2 lagi perlawanan akan berlangsung malam ini untuk menentukan siapa yang akan mengiringi Barcelona dan Shakhtar Donetsk ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011.
Pendahulu Serie A itali, AC Milan berdepan cabaran getir di White Hart Lane selepas gagal memanfaatkan kelebihan bermain di gelangang sendiri dalam perlawanan pertama dan kalah 1-0 hasil jaringan lewat permainan Peter Crouch. Tottenham mendapat berita gembira apabila kedua-dua pemain penting, Gareth Bale dan Rafael van Der Vaart sudah pulih dan berkemungkinan besar akan diturunkan untuk aksi awal pagi esok. Seorang lagi pemain pertahanan, Vedran Corluka juga sudah pulih dari kecederaan yang diterima di San Siro dalam perlawanan pertama lalu. Bagi AC Milan, Gennaro Gattuso tidak akan bersama skuad kerana digantung oleh UEFA selepas aksi menyerang penolong jurulatih Spurs, Joe Jordan.
1 lagi perlawanan adalah antara kelab Jerman, Schalke dan Valencia yang akan berlangsung di Veltins Arena, Schalke. Valencia berhadapan tugas sukar setelah hanya mampu seri dalam perlawanan pertama di Valencia dimana Raul Gonzalez menjaringkan gol untuk Schalke. Kelibat lagenda Real Madrid yang juga penjaring terbanyak di Liga Juara-Juara Eropah sepanjang zaman ini semestinya menggerunkan lebih-lebih lagi dengan sokongan penuh penyokong. Raul akan bergandingan dengan penyerang Belanda, Klaas Jan Huntelaar.
Saksikan kedua-dua perlawanan ini awal pagi esok.:
Tottenham Hotspurs vs AC Milan - 3.45 am, Astro 812 ESPN
Schalke vs Valencia - 3.45 am, Astro 813 STARSports
No comments:
Post a Comment