeris mengesahkan bahawa mereka akan menentang skuad negara dalam perlawanan persahabatan sempena jelajah Asia kedua-dua kelab itu pada Julai ini. Perkara ini diumumkan oleh datuk Azzudin, Setiausaha agung FAM petang tadi. Kedua-dua perlawanan yang dijadualkan hanya berselang 3-4 hari dengan tarikhnya akan diumumkan kemudian itu akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ini merupakan lawatan pertama Liverpool ke Malaysia selepas terpaksa membatalkan kunjungan pada 2008 lalu, manakala bagi Chelsea pula, ini merupakan kali kedua mereka datang ke Kuala Lumpur. Dalam perlawanan persahabatan kali pertama 3 tahun lalu, Chelsea menewaskan skuad kebangsaan 2-0. Ini adalah peluang terbaik bagi skuad negara bermain dengan pemain-pemain bertaraf dunia dan akan memberikan pengalaman yang berguna kepada mereka. Kali terakhir kunjungan Kelab gergasi Manchester United pada 2009 memberikan kesan yang positif kepada pasukan Harimau Malaya. Selepas perlawanan persahabatan itu, Skuad K. Rajagobal melalui zaman yang cemerlang dengan memenangi pingat emas Sukan Sea 2009 dan juga Menjuarai Piala AFF Suzuki buat kali pertama penghujung tahun lalu. Perlawanan ini juga akan memberikan peluang kepada peminat-peminat bolasepak negara untuk menyaksikan sendiri pasukan kegemaran mereka secara lebih dekat.

Manchester United Rugi 109Juta Pound..!!!


Laporan kewangan terbaru yang dikeluarkan oleh Manchester United menunjukkan kelab itu kerugian lebih 100Juta Pound sepanjang tahun lepas. United dimiliki oleh keluarga Glazer mengeluarkann kenyataan bahawa kerugian itu sebenarnya tidak merisaukan kerana dengan perolehan yang lebih tinggi sepanjang tahun. Tahun lepas United mendapat keuntungan sebanyak 21Juta Pound, itupun hasil daripada jualan pemain termahal dunia Cristiano Ronaldo ke Real Madrid yang berjumlah 80Juta Pound. Punca utama keugian ini adalah berpunca daripada 'bunga' yang terpaksa dibayar kepada bank kerana Glazer membuat pinjaman sebanyak 500Juta Pound untuk membiayai operasi dan hutang kelab. Sebanyak 30Juta Pound dibayar tahun lepas. Situasi ini sememangnya merisaukan peminat-peminat The Red Devils yang sebelum ini mengecam cara Keluarga Glazer manguruskan kelab dan dikatakan membeli United 6 tahun dulu atas sebab untuk meraih keuntungan semata-mata. Bulan lepas, keluarga Glazers menegaskan bahawa United bukan untuk dijual dan mereka mempunyai pelan jangka panjang untuk memajukan lagi kelab. Kenyataan itu dikeluarkan selepas terdapat ura-ura bahawa mereka akan menjual United kepada Qatar Holdings, syarikat milik kerajaan diraja Qatar dengan nilai 1.5Billion Pound. Untuk rekod, Glazer membeli United pada 2005 dengan harga 790juta Pound.




Manchester United bakal Dijual
Glazers; United bukan Untuk Dijual

David Luiz : Chelsea Masih Berpeluang


Pemain pertahanan baru Chelsea, David Luiz mangatakan bahawa tidak mustahil untuk Chelsea mengejar kedudukan United di puncak Liga Perdana Inggeris. Luiz menjaringkan 1 gol ketika Chelsea menewaskan Manchester City 2-0 pada ahad dan mambantu Chelsea untuk berada di tangga ketiga liga, 9 mata dibalakang United dengan kelebihan 1 permainan. Chelsea semamangnya masih berpeluang dengan 9 lagi perlawanan yang akan dihadapi termasuk perlawanan menentang United di Old Trafford awal Mei nanti. Chelsea juga akan bertemu United pada peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah april nanti. Pemain Brazil yang dibeli dengan harga 25juta Pound itu menjaringkan gol kedua peribadi untuk Chelsea selepas 1 gol pada kemenangan penting ke atas United di Stamford Bridge awal bulan ini.


Undian Peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah

Sunday 20 March 2011

Kelab Safee Sali, Pelita Jaya Tewas Lagi...


Safee Sali sekali lagi gagal membantu kelabnya, Pelita Jaya untuk mencapai kemenangan. Pasukan Safee tewas 1-0 di tangan kelab tangga ke-4 Liga Super Indonesia, Persisam Putra Samarinda pada perlawanan ke-17 mereka. Pelita Jaya kini berdepan krisis selepas tewas 2 perlawanan berturut-turut dan kini berada di tangga kedua tercorot liga, hanya 1 mata lebih daripada pasukan tercorot, Bontang. Nampaknya, kelibat Safee Sali tidak lagi dapat memberi kesan kepada Pelita Jaya biarpun dia bermain sepnjang 90 minit permainan.

Nike Mercurial Vapor Superfly III


Inilah but terbaru keluaran Nike. Nike Mercurial Vapor Superfly 3 adalah versi terbaru dalam siri Mercurial. Ia dicipta untuk memberi kelajuan maksimum dan juga kawalan geseran yang tinggi bagi mengelakkan berlaku gelinciran ketika membawa bola dengan teknologi stud yang canggih. Ia juga mengekalkan ciri-ciri keselesaan kepada si pemakai. Kasut ini akan dipakai oleh ramai pemain seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic dan juga bintang muda Brazil, Neymar. Ia akan mula berada dipasaran mulai 1 April 2011. Harga?? Belum dapat dipastikan.

Keputusan Penuh Liga Perdana Inggeris 19/3/2011


8 perlawanan Liga Perdana Inggeris berlangsung semalam dan inilah semua keputusannya.



United kukuhkan cengkaman; Arsenal sekadar seri

Keputusan Suku Akhir dan Jadual Separuh Akhir Piala FA


Inilah keputusan penuh semua perlawanan kedua suku akhir Piala FA yang berlangsung pada 19 & 20 Mac 2011. Selangor bersama 3 pasukan pantai timur, Pahang, Kelantan dan Terengganu melayakkan diri ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan lawan masing-masing.


Perlawanan peringkat separuh akhir akan dilangsungkan menggunakan format timbal balik dengan 2 perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada 13 & 16 Mei 2011. berikut jadual perlawanan separuh akhir Piala FA. Pasukan di depan akan bermain di tempat sendiri dahulu.


1. Selangor vs. Kelantan
2. Pahang vs. Terengganu


Laporan Penuh Piala FA: Kelantan 3- Felda 0 (agregat 5-2)

United Kukuhkan Cengkaman, Arsenal Sekadar Seri


Dimitar Berbatov menjaringkan gol pada minit-minit akhir untuk memastikan kemenangan Manchester United 1-0 keatas bolton meskipun bermain dengan 10 pemain 12 minit terakhir dan mengukuhkan cengkaman di puncak Liga Perdana Inggeris. Johnny Evans dibuang padang kerana mengasari Stuart Holden pada minit 78. Dimitar Berbatov menjaringkan gol selepas Jussi Jaskelainen gagal menangkap kemas bola rembatan Nani. Arsenal bangkit dari ketinggalan 2-0 untuk mengikat West Brom 2-2 dalam 1 lagi perlawanan. Keputusan ini menjadikan United kini 5 mata dihadapan Arsenal tetapi The Gunners bermain kurang 1 perlawanan.

Saturday 19 March 2011

Laporan Penuh Piala FA: Kelantan 3 Felda 0 (Agregat 5-2)

Kelantan mempamerkan aksi cemerlang untuk menewaskan Felda United 3-0 pada aksi perlawanan kedua peringkat suku akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-4, Kota Bharu. kelantan mara dengan agregat 5-2 untuk bertemu Selangor.


Kelantan bermula garang dengan menyerang sejak awal permainan dengan menyedari keputusan 2-2 pada perlawanan pertama bukanlah bekalan yang cukup. Di hadapan lebih 20,000 penonton setia yang mula memenuhi stadium seawal jam 6 petang, Kelantan berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-20 menerusi S. Chanturu. Nurul Azwan Roya memberi hantaran yang cantik dan disudahkan oleh S. Chanturu yang bijak menewaskan penjaga gol Felda, Hamsani Ahmad. Separuh masa pertama berakhir 1-0.


Felda cuba menyerang balas pada separuh masa kedua namun gagal memecah kebuntuan. Benteng pertahanan Kelantan beraksi dengan sangat baik selepas kesilapan melepaskan 2 gol pada perlawanan pertama lalu. Kelantan bernasib baik apabila gol yang dijaringkan Felda dibatalkan kerana Offside. Pada minit ke-70, Kelantan berjaya menggandakan kedudukan hasil rembatan kencang Nurul Azwan Roya. Sepakan dari dalam sepakan penalti gagal diselamatkan Hamsani. Stadium bergemuruh kerana sedar Kelantan kini sebelah kaki ke peringkat separuh akhir. Perlawanan menjadi tegang selepas itu dan berlaku sedikit pergaduhan antara-pemain-pemain namun berjaya dikawal oleh pengadil bertugas. Minit 80, Kelantan mengesahkan kemenangan apabila Mohd Nizad Ayub menjaringkan gol ketiga Kelantan untuk menjadikan keputusan 3-0 dan agregat 5-2. Felda berusaha mencari gol tetapi sudah terlambat dan perlawanan tamat.

Kelantan akan bertemu Selangor pada perlawanan separuh akhir nanti apabila Selangor menewaskan Johor 2-1 di Johor Bharu dan layak juga 5-2 secara agregat. 1 lagi perlawanan separuh akhir akan menemukan 2 jiran pantai timur Kelantan iaitu Pahang dan Tereangganu. Pahang menang ketas Kuala Lumpur menerusi agregat 2-1 manakali Terengganu juga cemerlang menewaskan Perak 3-1 di Kuala Terengganu untuk agregat 5-4.


Keputusan Suku Akhir dan Jadual Separuh Akhir Piala FA

Keputusan Terkini Piala FA: Kelantan 3 Felda 0 (update 7) tamat permainan..

BBT akan memberikan laporan dan keputusan terkini perlawanan peringkat suku akhir Piala FA antara Felda United dan Kelantan di Kota Bharu.
Setia bersama BBT untuk meklumat terkini perlawanan ini.

Update 1...

Kelantan 1 Felda 0,  S. Chanturu (minit 20)  .. agregat 3-2. Chanturu menerima bola dari Nurul azwan roya dan melakukan 'chip' yang menarik menewaskan Hamsani yang sudah rebah.

Selangor juga mendahului Johor 1-0 (agregat 4-1). nampak gaya Kelantan akan lawan Selangor sekiranya mara ke separuh akhir...

Update 2...

Tamat separuh masa pertama masih 1-0. Penonton seperti biasa memenuhi stadium sejak jam 6 petang. Kelantan bermain baik dan banyak menyerang. Harap dapat memenangi perlawanan dan tidak leka lagi.

Terengganu mendahului perak 1-0 (agregat 3-3). Sekiranya keputusan kekal, Tereangganu akan bertemu Pahang dalam 1 lagi separuh akhir berdasarkan peraturan gol tempat lawan.

Update 3...

Separuh masa kedua masih 1-0. gol dari S. Chanturu. Selangor kini 2-0 dihadapan menentang Johor. Selangor hampir pasti ke separuh akhir menanti keputusan antara Kelantan dan Felda.

Update 4...

Felda berjaya menyumbat gol, namun nasib baik bola offsaid. 1 kelegaan buat Kelantan. Johor berjaya merapatkan jurang gol, 2-1 kedudukan sekarang. Selangor masih mendahului 5-2 secara agregat.

Update 5...

2-0. Minit 70. Nurul Azwan Roya merembat dengan kencang dari dalam kotak penalti. Gagal ditepis keeper. agregat sekarang 4-2. Kelantan akan ke separuh akhir sekiranya keputusan kekal.

Permainan menjadi tegang dan ada pergaduhan berlaku dikalangan pemain.

Terengganu kini didepan 2-0. agregat 4-3.

Update 6...

kelantan 3-0 Felda. Nizad ayub menjaringkan gol. Kelantan kini pasti mara ke separuh akhir dengan masa tinggal tak sampai 10 minit. Felda perlu menjaringkan 4 gol sekiranya ingin mara.

Update 7...

Tamat permainan. Kelantan menang 3-0 dan mara dengan agregat selesa 5-2. Kelantan akan bertemu selangor peringkat separuh akhir.

Friday 18 March 2011

Preview EPL Gameweek 30


Aksi Liga Perdana Inggeris akan bersambung minggu ini dengan 10 perlawanan akan berlangsung pada sabtu dan ahad ini. Perlawanan yang menjadi tumpuan tentunya pertembungan 2 pasukan paling kaya iaitu Chelsea dan Manchester City di Stamford Bridge. Perlawanan ini juga penting buat kedua-dua pasukan dalam usaha untuk mencari kedudukan yang lebih baik dan mungkin juga mengejar kedudukan Manchester United di parsada liga. City kini di tangga ke-3 dan Chelsea tangga ke-4 dengan perbazaan cuma 2 mata antara 2 pasukan ini. Lain-lain perlawanan yang menarik adalah antara pendahulu, United yang akan melayan kunjungan Bolton Wanderers; pasukan tangga ke-2, Arsenal akan ke Hawthorns bertemu West Brom; dan juga Liverpool yang akan menentang Sunderland di Stadium of Light. Berikut jadual semua perlawanan Liga Perdana Inggeris 19 & 20 Mac 2011.


Keputusan Undian Liga Juara-Juara Eropah


Inilah keputusan undian Liga Juara-Juara Eropah yang baru sahaja selesai:


Suku Akhir (5-6 dan 12-13 April)

1. Real Madrid vs. Tottenham Hotspurs
2. Chelsea vs. Manchester United
3. FC Barcelona vs. Shakhtar Donetsk
4. Inter Milan vs. Schalke

Separuh Akhir (26-27 April dan 3-4 Mei)

1. Pemanang Suku Akhir 4 vs Pemenang Suku Akhir 2
2. Pemenang Suku Akhir 1 vs Pemenang Suku Akhir 3

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...