Monday, 11 July 2011

Liga Super: Cadangan Ganjaran Diberi Ikut Mata

FAM hari ini mencadangkan agar ganjaran wang tunai diberikan kepada semua pasukan yang bertanding dan bukannya kepada 3 pasukan teratas sahaja seperti yang sebelum ini. Ini bermakna semua pasukan yang bertanding akan mendapat wang ganjaran meskipun berada di bawah Liga.

FAM membuat cadangan bahawa setiap pasukan diberi ganjaran mengikut pungutan mata pada penghujung musim. Timbalan presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan ini dalam mensyuarat exco yang akan datang. Tambah beliau, ini dipercayai akan dapat menaikkan lagi prestasi dan mutu permainan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga sambil membantu dari segi kewangan. Ini juga sebagai bonus untuk pasukan yang bekerja keras selama saingan Liga Super.


Menurut beliau lagi, hadiah kemenangan 3 tempat teratas bagaimanapun dikekalkan seperti sebelum ini iaitu RM 500,000, RM 300,000 dan RM 200,000. Namun, pasukan akan mendapat bonus mengikut jumplah mata yang dikumpul. Nilai yang dicadangkan pula adalah RM2,000 bagi setiap mata.

Sebagai contoh, pasukan Kelantan muncul juara Liga super dengan 56 mata. Jadi, mereka akan mendapat RM112,000 bonus untuk mata yang diperoleh dan dicampur lagi dengan hadiah tempat pertama RM500,000 dan jumlahnya RM612,000. Pasukan Perlis berada di tempat tercorot dengan hanya mengumpul 10 mata. Walaupun tercorot, Perlis tetap akan mendapat ganjaran RM 20,000.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...