Wednesday 28 December 2011

M. Karathu: Kelantan Pasukan Pilihan Rangkul Liga Super 2012

Bekas jurulatih Kelantan, Dato' M. Karathu memilih pasukan Kelantan sebagai pasukan pilihannya untuk muncul juara sekaligus mempertahankan kejuaraan Liga Super untuk musim 2012. Karathu yang bertanggungjawab membawa Kelantan menjuarai Liga untuk kali pertama musim lepas membuat pilihan berdasarkan kekuatan yang dimiliki pasukan itu yang kini dibimbing Peter Butler, yang juga pernah menjadi jurulatih Kelantan beberapa musim lepas.

Tambah Karathu lagi, pasukan yang terkenal dengan jolokan The Red Warriors itu kini berada di landasan yang terbaik dibawah bimbingan Butler. Mereka juga semakin pantas di bahagian serangan dan semakin kukuh di bahagian pertahanan. Pasukan Kelantan membuat perubahan besar dengan menggugurkan beberapa pemain serta memanggil kembali 3 pemain kontroversi yang berpindah ke pasukan T-Team musim lepas, Indra Putra, Nor Farhan dan Azizi.
Indra kembali menguatkan pasukan Kelantan
Kelantan turut diperkuatkan dengan 4 pemain import, iaitu Ghaddar, Antwi, Okine dan Charara yang khususnya untuk beraksi di kejohanan Piala AFC buat pertama kalinya musim ini. Karathu bagaimanapun menyatakan sukar untuk membuat ramalan keupayaan Kelantan di Kejohanan peringkat Asia itu.

The Red Warriors bakal memulakan aksi musim ini dengan perlawanan Piala Sumbangsih menentang Juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan, 7 Januari ini di Kota Bharu sebelum memulakan aksi Liga Super menentang pasukan remaja Singapura, Lions XI 3 hari kemudian. Malam ini Kelantan bakal menentang pasukan Jaura Liga prima Indonesia, Persebaya FC dalam perlawanan timbal balik bagi merebut Piala Permai di Surabaya.

Sunday 25 December 2011

Higuain Jadi Rebutan Chelsea, Juventus

Penyerang Real Madrid, Gonzalo Higuain kini diburu 2 kelab gergasi Eropah, Chelsea dan Juventus. Walaupun masih mempunyai kontrak bersama Real, Higuain dikatakan kurang gembira apabila jarang mendapat tempat di kesebelasan utama Real dengan pengurus, Jose Mourinho lebih meminati penyerang Perancis, Karim Benzema.

Cavani juga dikaitkan dengan perpindahan ke Stamford Bridge
Chelsea yang sudahpun kehilangan Nicolas Anelka yang berhijrah ke kelab China, Shanghai Shenhua, turut bakal kehilangan khidmat Didier Drogba selam hampir sebulan untuk kejohanan Piala Negara Afrika bulan depan dicampur dengan prestasi buruk Torres, kini dilihat terdesak untuk mencari penyerang baru. Turut dikaitkan dengan Chelsea adalah seorang lagi penyerang, Edinson Cavani dari Napoli. Higuain yang kini berusia 24 tahun dilaporkan bernilai hampir 25 Juta Pound.

Saturday 24 December 2011

Wenger Mahu Thierry Henry Kembali ke Arsenal

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger hari ini dilaporkan sedang mempertimbangkan secara serius kemungkinan mengambil kembali Thierry Henry menyertai skuad The Gunners Januari ini. Namun, Wenger bukannya membuat tawaran untuk membeli pemain yang pernah dianggap yang terbaik pernah dimiliki Arsenal itu, tetapi ianya hanyalah secara pinjaman.

Henry kini masih lagi mempunyai kontrak bersama kelab MLS, New York Red Bull baru sahaja menamatkan musim di Amerika Syarikat dan tidak akan bermain sehinggalah musim baru bermula pada Mac 2012. Henry, 34 tahun, yang juga kini berlatih bersama-sama Arsenal untuk kekal cergas sepanjang 'cuti', bagaimanapun belum memberi sebarang komen tentang perkara itu.

Gervinho bakal mewakili Ivory Coast di kejohanan Piala Negara Afrika
Kekurangan penyerang yang konsisten berkemungkinan besar menjadi punca Wenger berfikir untuk mendapatkan Henry kembali untuk tempoh singkat. Prestasi Nicklas Bendtner agak kurang menyerlah musim ini dan Arsenal kini bergantung harap sepenuhnya kepada kapten mereka, Robin Van Persie seorang untuk mencari gol. Tambah lagi, Arsenal bakal kehilangan 2 lagi penyerang, Gervinho dan Chamakh yang akan bertanding di kejohanan Piala Negara Afrika bulan depan. Mungkin langkah Arsenal untuk mendapatkan Henry satu idea yang bijak memandangkan pengalaman luas Henry bersama Arsenal dulu yang memungkinkan dia akan mudah serasi bersama skuad Gunners.

Friday 23 December 2011

Safee Sali "Dilarang" Mewakili Malaysia..???

Penyerang kebangsaan, Safee Sali berdepan kemungkinan tidak dapat beraksi mewakili Malaysia dalam perlawanan antarabangsa sekiranya konflik yang melanda Liga Indonesia, dimana disertai Safee, tidak dapat diselesaikan. Safee yang masih dalam kontrak bersama kelab Pelita Jaya berhasrat untuk kekal bersama kelabnya itu namun sekiranya krisis Liga bolasepak Indonesia masih berlarutan, Safee tidak menolak kemungkinan untuk berhijrah ke kelab lain.

Krisis Liga Indonesia bermula apabila liga utama negara itu berpecah 2 kepada Liga Perdana Indonesia (Indonesian Premier League)- yang mana diiktiraf oleh Persatuan Sepakbola seluruh Indonesia (PSSI) dan juga Liga Super Indonesia (Indonesian Super League) yang diuruskan satu badan yang tidak diiktiraf PSSI. Kebanyakan kelab-kelab besar memilih untuk menyertai Liga Super Indonesia yang dilihat lebih baik termasuklah kelab Pelia Jaya. Keadaan ini menyebabkan PSSI meminta campur tangan FIFA dan sekiranya Liga Super Indonesia dianggap tidak sah oleh FIFA, maka pemain-pemain yang menyertai liga itu bakal hilang kelayakan untuk mewakili pasukan kebangsaan masing-masing dalam kejohanan anjuran FIFA termasuklah perlawanan persahabatan antarabangsa.

Kelab Brisbane Roar FC mungkin menjadi destinasi Safee
Safee yang ditanya mengenai permasalahan ini menyatakan bahawa beliau agak keliru dengan situasi sebenar dan masih menunggu keputusan yang bakal diambil oleh PSSI dan FIFA. Beliau menambah, sekiranya FIFA mendapati Liga Super Indonesia tidak sah, beliau tentunya akan memilih untuk berhijrah supaya beliau tidak dihalang daripada mewakili pasukan kebangsaan. Jika liga itu sah, Safee gambira untuk terus kekal disitu. Safee turut dikaitkan dengan sebuah kelab liga A-League Australia, Brisbane Roars yang dipunyai oleh Keluarga Bakrie, yang juga pemilik kelab Pelita jaya.

Thursday 22 December 2011

Chelsea Berminat Dapatkan Khidmat Gary Cahill

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan Bolton dan England, Gary Cahill musim perpindahan Januari ini. Pemain berusia 26 tahun itu akan tamat kontrak bersama Bolton penghujung musim ini dan masih belum menandatangani kontrak baru. Prestasi buruk Bolton musim ini juga manambah lagi spekulasi mengenai penghijrahan keluar pemain ini.

Selain Chelsea, Arsenal juga dikatakan sedang mengikuti perkembangan Cahill di Bolton dengan penuh minat. Chelsea kini mencari pengganti kepada Alex yang dilaporkan meminta untuk keluar dari Chelsea kerana tidak mendapat tempat dan jarang diturunkan dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini. Alex juga dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal. Bolton kini berada di tangga ke-19 liga manakala Chelsea berada di tangga ke-4 dibelakang Spurs yang bakal ditentang mereka awal pagi esok.

Wednesday 21 December 2011

Ranking FIFA: Malaysia Melonjak 7 Anak Tangga

Ranking terbaru yang dikeluarkan FIFA hari ini menyaksikan Malaysia melonjak 7 anak tangga ke tangga 148 berbanding 155 untuk bulan lepas. Ini adalah kenaikan tertinggi dalam tahun ini selepas beberapa kali mengalami kejatuhan dalam ranking. Di kalangan negara Asia pula, Malaysia menduduki tangga 26 daripada 46 negara. Jepun masih lagi mengekalkan reputasi sebagai pasukan terbaik Asia berada di tangga 19.

Vietnam kini menjadi pasukan terbaik ni rantau Asia Tenggara di tangga ke-99 mengatasi Thailand yang berada di tangga 122. Vietnam naik 35 anak tangga berbanding tangga ke-134 sebelum ini. Pasukan Jiran, Indonesia dan Singapura pula masing-masing berada di 142 dan 145. Kedudukan pasukan gergasi seperti Sepanyol, Belanda dan Jerman tidak berubah di 3 tangga teratas.

Berikut Senarai ranking terbaru FIFA:

1. Sepanyol
2. Belanda
3. Jerman
4. Uruguay
5. England
6. Brazil
7. Portugal
8. Croatia
9. Itali
10. Argentina
.
19. Jepun
99. Vietnam
122. Thailand
142. Indonesia
145. Singapura
148. Malaysia

sumber: FIFA

Tuesday 20 December 2011

Tevez Hampir Pasti Sertai AC Milan

Penyerang bermasalah pendahulu Lige Perdana Inggeris Manchester City, Carlos Tevez bakal menamatkan semua spekulasi tentang masa depannya apabila semakin hampir untuk menyertai gergasi Itali, AC Milan. Tevez yang kini berada di Argentina tanpa kebenaran City, menimbulkan kontroversi apabila enggan beraksi menentang Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara Eropah dan kehilangan tempat dalam skuad utama City.

Wakil dari AC Milan, Adriano Galliani dilaporkan bakal membuat perjumpaan dengan City dalam tempoh terdekat berhubung Tevez. Milan pada mulanya dikatakan hanya mahu membuat pinjaman pemain dan kemudian membalinya pada musim panas nanti tetapi City mahu terus menjual pemain itu dengan segera. Tevez sebelum ini juga turut dikaitkan dengan kelab Perancis, P.S.G tetapi memilih untuk ke kelab lebih besar seperti AC Milan.

Cavani, Gotze dan Moutinho Jadi Sasaran Chelsea

Chelsea bakal membuat rombakan besar-besaran kepada skuad sedia ada yang agak berumur dengan menggantikan mereka dengan beberapa pemain baru untuk menghadapi saingan Liga Perdana Inggeris musim depan. Pengurus, Andre Villas-Boas dilaporkan menyenaraikan 3 pemain yang menjadi sasaran utama mereka iaitu Penyerang Napoli, Edinson Cavani dan 2 pemain tengah, Mario Gotze dan Joao Moutinho yang masing-masing dari kelab Borussia Dortmund dan Porto.

Chelsea harus mengeluarkan belanja besar sekiranya mahu pemain-pemain ini beraksi di Stamford Bridge musim depan dengan anggaran hampir 100Juta Pound nilai keseluruhan. Untuk itu, Chelsea dilihat bakal menjual sebahagian besar pemain skuad itu dengan Torres, Drogba, Lampard, Bosingwa, Alex serta Kalou dilihat bakal menjadi mangsa. Pemilik Chelsea, Roman Abramovich dilaporkan akan menyokong segala pembelian yang bakal dibuat asalkan mereka menjual beberapa pemain untuk dijadikan modal.

Monday 19 December 2011

United Intai Pemain Muda Ajax, Christian Eriksen

Juara Bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester United hari ini dilaporkan bakal membuat tawaran kepada Ajax Amsterdam untuk pemain tengah muda mereka, Christian Eriksen. Eriksen bermain di posisi tengah juga dikaitkan dengan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona baru berusia 19 tahun dan masih mempunyai baki kontrak bersama Ajax sehingga 2014.

Penolong pengurus United, Rene Meulensteen mengesahkan perkara ini dengan menyifatkan Eriksen sebagai pemain yang sesuai dengan corak permainan United dan mampu untuk berjaya bersama juara England itu. Namun, beliau menafikan sebarang tawaran telah dikemukanan kepada Ajax. Krisis kecederaan yang melanda United menyebabkan mereka kini berusaha mendapatkan beberapa pemain baru untuk menguatkan kembali skuad. Turut dikaitkan sebelum ini adalah bintang muda Jerman, Mario Gotze.

Christian Eriksen merupakan pemain termuda yang beraksi di Piala Dunia Afrika Selatan tahun lepas dan sehingga kini telah mengumpul 20 caps bersama skuad kebangsaan Denmark.

Dortmund: United Perlu Bayar 50 Juta Pound Untuk Gotze

Wenger: Arsenal Tiada Peluang Rangkul Gelaran Liga

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menganggap pasukannya kini sudah tiada peluang lagi untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas tewas tipis 1-0 kepada pendahulu liga, Manchester City semalam. Kekalahan itu menyaksikan Arsenal kini ketinggalan 12 mata dibelakang City.

Sebelum perlawanan semalam, Arsenal melalui 8 perlawanan tanpa kalah dengan memungut 22 daripada maksimum 24 mata. Wenger dalam satu kenyataan kepada media melahirkan rasa kecewa dengan keputusan semalam kerana mereka boleh merapatkan jurang mata kepada 6 mata dengan City, sebaliknya mereka kini ketinggalan 12 mata.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Etihad semalam, City menewaskan Arsenal dengan gol tunggal jaringan pemain Sepanyol, David Silva pada minit ke-53. Arsenal dinafikan sepakan penalti apabila bola terkena tangan Micah Richards lewat permainan dan juga gol yang dijaringkan Van Persie dibatalkan kerana offside walaupun Van Persie dilihat masih dalam kedudukan onside ketika menerima bola. Manchester City kini berada di puncak Liga dengan 41 mata, 2 mata mengatasi jiran dan pesaing terdekat, Manchester United.

Sunday 18 December 2011

Dortmund: United Perlu Bayar 50 Juta Pound Untuk Gotze

Juara Bertahan Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund memberi amaran kepada Manchester United bahawa mereka tidak akan menjual penain sensasi mereka, Mario Gotze dengan murah. Dortmund dilaporkan mahu sekurang-kurangnya 50 Juta Pound untuk pemain tengah muda mereka itu. Selain United, beberapa kelab ternama Eropah lain turut berminat dengan Gotze yang baru berusia 19 tahun itu seperti Arsenal, Real Madrid dan beberapa kelab Itali.

Manchester United kini yang dilanda krisis kecederaan apabila Darren Fletcher bakal terlepas aksi untuk tempoh yang lama kerana kecederaan. Anderson dan Tom Cleverley juga belum pulih dari kecederaan dan membataskan pilihan pengurus, Sir Alex Ferguson di bahagian tengah. Ferguson telah sebelum ini beberapa kali menghantar pemerhati (scout) ke Jerman untuk menilai Gotze termasuk perlawanan persahabatan Jerman menentang Belanda bulan lepas.
United juga berminat mendapatkan Hummels
Selain Gotze, United juga mengintai rakan sepasukannya di Dortmund, Matt Hummels. Hummels yang juga pemain yang mendapat perhatian ramai seperti Gotze baru berusia 23 tahun dan bermain di posisi pertahanan tengah. Kecederaan yang melanda Nemanja Vidic pada perlawanan terakhir Liga Juara-Juara Eropah menyebabkan Ferguson berfikir untuk mencari pemain dbaru di posisi itu sebagai 'back-up'. Hummels mempunyai 12 caps bersama skuad kebangsaan Jerman dinilai sebanyak 15 Juta Pound.

Saturday 17 December 2011

Undian Pusingan 16 Terakhir Liga Juara-Juara Eropah

2 wakil England yang masih dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini, Arsenal dan Chelsea diundi bertemu wakil dari Itali iaitu AC Milan dan Napoli di pusingan 16 Terakhir. Juara Musim lalu, Barcelona pula bakal membuat perhitungan dengan wakil Jerman, Bayer Leverkusen manakala Real Madrid pula bakal melayan pasukan dari Russia, CSKA Moscow. Juara 2009/2010, Inter Milan pula bakal berdepan cabaran Marseille.

Berikut jadual penuh kesemua 8 perlawanan pusing 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah dengan perlawanan pertama akan berlangsung 14/15 dan 21/22 Februari dan perlawanan kedua pada 6/7 dan 13/14 Mac 2012.


Olympique Lyonnais v APOEL Nicosia
Napoli v Chelsea
AC Milan v Arsenal
Basel v Bayern Munich
Bayer Leverkusen v Barcelona
CSKA Moscow v Real Madrid
Zenit St Petersburg v Benfica
Marseille v Internazionale

Wednesday 14 December 2011

Chelsea Bakal Jual Torres 20 Juta Pound

Penyerang "berbisa" Chelsea, Fernando Torres dilaporkan bakal dijual pada musim perpindahan Januari nanti dengan harga yang murah. Torres yang dibeli Chelsea dari Liverpool dengan nilai 50 Juta Pound, yang juga merupakan rekod perpindahan bagi Liga Perdana Inggeris sehingga kini dikatakan akan dilepaskan dengan nilai serendah 20 Juta Pound sahaja. Chelsea kini bersedia mendengar mana-mana tawaran yang diterima untuk pemain itu asalkan harga itu ditawarkan.

Torres berpindah dari Liverpool pada hari terakhir musim perpindahan Januari lepas namun gagal menyerlah dengan hanya mampu menjaringkan 3 gol sahaja dalam saingan Liga. Penyerang berusia 27 tahun itu menerima gaji setinggi 150,000 Pound seminggu bersama Chelsea dan ianya dianggap membebankan untuk seorang penyerang yang gagal menjaringkan gol. Usaha untuk menaikkan kembali prestasi Torres tidak berjaya meskipun Chelsea berusaha mendapatkan Juan Mata Ogos lepas yang diharap dapat membantu Torres ke prestasi sebenar.

Anelka mengesahkan menandatangani kontrak 2 Tahun bersama Shanghai Shenhua
Chelsea kini dalam usaha untuk mengembalikan zaman gemilang dibawah Jose Mourinho dulu dan bakal membuat perubahan besar Januari ini. Nicolas Anelka juga telah dilapeaskan kepada kelab Liga China, Shanghai Shenhua. Beberapa pemain lagi yang agak berumur juga dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Stamford Bridge antaranya Alex, Jose Bosingwa, Florent Malouda dan juga Didier Drogba.

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...