Wednesday 2 March 2011

Kelantan 3 N. Sembilan 0: Laporan Penuh

Kelantan terus menerajui takhta Liga Super apabila menewaskan Negeri Sembilan 3-0 di Kota Bharu. Kehadiran lebih 20,000 penyokong setia The Red Warriors nyata menyuntik semangat para pemain untuk mempamerkan aksi yang menarik. Namun, Negeri Sembilan datang dengan persiapan yang rapi dan menguasai separuh masa pertama. Kelantan pula kelihatan seperti tercari-cari rentak pada awalnya dan sering kehilangan bola. Pertahanan Negeri Sembila, Aidil Zafuan dan shukor adan dilihat bijak mengawal pergerakan pemain-pemain Kelantan terutamanya penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha. Akhirnya, separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan.
Pada babak kedua, Kelantan memulakan permainan dengan mantap dan berjaya menguasai permainan dengan baik. Percaturan Dato' M. Karathu membuahkan hasil apabila kelantan membuka tirai jaringan menerusi gerakan menarik dari sepakan percuma yang disudahkan S. Chanturu. Nurul Azwan menghantar bola lambung yang cantik ke farpost dan Rizal Fahmi yang tidak dikawal menanduk bola kembali ke depan pintu gol dan Chanturu yang betul-betul berada di depan gol mudah menolak masuk gol pembukaan Kelantan. Selepas itu, Kelantan terus mengusai permainan dengan beberapa cubaan bahaya ke pintu gol Farizal Marlias. Pada minit ke-70, Stadium Sultan Muhammad ke-4 sekali lagi gamat apabila Norshahrul Idlan bijak memperdaya Farizal dengan sepakan 'placing' yang cantik ke penjuru kiri gol dan terus menerjah gawang Negeri Sembilan. N. Sembilan kemudiannya memasukkan penyerang, Zaquan Adha untuk membantu Hairudin dan Fakri Saarani namun usaha itu di patahkan dengan jaringan ketiga juga dari Norshahrul. Dia membuat hantaran satu-dua yang menarik dengan Khalid Jamlus yang dimasukkan menggantikan Ramzul yang mengalami kecederaan 'hamstring', dan akhirnya disudahkannya dengan 'chip' yang sangat cantik menyebabkan Farizal seperti terpaku di depan gol nya. Keputusan 3-0 ini kekal sehingga tamat.
Kelantan kekal mendahului liga dengan kelebihan 2 mata mengatasi Perak yang hanya sekadar seri dengan Harimau Muda. Berikut adalah lain-lain keputusan:



Kedudukan Terkini Carta Liga Super
Senarai Penjaring Terbanyak Liga Super

3 comments:

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...