Thursday 28 July 2011

City Lengkapkan Pembelian Sergio Aguero

Sergio Aguero menjadi pemain ketiga dibeli Manchester City musim ini selepas menandatangani kontrak selama 5 tahun yang dilaporkan bernilai hampir 200,000 Pound seminggu. City membayar 35 Juta Pound kepada Atletico Madrid dengan tambahan 3 Juta Pound lagi mengikut prestasi Aguero nanti.

Aguero tiba di City semalam untuk melengkapkan perpindahan dengan menajalani ujian kesihatan di kelab. Aguero juga mengesahkan akan memakai jersi nombor 16 untuk City dalam saingan Liga musim depan. Dalam akaun twitter miliknya, Aguero memberi kenyataan bahawa dia sekarang adalah pemain Manchester City sejurus selepas menandatangani perjanjian itu.

Dalam pada itu, kapten City, Carlos Tevez pula dilaporkan semakin hampir untuk menyertai Inter Milan musim ini. Bagaimanapun, persetujuan hanya akan dicapai sekiranya Inter sanggup membayar City hampir 50 Juta Pound yang diminta untuk Tevez.

Wednesday 27 July 2011

Malaysia Jatuh 2 Anak Tangga Lagi Ranking FIFA

Malaysia jatuh 2 anak tangga lagi dalam ranking terbaru yang dikeluarkan FIFA hari ini. Malaysia kini berada di tangga ke-146 berbanding 144 untuk bulan lepas.

Malaysia bermain 3 perlawanan sepanjang bulan lepas iaitu 2 perlawanan menentang Taiwan di kelayakan pertama Piala Dunia manakala 1 perlawanan menentang Singapura di Pusingan kedua. Malaysia menang 1 daripada 3 perlawanan itu.

Singapura dalam pada itu merupakan antara pasukan yang paling meningkat di kedudukan FIFA apabila melonjak 11 anak tangga ke tangga 131 berbanding 142 bulan lepas walaupun hanya bermain 2 perlawanan. Namun, berbeza dengan Malaysia, Singapura menang kedua-dua perlawanan itu termasuk dengan Malaysia minggu lepas. Singapura kini merupakan pasukan kedua terbaik di rantau Asia Tenggara selepas Thailand.

Di peringkat dunia, Uruguay melonjak ke tangga 5 Ranking selepas menjuarai Copa America minggu lepas mengatasi kedudukan England. Berikut kedudukan terkini pasukan pilihan Ranking Terbaru FIFA:

1. Sepanyol
2. Belanda
3. Jerman
4. Brazil
5. Uruguay
6. England
7. Portugal
8. Itali
9. Croatia
10. Argentina

Dan pasukan pilihan lain....

15. Perancis
16. Jepun
23. Australia
28. Korea Selatan

Pasukan Asean

119. Thailand
131. Singapura
137. Indonesia
144. Vietnam
146. Malaysia
165. Myanmar

Aguero Hampir Pasti Sertai Manchester City

Penyerang Argentina, Sergio Aguero semalam dilaporkan terbang ke Manchester City untuk membincangkan terma-terma kontrak dengan City selepas kelab asalnya, Atletico Madrid bersetuju dengan yuran perpindahan 38 Juta Pound. Aguero dijangka bakal menandatangani kontrak selama 5 tahun dengan gaji 200,000 Pound Seminggu.

Biarpun status kapten mereka, Carlos Tevez masih belum dipastikan, City tidak membuang masa dengan mendapatkan Aguero. Tevez sebelum ini menyatakan hasrat untuk keluar dari City kerana alasan keluarga namun City menolak tawaran kelab Brazil, Corinthians yang menawarkan hampir 40 Juta pound sebelum ini.

Sekiranya Aguero, 23 tahun, menandatangani kontrak dengan City, dia akan menjadi pemain ketiga dibeli City musim ini selepas sebelum ini mendapatkan Stefan Savic dan pemain Arsenal, Gael Clichy. Musim baru Liga Perdana Inggeris bakal bermula kurang 3 minggu lagi.

Thursday 14 July 2011

Downing Sertai Liverpool Dari Aston Villa

Aston Villa hari ini bersetuju melepaskan pemain tengah Stewart Downing kepada Liverpool. Selepas berunding untuk tempoh yang agak lama, Liverpool akhirnya bersetuju membayar Villa 20 Juta Pound seperti yang diminta oleh Villa. Downing dilaporkan akan menandatangani kontrak dengan Liverpool lewat hari ini selepas bersetuju dengan terma-terma kontrak yang bakal ditawarkan.

Downing, 26 tahun menjadi pemain ketiga dibeli Kenny Dalglish musim ini dan menjadikan jumlah bayaran perpindahan pemain melebihi 50 Juta Pound setakat ini. Terdahulu, Liverpool telah menandatangani Jordan Henderson dari Sunderland dan Charlie Adam dari Blackpool.

Young membuat penampilan pertama dengan United selepas keluar dari Aston Villa
Downing menjadi pemain ketiga keluar dari Aston Villa selepas Ashley Young ke Manchester United dan penjaga gol veteran Brad Friedel yang berpindah ke Tottenham Hotspurs. Tindakan mengambil Alex McLeish sebagai pengurus baru menimbulkan kemarahan peminat Villa dan penghijrahan pemain-pemain pula menambah lagi tekanan peminat. Villa bagaimanapun berharap mendapatkan Charles N'Zogbia dan Shay Given sebagai pengganti dalam masa terdekat.

Jersi Baru AC Milan 'Home', 'Away' dan 'Third' 2011/2012

Adidas mengeluarkan jersi terbaru AC Milan untuk musim 2011/2012. Jersi 'Home' dengan warna tradisi merah-hitam telah dikeluarkan tidak lama dahulu dan semalam, Adidas mengeluarkan 2 lagi jersi iaitu jersi 'Away' dan 'Third'.
Jersi AC Milan 'Home' 2011/2012

Kesemua jersi ini menggunakan teknologi ClimaCool Adidas yang memberikan keselesaan dan prestasi yang optimum kepada pemakai.
Jersi AC Milan 'Away' 2011/2012

Jersi 'Away' menggunakan warna putih untuk musim akan datang manakala Jersi 'Third' menggunakan warna serba hitam.

Jersi AC Milan 'Third' 2011/2012

Wednesday 13 July 2011

Persahabatan Pra-Musim: Arsenal Tundukkan Malaysia 4-0

Arsenal bermula dengan cemerlang dalam siri Jelajah Pra-muism di Asia apabila memulakan kempen dengan membelasah Malaysia 4-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Arsenal menjaringkan 2 gol di setiap separuh masa untuk kemenangan selesa dihadapan puluhan ribu penyokong.

Arsenal mendahului seawal minit ke-4 menerusi Aaron Ramsey sebelum Theo Walcott menjadikan kedudukan 2-0 minit 37. Carlos Vela menambah 1 gol minit 59 dan kemenangan Arsenal dilengkapkan Tomas Rosicky pada masa tambahan perlawanan.

Fabregas tidak menyertai skuad ke Asia akibat kecederaan
Ini adalah perlawanan pertama Arsenal di Asia dalam pra-musim bagi persiapan mengahdapi musim akan datang. Selepas ini, mereka akan ke China dan mengadakan 1 lagi perlawanan menentang pasukan kelab China, Hangzhou Greentown sabtu ini.

Persahabatan Pra-Musim: Liverpool Menang Tipis di China

Liverpool memulakan Jelajah Asia dengan menang tipis 4-3 keatas kelab China, Guangdong Sunray Cave. Liverpool yang bermain tanpa kelibat kapten pasukan bermula dengan baik dan mendahului 2-1 pada separuh masa pertama. 2 gol Liverpool dijaringkan Cristian Poulsen dan David Ngog.

Kenny Dalglish memasukkan pemain yang baru dibeli Charlie Adam pada awal separuh masa kedua dan menukar kesemua 11 pemain. Pemain lain yang masuk termasuklah Andy Carroll, Dirk Kuyt dan Maxi Rodriguez. Liverpool menambah 2 lagi gol menerusi pemain muda Conor Coady dan Andy Carroll.
Adam membuat penampilan sulung bersama Liverpool
Ketika perlawanan seolah-olah berakhir dengan kemenangan selesa kepada Liverpool, Guangdong menambah 2 gol pada lewat permainan namun gagal mengubah kemenangan kepada Liverpool. Liverpool akan ke Malaysia untuk perlawanan kedua Sabtu ini dan akan mengakhiri jelajah Asia di Singapura.

Monday 11 July 2011

Liga Super: Cadangan Ganjaran Diberi Ikut Mata

FAM hari ini mencadangkan agar ganjaran wang tunai diberikan kepada semua pasukan yang bertanding dan bukannya kepada 3 pasukan teratas sahaja seperti yang sebelum ini. Ini bermakna semua pasukan yang bertanding akan mendapat wang ganjaran meskipun berada di bawah Liga.

FAM membuat cadangan bahawa setiap pasukan diberi ganjaran mengikut pungutan mata pada penghujung musim. Timbalan presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan ini dalam mensyuarat exco yang akan datang. Tambah beliau, ini dipercayai akan dapat menaikkan lagi prestasi dan mutu permainan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga sambil membantu dari segi kewangan. Ini juga sebagai bonus untuk pasukan yang bekerja keras selama saingan Liga Super.


Menurut beliau lagi, hadiah kemenangan 3 tempat teratas bagaimanapun dikekalkan seperti sebelum ini iaitu RM 500,000, RM 300,000 dan RM 200,000. Namun, pasukan akan mendapat bonus mengikut jumplah mata yang dikumpul. Nilai yang dicadangkan pula adalah RM2,000 bagi setiap mata.

Sebagai contoh, pasukan Kelantan muncul juara Liga super dengan 56 mata. Jadi, mereka akan mendapat RM112,000 bonus untuk mata yang diperoleh dan dicampur lagi dengan hadiah tempat pertama RM500,000 dan jumlahnya RM612,000. Pasukan Perlis berada di tempat tercorot dengan hanya mengumpul 10 mata. Walaupun tercorot, Perlis tetap akan mendapat ganjaran RM 20,000.

Senarai 23 Pemain Arsenal ke Kuala Lumpur

Arsenal mengumumkan senarai 23 pemain yang akan ke Asia untuk siri perlawanan pra-musim di Kuala Lumpur dan Hangzhou, China. Selain kapten pasukan, Cesc Fabregas, kesemua pemain utama 'The Gunners' turut serta dalam rombongan ke Asia ini. Fabregas mengalami kecederaan semasa latihan dan telah mengesahkan untuk tidak ke Asia.

Pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City, Samir Nasri juga turut serta dalam skuad. Turut serta adalah pemain muda Jepun, Ryo Miyaichi yang menyerlah sepanjang latihan pra musim. 2 pemain yang dikatakan bakal meninggalkan Arsenal, Nicklas Bendtner dan Manuel Almunia tidak berada dalam skuad. Arsenal akan menentang Malaysia pada rabu, 13 Julai di Stadium Bukit Jalil sebelum ke China untuk menentang kelab Hangzhou Greentown pada Sabtu.

Senarai 23 Pemain Arsenal ke Asia:

Penjaga gol: Wojciech Szczesny; Vito Mannone
Pertahanan: Sebastien Squillaci; Johan Djourou; Kieran Gibbs; Carl Jenkinson; Laurent Koscielny; Armand Traore; Thomas Vermaelen; Bacary Sagna
Tengah: Alex Song; Denilson; Jack Wilshere; Tomas Rosicky; Theo Walcott; Ryo Miyaichi; Samir Nasri; Aaron Ramsey; Andrey Arshavin; Emmanuel Frimpong
Penyerang: Marouanne Chamakh; Carlos Vela; Robin van Persie

Modric: Saya Mahu Ke Chelsea

Pemain tengah Tottenham Hotspurs, Luka Modric menegaskan bahawa dia sebenarnya sangat mengimpikan untuk bermain bersama Chelsea. Tetapi, hasratnya itu bakal terkubur apabila kelabnya itu berkeras enggan menjualnya kepada mana-mana kelab lain di Liga Perdana Inggeris. Modric, 25 tahun merupakan antara pemain yang palind diperkatakan sepanjang musim perpindahan pemain dan dikaitkan dengan beberapa kelab besar seperti Chelsea, Manchester United dan juga Manchester City.

Dalam satu kenyataan, Modric mengatakan bahawa pemilik Spurs, Daniel Levy memberi amaran kepadanya agar melupakan hasratnya itu ataupun dia hanya akan memanaskan bangku simpanan Spurs musim akan datang. Modric dikatakan sangat menginginkan untuk bermain di Liga Juara-Juara Eropah dimana Spurs tidak layak selepas menamatkan musim hanya di tangga ke-5 liga. Modric jelas kecewa dengan sikap Levy yang juga dikatakan enggan berbincang mengenai hal ini dan tetap dengan pendiriannya. Chelsea kini terdesak mencari pemain tengah baru selepas Micheal Essien mendapat kecederaan dan bakal berehat panjang sehingga penghujung tahun ini.

Saturday 9 July 2011

Ribuan Penyokong Kelantan Sambut Piala Liga Super

Kepulangan skuad The Red Warriors ke Kota Bharu semalam disambut dengan meriah oleh ribuan penyokong setia pasukan. Perarakan yang dimulakan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa sehingga ke Stadium Sultan Muhammad ke-4 berlangsung dengan meriah dengan peminat-peminat berkumpul di sepanjang jalan untuk melihat lebih dekat Piala kejuaraan Liga Super.
Piala Liga Super dipersembahkan kepada penyokong di Stadium
Perarakan turut disertai ratusan kenderaan yang mengibarkan bendera Kelantan. Setibanya di Stadium, hampir 5 ribu penyokong menyambut ketiabaan rombongan. Walaupun ketibaan agak lambat, lebih kurang jam 11.30 malam, namun masih ramai yang menunggu untuk menyaksiakan dan meraikan kejuaraan ini. Majlis tamat sekitar jam 12.30 tengah malam.
Ribuan penyokong yang menunggu ketibaan Rombongan

Friday 8 July 2011

City Of Manchester Stadium Kini Dikenali Sebagai Etihad Stadium

Manchester City hari ini mengumumkan persetujuan dengan syarikat penerbangan UAE, Etihad Airways untuk menamakan stadium mereka di Eastland. Stadium yang dulunya dikenali sebagai City Of Manchester Stadium kini akan dikenali sebagai Etihad Stadium. Jumlah keseluruhan perjanjian adalah sebanyak 120 Juta Pound dan nama itu akan digunakan selama tempoh 10 tahun.


Perjanjian ini adalah antara yang tertinggi pernah dicapai dalam sejarah Manchester City. Etihad memulakan kerjasama dengan City pada 2009 selepas menjadi penaja utama jersi kelab itu. City mengikut jejak langkah Arsenal yang memberikan hak untuk menamakan stadium mereka kepada Emirates pada 2004. Bagaimanapun nilai yang diterima Arsenal jauh lebih rendah daripada City. Arsenal menerima 100 Juta Pound untuk tempoh penajaan selama 15 tahu.

Musim lepas merupakan musim terbaik City apabila menamatkan musim di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris dan layak untuk beraksi di Liga Juara-Juara Eropah musim akan datang. City juga sedang menguatkan lagi pasukan dengan pembelian dua pemain baru iaitu Gael Clichy dan Stefan Savic. Samir Nasri juga dilaporkan semakin hampir untuk menyertai City

Thursday 7 July 2011

Wes Brown Sertai Sunderland

Pemain pertahanan Manchester United, Wes Brown hari ini melengkapkan perpindahannya ke Sunderland. Brown menandatangani kontrak selama 4 tahun bersama Sunderland dengan nilai perpindahan yang dirahsiakan. Brown merupakan antara pemain senior di United dan telah membuat 361 penampilan bersama Juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu.

Brown yang kini berusia 31 tahun dikatakan mahu beraksi secara tetap dan peluang untuk beraksi dengan United terhad kerana ramai pemain yang lebih berbakat. Ferdinand dan Vidic merupakan pilihan pertama untuk pertahanan selain 3 pemain muda iaitu Evans, Smalling dan pemain yang baru dibeli, Phil Jones. Dalam kenyataan yang dikeluarkan MUFC.com, pengurus United, Alex Ferguson memberikan penghormatan terakhir kepada Brown dan berharap dia akan berjaya bersama kelab barunya itu.

O'Shea dan Gibson dilaporkan akan mengikut langkah Brown menyertai Sunderland
Selain Brown, 2 lagi pemain United dikatakan semakin hampir dengan perpindahan ke Sunderland iaitu John O'Shea dan Darron Gibson. The Black Cats dilaporkan membuat tawaran 12 Juta Pound kepada united untuk 3 pemain termasuk Brown. Jadi, Brown menjadi pemain pertama mengesahkan perpindahan dan mungkin akan diikuti O'Shea dan Gibson dalam masa terdekat.

Malaysia Diundi Bersama Syria, Bahrain dan Jepun

Undian kelayakan Olimpik 2012 yang baru sahaja berakhir sebentar tadi. Malaysia diundi bersama-sama pasukan Syria, Bahrain dan Jepun . Berikut merupakan keputusan undian :


Berikut pula adalah tarikh kesemua 6 perlawanan yang akan dihadapi setiap pasukan dalam peringkat kumpulan nanti:

Perlawanan 1 - 21 September 2011
Perlawanan 2 - 23 November 2011
Perlawanan 3 - 27 November 2011
Perlawanan 4 - 5 Februari 2012
Perlawanan 5 - 22 Februari 2012
Perlawanan 6 - 14 Mac 2012

Nasib Skuad Olimpik Bakal Ditentukan Hari Ini


Undian bagi peringkat kumpulan kelayakan Olimpik 2012 akan berlangsung hari ini dengan 12 pasukan termasuk Malaysia akan mengetahui nasib mereka masing-masing. Undian akan diadakan di Rumah AFC di Kuala Lumpur jam 3 petang.

Berikut merupakan senarai pilihan yang diletakkan berdasarkan prestasi semasa yang dinilai AFC:

1. Korea Selatan; 2. Australia; 3 Jepun; 4. Iraq; 5. Bahrain; 6. Qatar; 7. Arab Saudi; 8. Syria; 9. Uzbekistan; 10. Oman 11. UAE; 12. Malaysia

Seperti yang diramalkan oleh BBT sebelum ini, 12 kumpulan ini dibahagikan kepada 4 pot mengikut pilihan yang ditentukan oleh AFC diatas. Jadi, pasukan-pasukan akan dimasukkan kedalam 4 pot berbeza seperti di bawah:


Setiap satu pasukan dalam setiap pot akan diundi kedalam 3 kumpulan. Perlawanan peringkat kumpulan akan berlangsung September 2011 sehingga mac 2012. Juara setiap kumpulan layak secara automatik ke Olimpik London 2012 dan 3 pasukan tempat kedua akan bertemu sesama sendiri dalam perlawanan play-off yang akan diadakan di tempat berkecuali. Pemenang perlawanan itu akan menentang wakil dari Afrika untuk 1 lagi tempat ke Olimpik 2012.

sumber: AFC 

Majlis Sambutan Kemenangan Liga Super Kelantan Diadakan Jumaat Ini

Kelantan akan mengadakan sambutan besar-besaran untuk meraikan kemenangan pasukan dalam saingan Liga Super 2011. Ini merupakan kejuaraan Liga Super kali pertama buat Kelantan.

Menurut presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dalam facebooknya, pasukan Kelantan akan menerima Piala Liga Super di Wisma FAM pada pagi jumaat ini iaitu esok, 8/7/2011. Majlis akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah dan dijadualkan pada jam 11 pagi. Piala Liga Super itu akan terus dibawa balik petang itu dan pada malamnya, satu majlis sambutan akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke-4. Dilaporkan, 1 konsert khas juga akan diadakan malam itu bermula jam 8.30 malam.

Senarai Akhir Penjaring Terbanyak Liga Super 2011

Abdul Hadi Yahya muncul penjaring terbanyak saingan Liga Super 2011 dengan 20 gol, 1 gol mengatasi Norshahrul Idlan Talaha yang hanya menjaringkan 19 gol. Berikut merupakan senarai akhir carta penjaring terbanyak Liga Super 2011 selepas berakhirnya semua perlawanan.


Sebanyak 440 gol dijaringkan secara keseluruhan dalam 182 perlawanan Liga super dengan purata 2.41 gol bagi setiap perlawanan. Terengganu muncul pasukan yang menjaringkan gol paling banyak dengan 54 gol, purata lebih 2 gol bagi setiap perlawanan manakala Perlis menjadi pasukan bolos paling banyak dengan melepaskan 61 gol secara keseluruhan, purata 2.3 gol setiap perlawanan.


Kedudukan akhir carta Liga Super 2011

Liverpool Akhirnya Setuju Beli Charlie Adam

Liverpool hari ini mengumumkan persetujuan dengan Blackpool tentang pembelian kapten mereka, Charlie Adam. Perpindahan yang telah lama dirancang ini bagaimanapun tertangguh agak lama setelah kedua-dua pasukan gagal mencapai persetujuan mengenai nilai perpindahan. Liverpool bagaimanapun akhirnya bersetuju membayar Blackpool 8 Juta Pound untuk pemain tengah ini.

Adam kini perlu menjalani ujian kesihatan sebelum menandatangani kontrak bersama Liverpool. Pemain berusia 25 tahun itu telah lama dikaitkan dengan Liverpool dan dlaporkan hampir menyertainya pada musim perpindahan Januari lalu namun ditolak Blackpool. Adam merupakan pemain kedua dibeli Liverpool selepas mereka mendapatkan pemain tengah bawah21 tahun England, Jordan Henderson dari Sunderland bulan lepas dengan yuran perpindahan 16 Juta Pound.

Adam dan Henderson akan menyertai skuad Liverpool dalam perlawanan pra-musim di Asia termasuk Malaysia pada 16 Julai ini. Sebelum ini, kapten Liverpool, Steven Gerrard mengumumkan untuk tidak ke Asia kerana perlu berehat dari kecederaannya.

Wednesday 6 July 2011

Kedudukan Akhir Carta Liga Super 2011

Inilah kedudukan akhir carta Liga Super 2011 dengan Kelantan muncul juara diikuti Terengganu, Selangor dan juga Kedah, yang memintas Harimau Muda A pada perlawanan terakhir tadi.

Kelantan Juara Liga Super 2011


Kelantan muncul juara Liga super 2011 selepas menewaskan sabah 2-1 di Kota Kinabalu sebentar tadi. Norshahrul Idlan menjadi wira apabila menjaringkan kedua-dua gol buat Kelantan dan mengesahkan kejuaraan pertama Liga Super dalam sejarah negeri itu. Terengganu muncul naib juara selepas membelasah Felda United 6-2 di Petaling Jaya sambil Selangor gagal mencatat kemenangan dengan hanya terikat 0-0 dengan Perak di Ipoh.

Tuesday 5 July 2011

Gerrard Tidak Ke Kuala Lumpur

Kapten Liverpool, Steven Gerrard hari ini mengumumkan bahawa dia tidak akan menyertai skuad Liverpool untuk perlawanan pra musim di Asia. Ini bermakna peminat tempatan bakal terlepas aksi Gerrard semasa perlawanan menentang skuad kebangsaan 16 Julai ini.

Gerrard masih lagi bergelut dengan kecederaan dan mengambil keputusan untuk terus tinggal di Melwood, pusat latihan Liverpool di Merseyside untuk mempersiapkan diri dan mengembalikan kecergasan sebelum bermulanya musim baru 2011/2012 Liga Perdana Inggeris. Liverpool mengadakan 3 perlawanan pra-musim di Asia iaitu di China, Malaysia dan Singapura sepanjang Julai ini. Gerrard dalam kenyataannya memohon maaf kepada semua peminat di Asia kerana terpaksa tinggal disana dan tidak menyertai skuad ke Asia.

Jadual Perlawanan Terakhir Liga Super 6/7/2011

Saingan Liga Super 2011 hampir ke penghujung dengan perlawanan terakhir liga akan berlangsung esok, 6 Julai 2011. Pendahulu Kelantan berkunjung ke Sabah dalam usaha untuk menjuarai Liga Super buat kali pertama dalam sejarah. Kemenangan akan memastikan kejuaraan namun Kelantan tetap akan muncul juara sekiranya 2 pasukan terdekat, Selangor dan Terengganu tidak menang perlawanan mereka masing-masing. Berikut jadual perlawanan Liga Super terakhir musim ini:


Kedudukan Terkini Carta Liga Super
Senarai Terkini Penjaring Terbanyak Liga Super


Senarai Terkini Penjaring Terbanyak Liga Super 5/7/2011

Berikut adalah senarai terkini penjaring terbanyak Liga Super 2011. Dengan tinggal 1 sahaja perlawanan sebelum berakhirnya Liga Super musim ini, perebutan kasut emas tertumpu kepada 2 penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan dan hadi Yahya. Siapakah yang bakal merangkul takhta penjaring terbanyak tahun ini?

Kedudukan Terkini Carta Liga Super 5/7/2011

Berikut adalah kedudukan Carta Liga Super sebelum perlawanan terakhir esok:

Tevez : Saya Mesti Keluar Dari Manchester City

Kapten Manchester City, Carlos Tevez menegaskan bahawa dia mahu dan perlu keluar dari kelab Manchester City atas sebab-sebab keluarganya. Keluarga Tevez terutamanya 2 orang anak perempuannya tidak begitu gembira dengan kehidupan di City dan Tevez berkata dia perlu keluar dari sana supaya keluarganya gembira. Tevez juga dikatakan telah bercakap dengan pengerusi kelab, Khaldoon Al-Mubarak tentang hasratnya itu.
Tevez bersama isteri dan 2 anak perempuannya
Tevez yang kini berada di negara asalnya, Argentina untuk kempen Piala Copa America merupakan watak paling penting bagi City musim lepas dimana mereka mengakhiri musim berada di tangga ke-3 Liga dan layak secara automatik ke Liga Juara-Juara Eropah musim akan datang. Tevez dalam kenyataannya meminta maaf kepada semua peminat City termasuk pemiliknya, Sheikh Mansoor dan meminta agar semua memahami situasi yang dialaminya. Tevez bagaimanapun tidak pasti lagi dimana dia akan bermain musim depan dan hanya menunggu sekiranya ada tawaran untuknya kelak.

Tevez berpindah ke City selepas menghabiskan perjanjian pinjaman 2 tahun dengan United pada 2009. City membayar kelab asalnya, West Ham 25 Juta Pound untuk mendapatkannya. Tevez dilantik sebagai kapten pasukan musim lepas dan menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan 20 gol, terikat bersama-sama penyerang Manchester United, Dimitar Berbatov.

Monday 4 July 2011

Jadual Penuh Semua Perlawanan Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia Zon Asia

8 pasukan melepasi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia Zon Asia dan menyertai 22 pasukan lain yang layak secara automatik di pusingan kedua. Berikut adalah jadual penuh semua perlawanan pusingan kedua yang akan berlangsung pada 23 dan 28 Julai ini termasuk Malaysia:



Pusingan 2 (23 & 28 Julai)

Singapura vs Malaysia
Thailand vs  Palestin
Qatar vs Vietnam
Lubnan vs Bangladesh
Kuwait vs Filipina
China vs Laos
Jordan vs Nepal
Oman vs Myanmar
Turkmenistan vs Indonesia
UAE vs India
Iraq vs Yaman
Arab Saudi vs Hong Kong
Syria vs Tajikistan
Iran vs Maldives
Uzbekistan vs Kyrgysztan

Kesemua 30 pasukan ini akan berentap merebut 15 tempat ke pusingan terakhir kelayakan iaitu peringkat kumpulan dan akan disertai oleh 5 pasukan yang layak secara automatik iaitu Korea Selatan, Korea Utara, Jepun, Australia dan Bahrain. 20 pasukan yang layak akan dibahagi kedalam 4 kumpulan dan pemenang setiap kumpulan akan layak ke Brazil 2014. 4 pasukan tempat kedua kumpulan akan bertanding dalam play-off sesama mereka sebelum menentang pasukan dari benua lain untuk satu lagi tempat.

Undian peringkat kumpulan akan berlangsung di ibu kota Rio De Jeneiro, Brazil serentak bersama pasukan-pasukan dari benua lain pada 31 Julai.


Malaysia Tewaskan Taiwan; Mara Pusingan kedua

Malaysia Mara ke Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia

Walaupun tewas 3-2 kepada Taiwan dalam perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia di Taiwan, Malaysia mara ke pusingan kedua untuk sertemu jiran terdekat, Singapura. Malaysia menang menerusi perkiraan gol di tempat lawan selepas kedudukan agregat terikat 4-4 selepas 2 perlawanan.

Sedar bekalan yang dibawa tidak mencukupi, Malaysia menyerang dari awal dan berjaya mendahului seawal minit ke-8 menerusi rembatan jarak jauh yang cantik oleh Aidil Zafuan dari sepakan percuma dari jarak 40 meter. Taiwan bangkit menyerang dan memperoleh gol penyamaan minit 30 berpunca dari sepakan penjuru. Malaysia kembali mendahului minit 40 juga menerusi sepakan percuma dan disempurnakan kapten, Safiq Rahim. Kelebihan Malaysia tidak kekal lama apabila 4 minit kemudian, pengadil memberikan sepakan penalti selepas Mahali Jasuli menjatuhkan pemain Taiwan dalam kotak penalti. Sharbinee gagal menyelamatkan bola dan mengakhiri separuh masa pertama dengan terikat 2-2.

Separuh masa kedua, Taiwan mendapat 1 lagi sepakan penalti apabila kali ini Fadhli Shas dipersalahkan menarik pemain Taiwan dalam kotak penalti. Sharbinee cemerlang kali ini dengan menyelamatkan sepakan itu dan menyelamatkan pintu gol Malaysia. Namun, Sharbinee gagal mengulangi kecemerlangan itu apabila gagal menyelamatkan gol ketiga Taiwan yang juga menerusi sepakan penalti. Kali ini, Sharbinee sendiri yang menjatuhkan pemain Taiwan. Permainan terus rancak selepas itu tetapi kedua-dua pasukan gagal menambah gol.

Kedudukan kekal 3-2 dan menjadikan agregat 4-4. Malaysia layak menerusi peraturan gol tempat lawan. Di pusingan kedua nanti, Malaysia diundi menentang Singapura. Perlawanan pusingan kedua akan berlangsung pada 23 & 38 Julai ini dengan perlawanan pertama akan berlangsung di Singapura.


Jadual Penuh semua perlawanan pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia

Friday 1 July 2011

Clichy Hampiri Perpindahan ke Manchester City

Arsenal bakal kehilangan pemain pertahanan mereka, Gael Clichy apabila dia dikatakan bakal menyertai Manchester City musim depan. City dilaporkan membuat tawaran sebanyak 7 Juta Pound untuk pemain bek kiri Arsenal itu untuk beraksi di Eastland. Pemain Everton, Leighton Baines juga dikaitkan untuk mengisi pertahanan City.

Manchester City mencari seorang pemain pertahanan berpengalaman untuk mengukuhkan skuad mereka. Keadaan tidak menentu di Arsenal dengan laporan beberapa pemain senior akan meninggalkan Emirates musim ini menyebabkan pemain-pemain lain merasakan Arsenal tidak lagi berupaya menyaingi pasukan lain dan mula memikirkan jalan keluar. Berita Fabregas hampir pasti keluar untuk menyertai Barcelona dan Nasri yang bakal ke United memperlihatkan Arsenal seperti tidak bernafsu lagi untuk mengakhiri kemarau kejuaraan. Jelas sekali situasi ini merunsingkan pemain.

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...