Monday 28 February 2011

Chelsea Sedia Bayar Real Madrid RM130 Juta Untuk Kaka

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich berkata beliau sedia mengeluarkan bajet besar untuk mendapatkan pemain Brazil, Kaka dari Real Madrid. Ini kerana pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti sangat meminati Kaka dan ingin bekerjasama dengannya lagi setelah pernah bersama di AC Milan. Abramovich kini dalam fasa seterusnya untuk menggatikan pemain-pemain bintangnya yang agak berusia dengan pemain yang lebih muda setelah chelsea malalui musim yang agak hambar dimana mereka hampir pasti terlepas gelaran liga dan telah terkeluar dari saingan Piala FA. Fasa pertama selesai apabila Chelsea berjaya mendapatkan Fernando Torres dan David Luiz dengan nilai keseluruhan lebih RM350 Juta. Didier Drogba, Frank Lampard dan John Terry kesemuanya berada di tahap penghujung karier dan Abramovich serius untuk menggantikan mereka semua dengan pemain-pemain berkualiti dan lebih muda. Selain Kaka, Penyerang Bayern Munich, Mario Gomez juga turut dikatakan mendapat perhatian Chelsea dan dia dikatakan bernilai lebih RM150 Juta. Dengan jumlah yang besar yang telah dibelanjakan pada tempoh perpindahan januari lalu, tidak mustahil Abramovich akan berbelanja besar lagi musim panas ini.

Duit bukan persoalannya bagi Roman Abramovich, Individu ke-50 terkaya didunia dengan aset melebihi RM30billion menurut Forbes.

Senarai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris
Senarai penjaring terbanyak La Liga Sepanyol

Louis Saha Hampir Maut..!!!

Penyerang Everton, Louis Saha terselamat daripada maut apabila terlibat dalam satu kemalangan ngeri ketika memandu kereta Ferrarinya. Kejadian itu berlaku di kawasan lebuhraya Chechire, tempat sama Cristiano Ronaldo mengalami kemalangan dan juga menyebabkan Ferrarinya hancur teruk 2 tahun lalu. Saha dikatakan memandu sangat laju dan gagal mengawal Ferrari 458 Italianya dan merempuh tembok penghadang. Dia bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan akan tetapi Ferrari beliau yang berharga hampir RM1juta remuk teruk dan mungkin tidak boleh digunakan lagi. Kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.
                            Inilah Kereta Ferrari yang 'dihancurkan' Saha

Senarai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris

Preview Liga Super: Kelantan Lawan Negeri Sembilan

Perlawanan ke-6 Liga Super pada 1/3/2011 akan menyaksikan ulangan perlawanan akhir Piala Malaysia tahun lepas apabila Negeri Sembilan akan bertemu tuan rumah, Kelantan di Kota Bharu. Perlawanan ini dijangka menarik kerana 2 pasukan ini adalah pasukan pencabar utama kejuaraan Liga Super tahun ini. Negeri Sembilan melonjak dari tangga ke-8 liga ke tempat ke-3 selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 keatas Sabah sebelum ini manakala Kelantan pula mengekalkan kedudukan diatas takhta meskipun sekadar seri 1-1 dengan Kedah. Kelantan semestinya menyandarkan harapan kepada penyerang sensasi, Norshahrul Idlan Talaha untuk meneruskan rekod jaringan yang cemerlang setakat ini. Dia telah menjaringkan 4 gol dalam 5 perlawanan liga setakat ini dan mengungguli carta senarai penjaring terbanyak. Namun, tugasnya tampak sukar apabila beliau akan dikawal ketat pertahanan kental kebangsaan, Aidil Zafuan.

                                         
Dibahagian serangan Negeri Sembilan pula, Mohd Fakri Saarani akan menggalas cabaran merobek gawang Kelantan yang dijaga Khairul Fahmi dan dia akan dibantu seorang bekas penyerang Kelantan, Hairudin Omar. Di bahagian tangah akan meyaksikan hebat antara kapten Kelantan, Badhri Radzi dan juga pemain berpengalaman N. Sembilan, Idris Karim. Kedua-dua pemain telah menjaringkan 2 gol setakat ini. Perlawanan ini dijangka sengit dan sokongan penyokong setia Red Warriors tentunya akan memberi sokongan yang hebat di Stadium Sultan Muhammad ke-4. Apakah ramalan anda untuk perlawanan ini?

Barisan Kemungkinan:

Kelantan- Khairul Fahmi, Daudsu, Farisham, Rizal Fahmi, Zairul Fitree, Badhri Radzi(c), Shakir Shaari, S.Chanturu, Nurul Azwan, Ramzul Zahini, Norshahrul Idlan Talaha
N. Sembilan- Farizal Marlias, Qhairul Anwar, Irwan Fadli, Aidil Zafuan, Halim Zainal, Shukor Adan(c), Idris Karim, G. Mahathevan, Fakri Saarani, Zaquan Adha, Hairuddin Omar

Ramalan BBT: Kelantan 2-0 Negeri Sembilan

Jadual Perlawanan Liga Super Matchday 6
Kedudukan Terkini Liga
Senarai Penjaring Terbanyak

Jadual Perlawanan Liga Super 1/3/2011 (Matchday 6)

Inilah jadual perlawanan liga super perlawanan ke-6 pada 1/3/2011.

Birmingham Kejutkan Arsenal Rangkul Piala Carling

Arsenal dikejutkan pasukan 'underdog' Birmingham pada aksi perlawanan akhir Piala Carling yang berlangsung di Stadium Wembley. Birmingham bermain dengan baik pada awal permainan dan sepatutnya mendapat sepakan penalti pada minit ke-3 setelah Szcezsny menjatuhkan Lee Bowyer dalam kotak penalti namun dinafikan pembantu pengadil dengan mengangkat bendera offside meskipun jelas Bowyer ketika itu dalam kedudukan onside. Arsenal sememangnya bernasib baik untuk terlepas dari situasi itu. Birmingham selepas itu terus melancarkan serangan dan hasilnya mereka berjaya menembusi gawang Arsenal melalui satu sepakan sudut dan Nikola Zigic yang bijak menanduk bola menerjah jaring. Arsenal kemudiannya berusaha untuk menyamakan kedudukan dan berhasil 5 minit sebelum tamat separuh masa pertama, Robin Van Persie berjaya menewaskan Ben Foster. Pada separuh masa kedua, Arsenal terus mendominasi permainan dan birmingham pula cekal bertahan dan 'Man of the match' Foster membuat beberapa aksi menarik untuk mengagalkan Arsenal. Birmingham kemudiannya menyerang habis-habisan pada babak-babak terakhir dan salah faham antara Szcezsny dan Koscielny memberikan gol mudah kepada pemain gantian, Obefami Martins ketika permainan hanya berbaki 1 minit untuk tamat. Arsenal akhirnya terpaksa akur dan terpaksa terus menanti untuk mendapatkan piala pertama mereka sejak kali terakhir pada 2005.

Liga Perdana Inggeris: Liverpool Tersungkur, City Tersangkut

Kenny Dalglish mengalami kekalahan pertama beliau selepas mengambil alih Liverpool daripada Roy Hodgson apabila tewas 3-1 ditangan pasukan tangga tercorot, West Ham. The Hammers bermain dengan baik dan mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi tendangan cantik Scott Parker dan tandukan pemain Senegal yang dipinjam dari kelab Bundesliga Jerman, Demba Ba. Glen Johnson cuba menyelamatkan liverpool dengan jaringan 6 minit sebelum tamat permainan tetapi jaringan pemain gantian, Carlton Cole mengesahkan kemenangan West Ham dan melonjak dari tangga terbawah liga ke tangga ke-18.
Dalam 1 lagi perlawanan, Manchester City gagal menggunakan kesempatan bermain di halaman sendiri dengan sekadar seri 1-1 dengan Fulham. City dilihat bermain dengan kurang bersemangat tetapi berjaya mendapatkan gol menerusi Mario Balotelli pada separuh masa pertama. Fulham yang kini dibimbing bekas pengurus City, Mark Hughes memulakan separuh masa kedua dengan cemerlang apabila berjaya memecahkan kebuntuan menerusi Damien Duff. Keputusan ini kekal sehingga tamat permainan.

Sunday 27 February 2011

Preview Final Piala Carling: Arsenal vs Birmingham


Arsenal akan turun dalam usaha mendapatkan trofi pertama mereka dalam tempoh 6 tahun tanpa kapten pasukan, Cesc Fabregas dan pemain sayap, Theo Walcott yang mengalami kecederaan. Jadi, Robin Van Persie akan memikul tanggungjawab besar mengemudi bahagian serangan dan juga menjadi Kapten pasukan. Van Persie berada dalam prestasi terbaik ketika ini dengan 10 gol liga atas namanya setelah pulih dari kecederaan panjang. Samir Nasri dan Andrey Arshavin akan bermain di belakang Van Persie untuk menggempur gawang Birmingham yang dijaga bekas pemain United, Ben Foster. Birmingham juga mengalami masalah dengan kecederaan dengan Aliaksndr Hleb hampir pasti terlepas aksi menentang bekas pasukannya. 2 pemain yang dipinjam, David Bentley dan Curtis Davies tidak layak beraksi kerana pernah mewakili kelab masing-masing sebelum ini. Pemain pertahanan, Scott Dann pula terpaksa melupakan baki saingan musim ini dengan kecederaan jangka panjang. The blues akan mengharapkan penyerang tinggi lampai mereka, Nikola Zigic untuk merobek gawang The Gunners yang dikawal Szcezsny.saksikan perlawanan pada pukul 12 tengah malam di channel 817 Astro.

Ramalan BBT: Arsenal 2-1 Birmingham

Senarai Penjaring Terbanyak Liga Super 27/2/2011


Penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha meneraju takhta senarai penjaring terbanyak Liga Super 2011 dengan 4 gol. Berikut senarai penjaring terbanyak selepas permainan ke-5:

La Liga: Barca Tundukkan Mallorca; Real Sekadar Seri

Barcelona terus mendominasi La Liga Sepanyol apabila mudah menundukkan Real Mallorca 3-0 di tempat lawan. Barca yang menguasai hampir keseluruhan permainan berjaya merobek petahanan kental yang ditunjukkan Mallorca lewat separuh masa pertama menerusi penyerang sensasi, Lionel Messi. Messi mendapat bola hantaran cantik Seydou Keita menanduk masuk gol dengan lambungan yang cantik. Ini adalah gol ke-26 Messi dalam saingan liga dal 25 permainan dan meletakkannya sebagai pendahulu senarai penjaring, 2 gol melebihi pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo. 2 lagi Gol barca dijaringkan david Villa dan Pedro. Real gagal merapatkan jurang dengan Barca dan kini ketinggalan sebanyak 7 mata apabila hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Deportivo La Coruna. Real bermain agak baik dan mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol namun penjaga gol Deportivo, Aranzubia bermain cemerlang untuk memastikan gawangnya tidak dibolosi. Keputusan 0-0 itu kekal sehingga tamat.

Chicharito Muncul Wira United Tewaskan Wigan 4-0

Javier Hernandez ataupun nama panggilannya Chicharito menjadi wira Manchester United apabila menjaringkan 2 gol untuk membantu united menewaskan Wigan 4-0 di DW Stadium. Penyerang Mexico itu menunjukkan aksi sebenar seorang penyerang dengan 2 penyudah cantik minit 17 dan 73. 2 lagi gol dijaringkan pada 10 minit terakhir masing-masing oleh Wayne Rooney hasil umpanan cantik Dimitar Berbatov dan juga pemain pertahanan dari Brazil, Fabio DaSilva. Kemenangan ini meletakkan United kembali 4 mata mengatasi pencabar terdekat, Arsenal. 5 perlawanan kesemuanya berlangsung hari ini dan inilah keputusannya.

Wigan 0-4 Manchester United
   Everton 2-0 Sunderland
Aston Villa 4-1 Blackburn Rovers
   Wolverhampton 4-0 Blackpool
Newcastle 1-1 Bolton

Saturday 26 February 2011

Kedudukan Terbaru Carta Liga Super Malaysia 26/2/2011

Selepas perlawanan ke-5, inilah keadaan Liga Super malaysia dengan kelantan dan perak masih didepan diikuti Negeri Sembilan yang melonjak dari tangga ke-8 sebelum ini. Perlis masih tercorot dengan hanya 1 mata dari 5 perlawanan.

Keputusan Liga Super Malaysia 26/2/2011

Perak terus mengejar pendahulu Liga Super, Kelantan apabila menang perlawanan ke-5 mereka keatas Pahang di Stadium Darulmakmur dengan jaringan 2-0. Mereka kini menyamai jumlah mata cuma jaringan gol membezakannya. Pertembungan 2 pasukan tercorat pula menyaksikan pasukan T-Team berjaya mendapatkan kemenangan pertama mereka dengan membelasah pasukan bermasalah, Perlis 3-0 di Kuala Terengganu. Pasukan Harimau Muda A terikat 1-1 dengan Felda United. Juara bertahan Liga Super, Selangor terus memberikan aksi kurang konsisten musim ini apabila hanya sekadar seri tanpa jaringan dengan Johor FC.Negeri sembilan pula mencatat kemenangan tipis 1-0 keatas Sabah. Berikut keputusan penuh perlawanan:

Nasri Setuju Kontrak Baru RM 1/2 Juta Seminggu

Arsenal menawarkan pemain tengahnya Samir Nasri kontrak baru bernilai hampir 26juta Pound untuk 5 tahun berakhir 2016. Ini bermakna dia pemain tengah Perancis itu akan menerima gaji lumayan sebanyak 100ribu Pound seminggu atau RM 1/2 Juta!!! Kontrak sebelum ini Nasri mendapat 60ribu Pound seminggu. Arsenal membeli Nasri pada 2008 daripada Marseille dengan bayaran 12.5juta Pound. Sepanjang bersama Arsenal, Nasri membuat 75 penampilan dan dalam masa yang sama menjaringkan 17 gol dan tahun ini adalah tahun terbaik beliau dengan 9gol dalam 21 aksi Liga Perdana Inggeris. Pemain berusia 23 tahun ini bertanggungjawab atas prestasi cemerlang Arsenal setakat ini terutamanya pada awal musim semasa penyerang, Robin Van Persie dan kapten, Cesc Fabregas mengalami kecederaan.

Liga Perdana Inggeris: Preview Gameweek 28


5 perlawanan Liga Perdana Inggeris akan berlangsung malam ini(26/2), 2 perlawanan malam esok(27/2) dan masing-masing 1 perlawanan pada 1/3 & 2/3 dengan Manchester United berharap untuk kembali menjarakkan kedudukan dari pencabar lain apabila bermain 2 perlawanan dan salah satunya adalah perlawanan menarik menentang juara bertahan, Chelsea. Arsenal dan Birmingham tidak bermain kerana terlibat dengan Perlawanan Akhir Piala Carling malam esok (27/2). Tottenham hotspur adalah 1 lagi pasukan yang tidak bermain minggu ini. Ini adalah senarai jadual perlawanan dan status pasukan.

26/2

Wigan Athletic vs Manchester United (10.55pm, astro 812)
-Wigan tiada kecederaan kepada pemain manakala United akan turun tanpa Ferdinand, Evans, Valencia, Park dan anderson. Giggs pula 50-50.

Everton vs Sunderland (10.55pm, astro 813)
-Cahill dan Fellaini mengalami kecederaan ringan dan mungkin diturunkan. Saha juga sudah pulih dan Rodwell dan Anichebe 50-50. Sunderland tanpa Welbeck, cattermole, Campbell,Turner dan penjaga gol, Gordon.

Newcastle vs Bolton (11pm, astro 817)
-Newcastle tanpa Gosling, Smith, Guthrie, Ben Arfa dan Ameobi. Lovenkrands 50-50. Bolton hanya Jlloyd Samuel yang cedera.

Aston Villa vs Blackburn Rovers (11pm)
-Villa tanpa makoun yang digantung 3 perlawanan dan Cuellar yang cedera. Blackburn tanpa hoillet dan Phil Jones. Samba 50-50.

Wolves vs Blackpool (11pm)
-Hunt masih cedera dan crainey 50-50 untuk wolves. Blackpool tanpa Kapten, Adam yang digantung 2 perlawanan kerana mendapat kad kuning ke10 musim ini dan Taylor-Fletcher masih cedera.

27/2

West Ham vs Liverpool (9.25pm, astro 812)
-Keane, stanislas dan Upson cedera manakala Obinna dan Dyer mempunyai peluang 50-50 untuk West Ham. Carroll masih cedera begitu juga Aurelio manakala Agger, Kelly, Johnson dan Gerrard 50-50.

Manchester City vs Fulham (10.55pm, astro 813)
-Penjaga gol, Given pemain baru mendapat kecederaan dan akan menyertai Adam Johnson. Richards, Milner, Balotelli dan Kompany cedera ringan dan punya peluang 50-50. Senderos, Sidwell dan Kamara masih cedera manakala Zamora dan Etuhu 50-50 untuk fulham.

1/3

Stoke City vs West Brom (3.55am, astro 812)
-Etherington dan faye 50-50 untuk Stoke. West Brom tanpa Mulumbu dan Olsson 50-50.

2/3

Chelsea vs Manchester United (3.55am, astro 817)
-Chelsea masih tanpa Benayoun manakala Bosingwa dan Alex sudah pulih dan punyai peluang 50-50. United akan turun tanpa Evans, Valencia, Park dan anderson. Ferdinand dijangka pulih tetapi mungkin 50-50 untuk perlawanan ini.

Apakah ramalan Anda...???

Kedudukan Terbaru Carta Liga Super Malaysia 25/2/2011

Inilah kedudukan terbaru Liga Super selepas 2 perlawanan yang berlangsung pada 25/2/2011.

Friday 25 February 2011

Liga Super Malaysia: Kedah 1 Kelantan 1

Kelantan bangkit untuk mengikat kedah dalam aksi Liga super di Stadium Darul Aman. Dalam separuh masa pertama, pada awalnya Kelantan ternyata menguasai permainan dengan beberapa cubaan bahaya dari rangkaian serangan. Cubaan terbaik adalah tendangan cantik Nurul Azwan Roya yang menggegar palang gol Kedah yang dijaga Abdul Hadi. Ketua pasukan Kelantan, Badhri Radzi pula mempunyai sekurang-kurangnya 2 peluang yang baik tetapi disia-siakan. Kedah kemudiannya menguasai babak-babak akhir separuh masa pertama dengan gandingan Azlan Ismail, Badrol Bakhtiar dan Khyril Muhaimin namun gagal menembusi benteng pertahanan Kelantan. separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang gol. Aksi separuh masa kedua bermula agak serupa dengan babak pertama dengan Kelantan banyak menguasai bola tetapi hanya sekejap sahaja dan Kedah kemudiannya melancarkan beberapa serangan. Kedah akhirnya berjaya memecah kebuntuan apabila hantaran cantik Badrol Bakhtiar dari sebelah kiri gol kelantan berjaya disambar dengan baik oleh Azlan Ismail. Selepas itu, kedah terus menguasai permainan dan kelantan pula nampak seperti hilang idea. Cubaan baik dari Azmi Muslim yang menewaskan perangkap offside kelantan berjaya ditepis penjaga gol, Khairul Fahmi. Kelantan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha. Dia mengawal bola dengan baik dan melepaskan satu tendangan volley yang padu menewaskan Abdul Hadi. Badhri radzi sekali lagi mendapat peluang baik pada babak terakhir tapi dia agak teragak-agak dan terlepas peluang emas itu. Selapas itu perlawanan menjadi semakin rancak menuju tiupan wisel penamat namun sebarang gol tambahan gagal dicari.

Dalam 1 lagi perlawanan Terengganu Menewaskan Kuala Lumpur dengan jaringan 2-1.

Glazers: United Bukan Untuk Dijual..!!!

Keluarga Glazers yang memiliki kelab paling Popular di dunia, Manchester United menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai niat untuk menjual kelab itu. Kenyataan dibuat setelah banyak desas-desus bahawa mereka akan menjual United kepada Qatar Holding dengan harga 1.5billion Pound. Mereka juga menyatakan bahawa mereka mempunyai pelan jangka panjang untuk United dan tidak akan melayan sebarang tawaran yang dikemukakan kelak. Manchester United diurus oleh 3 beradik Glazers iaitu Bryan, Edward dan Joel (gambar). anak kepada hartawan terkenal, Malcolm Glazer. Mereka juga menguruskan kelab Liga American Football, Tampa Bays Buccaneers. Keluarga Glazers dilaporkan bernilai USD2.2billion.

Zhirkov Mahu Keluar Chelsea

Pemain pertahanan Chelsea, Yuri Zhirkov bercadang untuk keluar dari kelab itu sekiranya gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama. Zhirkov yang kerap dibelenggu kecederaan hanya membuat 9 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini dan 4 daripadanya adalah sebagai pemain gantian. Zhirkov adalah pemain termahal dalam sejarah bolasepak Russia apabila Chelsea membayar 18juta Pound kepada CSKA Moscow untuk mendapatkan khidmatnya pada tahun 2009 mengatasi 15juta Pound yang dibayar oleh Arsenal untuk Andrey Arshavin. Pemain berusia 27 tahun ini juga pernah mewakili Russia sebanyak 39 kali. Liverpool dilaporkan berminat dengan Zhirkov sekiranya beliau ingin keluar dari Chelsea. Turut berminat adalah kelab Liga Championship, Queen's Park Rangers. QPR kini mendahulu Liga dan sekiranya mereka berjaya layak bermain di Liga Perdana, mereka sanggup untuk berbelanja besar mendapatkan pemain berkualiti seperti Zhirkov.

Liga Europa: Jadual Perlawanan Pusingan 16-Terakhir 10/3/2011


Ini adalah jadual perlawanan pusingan 16-terakhir Liga Europa. Portugal, Belanda dan Russia mempunyai masing-masing 3 wakil, England dengan 2 wakil manakala Perancis, Ukraine, Jerman, Scotland dan Sepanyol masing-masing diwakili 1 pasukan.

Liverpool vs Braga
  Dinamo Kiev vs Manchester City
Ajax Amsterdam vs Spartak Moscow
  CSKA Moscow vs Porto
Bayer Laverkusen vs Villareal
  Benfica vs P.S.G
PSV Eindhoven vs Rangers
  FC Twente vs Zenit St. Petersburg

Kesemua perlawanan ini dijadualkan pada 10 dan 17 mac ini dan pasukan didepan menjadi tuan rumah perlawanan pertama.

Keputusan Liga Europa: Liverpool, Man City Mara

14 perlawanan Liga Europa peringkat 32-terakhir berlangsung semalam. 2 kelab Liga Inggeris melayakkan diri dengan cara berbeza. Liverpool terpaksa bertungkus lumus sebelum mencatat kemenangan tipi 1-0 keatas wakil Republik Czech, Sparta Prague menerusi jaringan lewat Dirk Kuyt manakala Manchester City pula menguasai sepenuhnya perlawanan menentang Aris Saloniki dan mencatat kemenangan selesa 3-0. Edin Dzeko menjadi wira City apabila menjaringkan 2 gol awal separuh masa pertama dan 1 lagi gol disumbang Yaya Toure. Perlawanan lain pula menyaksikan kebanyakan pasukan pilihan mara ke peringkat 16-terakhir.

Keputusan Penuh Semua Perlawanan:

25/2
*Liverpool vs Sparta Prague 1-0 [1-0]
*Bayer Laverkusen vs Metallist Kharkiv 2-0 [6-0]
Sporting Lisbon vs *Rangers 2-2 [3-3]
*PSV Eindhoven vs Lille 3-1 [5-3]
*Spartak Moscow vs Basel 1-1 [4-3]
*Zenit St. Petersburg vs Young Boys Bern 3-1 [4-3]
*Manchester City vs Aris saloniki 3-0 [3-0]
Stuttgart vs *Benfica 0-2 [1-4]
*Villareal vs Napoli 2-1 [2-1]
*Ajax Amsterdam vs Anderlecht 2-0 [5-0]
*Paris S.G vs BATE Borisov 0-0 [2-2]
*Braga vs Lech Poznan 2-0 [2-1]
*Dynamo Kiev vs Besiktas 4-0 [8-1]
*FC Twente vs Rubin Kazan 2-2 [4-2]
24/2
*FC Porto vs Sevilla 0-1 [2-2]
23/2
*CSKA Moscow vs PAOK Saloniki 1-1 [2-1]

*pasukan yang mara ke peringkat 16-terakhir.

Thursday 24 February 2011

Mampukah Liverpool, City Teruskan Kemaraan Liga Europa..???

Dua pasukan dari Liga Perdana Inggeris akan beraksi malam ini untuk merebut tempat ke pusingan 16 terakhir Liga Europa. Liverpool akan menerima kunjungan kelab dari Republik Czech, Sparta Prague di Anfield dan Manchester City pula akan melayan kelab Greece, Aris Salonika di City of Manchester Stadium. Kedua-dua perlawanan yang berlangsung minggu lepas berakhir tanpa sebarang jaringan. Antara perlawanan-perlawanan  menarik malam ini adalah:

(0)Liverpool vs. Sparta Prague(0) [Astro Supersports 3, 1.55am]
(0)Manchester City vs Aris Salonika(0) [Astro Supersports 3, 4.55am]
(1)Stuttgart vs Benfica(2) [Astro Supersports 1, 3.55am]
(1)Sporting Lisbon vs Rangers(1)
(3)Ajax Amsterdam vs Anderlecht(0)
(0)Villareal vs Napoli(0)

*keputusan pusingan pertama dalam kurungan


Ramalan BBT: kelab Inggeris mara

Juventus Mahu Bosingwa

Juventus dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan Chelsea, Jose Bosingwa. Pemain yang berusia 28 tahun itu semakin kurang mendapat perhatian Carlo Ancelotti akibat kecederaan yang berterusan dan Juventus membuat tawaran sebanyak 10juta pound untuk mendapatkan khidmatnya.

United Bakal Dijual..???

Kelab Manchester United dilaporkan bakal dijual oleh pemilik sekarang, Keluarga Glazer dari Amerika Syarikat kepada sebuah konsortium milik penuh kerajaan Qatar, Qatar Holdings. Glazer dikatakan menawarkan harga 2 billion pound untuk dijual kepada pemilik baru tetapi Qatar Holding membida untuk membeli dengan harga 1.5 billion pound ataupun RM7 billion. Harga yang diminta Qatar Holdings amat tinggi sekiranya dibandingkan dengan harga kelab itu yang dibeli oleh Glazer pada 2005 iaitu 790juta pound ataupun RM3.95billion. Jika urusniaga ini berjalan lancar, ini bermakna Glazer akan mendapat keuntungan lebih RM3billion dalam tempoh 6 tahun sahaja!!! Keluarga Glazer tidak disukai oleh sebahagian besar peminat 'Red Devils' kerana dikatakan membeli kelab itu untuk meraih keuntungan semata-mata. United mengalami kerugian teruk sepanjang tempoh Glazer memerintah kerana menggunakan sejumlah besar perolehan tahunan United yang mencecah 286juta pound pada tahun lalu untuk membayar balik pinjaman yang dibuat semasa membali United. Tiada keputusan rasmi yang dikeluarkan dan kedua-dua pihak, United dan Qatar Holdings masih menafikan dakwaan ini.

Arsenal Rapatkan Jurang Dengan United

Arsenal menewaskan Stoke City 1-0 hasil jaringan Sebastien Squilaci pada awal separuh masa pertama untuk merapatkan jurang dengan pendahulu, Manchester United. Arsenal kini hanya 1 mata dibelakang dengan kelebihan 1 perlawanan.

United, Marseille Terikat Tanpa Gol...

Manchester United mengikat tuan rumah, Marseiile tanpa sebarang jaringan di Stade Velodrome dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah. Perlawanan agak seimbang di separuh masa pertama kerana kedua-dua pasukan seperti bermain berhati-hati agar tidak membiarkan lawan menjaringkan gol. Pada separuh masa kedua, Marseille mula menguasai permainan dan United pula banyak membuat kesilapan dengan hantaran yang kurang tepat. Marseille mengambil peluang itu tetapi mereka tetap gagal membolosi gawang Edwin Van Der Sar. United bermain agak hambar dan gagal memegang bola untuk masa yang lama. Sir Alex kemudiannya memasukkan Paul Scholes untuk memperbaiki keadaan dengan mengeluarkan Darron Gibson. Scholes berjaya mengubah corak permainan United tetapi sedikit terlambat untuk mengubah keputusan perlawanan. Marseille yang berusaha mencari gol memasukkan Mathieu Valbuena dan itu juga tidak berkesan dan perlawanan berakhir dengan keputusan 0-0. Dalam 1 lagi aksi, Mario gomez menjaringkan gol pada minit terakhir permainan bagi Bayern untuk menundukkan Inter 1-0 di San Siro.

Wednesday 23 February 2011

Robinho, Kaka Ke Blackburn Rovers..???

Menurut laporan di England, pemilik baru kelab Blackburn Rovers dari India, Venky Group akan berbelanja besar untuk membawa pemain bintang ke kelab itu musim hadapan. Mereka merancang untuk memancing Kaka dan juga Robinho. Mereka memberi kenyataan bahawa 'wang bukanlah satu masalah' dan tekad untuk menaikkan semula prestasi Blackburn. Blackburn dilaporkan membuat tawaran besar kepada Ronaldinho pada musim perpindahan januari lalu tetapi pemain itu memilih untuk kembali ke Brazil. Seorang lagi bintang muda Brazil, Neymar juga dikaitkan dengan Blackburn. Adakah ini akan menjadi kenyataan?

Champions league: Marseille vs. United; Inter vs. Bayern...

Awal pagi esok 2 lagi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah akan berlangsung. Adakah United mampu mengikut jejak langkah kelab Inggeris lain yang berjaya pada perlawanan sebelum ini? dan adakah Inter mampu mengulangi sejarah Final tahun lepas keatas bayern?

Olympique Marseille Vs. Manchester United

Marseille akan menerima kunjungan United ke Stade Veledrome malam ini sedar bahawa tugas berat menanti mereka disana. Tetapi rekod sebelum ini menunjukkan Marseille pernah meewaskan United dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah 1999/2000. Marseille kehilangan penyerang Andre-Pierre Gignac akibat kecederaan manakala Mathieu Valbuena pula mempunyai peluang tipis untuk pulih dari kecederaan lutut. pengurus, Didier Deschamp bagaimanapun lega kerana dua lagi pemain penting, Loic Remy dan Brandao cergas untuk beraksi. Manchester United pula tiba di Marseille beberapa pemain termasuklah Ryan Giggs, Ferdinand, Micheal Owen dan Anderson. Harapan diletakkan kepada Wayne Rooney yang mungkin akan digandingkan dengan Dimitar Berbatov serta kelibat lincah Nani untuk merobek gawang Marseille. Dibahagian pertahanan, United mempunyai rekod terbaik di Eropah musim ini kerana hanya melepaskan 1 gol sahaja sepanjang peringkat kumpulan.

Ramalan BBT: Marseille 0-1 United

Inter Milan Vs. Bayern Munich

Juara bertahan, Inter Milan akan melayan kunjungan Bayern Munich dalam aksi ulangan perlawanan akhir musim lalu dengan harapan dapat mengulangi kejayaan itu. Inter dilihat kurang konsisten berbanding tahun lepas dimana mereka dibawah kendalian Jose Mourinho dan hanya menduduki tangga kedua pada peringkat kumpulan dibelakang Tottenham Hotspur. Bagaimanapun Inter akan mempertaruhkan penjaring terbanyak kejohanan setakat ini, Samuel Eto'o untuk mencari bekal selesa ke Allianz Arena. Eto'o setakat ini telan menjaringkan 7 gol dalam 6 perlawanan. Hero Inter tahun lalu, Diego Milito dilaporkan masih belum pulih dari kecederaan hamstring dan akan terlepas perlawanan ini namun pemain tengah, Wesley Sneijder dan pertahanan, Lucio pulih dari kecederaan dan akan beraksi. Bayern Munich pula tidak mempunyai sebarang kecederaan pada pemainnya akan tetapi aksi kurang meyakinkan dalam saingan Bundesliga meresahkan Louis Van Gaal. Mereka berada ditangga ke-3, 13 mata dibelakang pendahulu, Borussia Dortmund. 2 bintang Bayern, Ribery dan Robben sudah kembali cergas dan akan membantu Mario Gomez menjaringkan gol malam ini.

Ramalan BBT: Inter 2-2 Bayern

Arsenal Tanpa Van Persie Lawan Stoke

Robin Van Persie akan terlepas aksi Liga Perdana Inggeris malam ini menentang Stoke City selepas mengalami kecederaan hamstring. Turut menyertai Van Persie adalah pemain pertahanan, Laurent Koscielny yang mendapat kecederaan belakang. Kecederaan mereka berdua tidaklah serius tapi Arsene Wenger tidak mahu mengambil risiko sebelum perlawanan akhir Piala Carling hujung minggu ini menentang Birmingham. Arsenal boleh merapatkan jurang kepada 1 mata dengan Manchester United sekiranya berjaya menewaskan Stoke di Emirates.

Ramalan BBT: Arsenal 2-1 Stoke

Lyon Ikat Real Madrid

Jaringan Befetimbi Gomis 7 minit sebelum tamat permainan berjaya menyelamatkan Olympique Lyon dari kekalahan di tangan Real Madrid. Perlawanan yang benyak dikuasai Real itu berakhir 0-0 pada separuh masa pertama. Karim Benzema membuktikan bahawa beliau memang penyerang berbisa dengan membuka jaringan hanya selepas 1 minit dimasukkan menggantikan Emmanuel Adebayor. Benzema menunjukkan skil yang cantik sebelum melorong bola diantara kaki Hugo Lloris dan menerjah jaring bekas kelabnya itu. Real sebelum itu kurang bernasib baik apabila 2 percubaan dari Ronaldo dan Sergio Ramos pada awal babak kedua hanya menggegar palang. Lyon yang tidak berputus asa akhirnya berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Gomis dan keputusan seri ini kekal sehingga tamat permainan.

Anelka Muncul Wira Chelsea


Penyerang Perancis, Nicolas Anelka menjaringkan kedua-dua gol untuk membantu Chelsea menewaskan FC Copenhagen 2-0 dalam saingan pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi. Chelsea yang menguasai permainan yang berlangsung di Stadium Parken itu membuka jaringan pada minit ke-17 menerusi gerakan menarik Anelka. Percaturan Ancelotti yang meletakkan gandingan Anelka, Torres dan Malouda pada bahagian serangan sekali lagi membuahkan hasil apabila Anelka menggandakan jaringan pada minit ke-54 hasil umpanan cantik Lampard. Didier Drogba yang memulakan permainan di bangku simpanan kemudian dimasukkan bagi menggantikan Anelka pada minit ke-75. Copenhagen berusaha mencari jaringan tetapi pertahanan Chelsea kental bertahan. Perlawanan berakhir dengan keputusan 2-0.

Tuesday 22 February 2011

United Ke Marseille Tanpa Giggs, Ferdinand


Manchester United akan turun menentang Olympique marseille pada pagi khamis tanpa kelibat Ryan Giggs dan juga Rio Ferdinand. Mereka berdua tidak bersama-sama dengan skuad yang berlepas ke Perancis. United yang sebelum ini mempunyai ramai pemain yang cedera termasuklah Micheal Owen, Antonio Valencia,Johnny Evans dan juga bintang Korea Selatan, Park Ji Sung. Bagaimanapun, pasangan kembar Rafael dan Fabio Da Silva turut bersama skuad biarpun mengalami kecederaan semasa perlawanan pusingan ke-5 Piala FA ahad lepas dan sekaligus melegakan pengurus United, Sir Alex Ferguson.

Champions League: Apa Ramalan Anda..???

Malam ini akan berlangsung 2 perlawanan menarik Liga Juara-Juara Eropah. Apakah ramalan anda untuk 2 perlawanan ini? Apakah akan tercipta kejutan?

1. FC Copenhagen vs. Chelsea

Chelsea kini kelihatan terdesak untuk memperoleh sekurang-kurangnya 1 piala musim ini setelah terkeluar dari saingan piala FA dan ketinggalan jauh di belakang Manchester United dalam saingan liga. Inilah satunya harapan yang tinggal untuk anak-anak buah Carlo Ancelotti.prestasi Chelsea yang agak hambar kebelakangan ini juga telah menimbulkan persoalan adakah Ancelotti akan mengikut jejak langkah Roy Hodgson yang dipecat. Chelsea semestinya mengharapkan agar bintang barunya, Fernando Torres (gambar) akan membantu mereka menewaskan FC Copenhagen malam ini namun seorang lagi bintang baru mereka, David Luiz tidak boleh bermain kerana telah bermain untuk Benfica dalam kejohanan ini musim ini. Copenhagen tidak pernah kalah dalam 6 perlawanan terakhir Liga Juara-Juara Eropah di tempat sendiri dan sedang mendahului Superligaen Denmark dengan 19 mata dan belum pernah tewas dalam siangan liga. Mereka adalah pasukan yang sukar untuk ditewaskan. Copenhagen bagaimanapun tidak beraksi selama lebih 2 bulan kerana cuti musim sejuk liga Denmark. Mereka mempunyai rekod kurang baik menentang kelab dari England kerana hanya menang sekali dalam 6 perlawanan. Pemain sayap, Jasper Gronkjaer menjadi taruhan utama Copenhagen untuk merobek gawang bekas kelabnya dahulu itu. Pasukan manakah yang akan menjadi pemenang malam ini?

Saksikan di Astro ESPN channel 812, 3.45 pg.

Ramalan BBT: FC Copenhagen 1-1 Chelsea.

2. Olympique Lyon vs. Real Madrid

Lyon tidak pernah tewas dalam 6 perlawanan terakhir mereka menentang Real Madrid dimana mereka menang 3 kali dan seri 3 kali. Kali terakhir adalah tahun lepas apabila Lyon menyingkirkan Real pada pusingan sama. Prestasi semasa Lyon bagaimanapun kurang memberangsangkan kerana berada di tangga ke-4 liga. Mereka pasti akan mengharapkan sentuhan penyerang berbisa, Yoann Gourcuff yang dibeli musim ini dari Bordeaux dan juga penjaga gol nombor 1 Perancis, Hugo Lloris yang banyak dikaitkan dengan Manchester United. Pasukan terkaya didunia, Real Madrid berada di prestasi yang baik walaupun masih dibelakang Barcelona dalan La Liga. Pemenang 9 kali kejohanan ini berharap mereka dapat melepasi peringkat ini setelah 6 musim terkandas di pusingan sama. Mereka perlu menjaringkan gol di Lyon, seseatu yang mereka belum berjaya lakukan dalam 3 pertemuan sebelum ini untuk mara. Kelibat Cristiano Ronaldo semestinya menjadi sandaran di samping 2 pemain baru yang lincah iaitu Angel DiMaria dan Mesut Ozil (gambar).Apa pula ramalan anda untuk perlawanan menarik ini?

Saksikan di Astro STARSports channel 813, 3.45 pg.

Ramalan BBT : Lyon 2-1 Real Madrid.

Gattuso Digantung 4 Perlawanan

Pemain tengah AC Milan, Gennaro Gattuso digantung 4 perlawanan oleh UEFA gara-gara 'menyerang' penolong jurulatih Tottenham Hotspur, Joe Jordan. Gattuso yang juga menerima kad kuning pada perlawanan itu terlepas aksi di White Hart Lane minggu depan dan penggantungan ini akan bermula selepas perlawanan itu. Ini bermakna Gattuso hanya akan beraksi pada Liga Juara-Juara Eropah sekiranya Milan berjaya ke perlawanan akhir. Milan diberi tempoh selama 3 hari untuk mengemukakan rayuan.

Monday 21 February 2011

Montella Ganti Ranieri



Bekas penyerang AS Roma dan Itali, Vincenzo Montella (gambar) diberi tanggungjawab untuk mengendalikan kelab AS Roma sehingga hujung musim ini menggantikan Claudio Ranireri yang melatakkan jawatan. Montella yang juga jurulatih skuad remaja bawah 15 tahun kelab itu pernah bermain selama 10 tahun untuk Roma. Beliau menjaringkan 118 Gol di dalam 267 penampilan untuk Roma dan menjaringkan 3 Gol dalm 20 penampilan bersama skuad kebangsaan Itali.

Ancelotti Bakal Dipecat???

Laporan sebuah akhbar di Britain hari ini melaporkan bahawa Chelsea sedang menimbang untuk memecat pengurus mereka, Carlo Ancelotti. Ini ekoran kekalahn mengejut kepada Everton menerusi sepakan penalti pada pusingan ke-4 Piala FA. Chelsea merupakan penyandang Piala FA. Ancelotti membawa anak buahnya ke Denmark untuk menentang FC Copenhagen dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah sedar sekiranya keputusan disana tidak memihak kepadanya, ini mungkin akan menyebabkan beliau hilang kerja. AS Roma dikatakan meneliti dengan teliti situasi ini kerana mereka dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Ancelotti bagi menggantikan Claudio Ranieri yang melepaskan jawatan semalam. Ini adalah musim kedua Ancelotti di Stamford Bridge. Tahun lalu beliau membantu Chelsea memperoleh kejuaraan berganda iaitu kejuaraan liga dan Piala FA.

Claudio Ranieri Letak Jawatan Pengurus AS Roma

Pengurus AS Roma, Claudio Ranieri yang juga bekas pengurus Chelsea meletakkan jawatan beliau sejurus selepas Roma kecundang 4-3 di tangan Genoa meskipun mendahului 3-0 selepas 51 minit bermain. Ranieri yang memimpin Roma sejak 2009 menghadapi tekanan hebat selepas Roma gagal menyerlah dalam Serie A dan mengalami kekalahan mengejut kepada Shakhtar Donetsk dalam pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah. Hubungan Ranieri yang kurang baik dengan Kapten pasukan, Francesco Totti pula menyukarkan lagi keadaan.

Biodata Ranieri:
-Berumur 59 tahun
-Pernah menjadi pengurus Chelsea, Juventus, Valencia, Parma, Atletico madrid dan Fiorentina.
-Memulakan karier bolasepak sebagai pemain pertahanan.
-Membantu kelab Cagliari ke Serie A dari Serie C hanya dalam 2 tahun.
-Berpindah ke Chelsea dari kelab Valencia dan membawa masuk ramai pemain semasa era Abramovich seperti Joe Cole, Veron, Crespo, Makelele dan juga Adrian Mutu.

La Liga: Barcelona Teruskan Penguasaan

Juara Bertahan, Barcelona menundukkan Athletic Bilbao 2-1 untuk terus meneraju La Liga dengan kelebihan 5 mata berbanding pencabar terdekat yang juga seteru utama, Real Madrid. Barca mengumpul 65 mata dari 24 perlawanan. Real turut mencatat kemenangan sebelum ini dengan menewaskan Levante 2-0 menerusi jaringan Karim Benzema dan Pemain pertahanan Portugal, Ricardo Carvalho. Pertarungan sengit antara dua gergasi bolasepak ini untuk merebut kejuaraan liga dijangka berterusan sehingga penghujung musim Mei nanti. Kedua-dua pasukan juga akan bertemu pada perlawanan akhir Copa Del Rey pada 20 April ini dan dijadualkan diadakan di Stadium Mestalla, stadium kepada Valencia. Valencia dalam pada itu berada di tangga ketiga selepas seri tanpa jaringan dengan Sporting Gijon manakala Villareal di tangga keempat. Perebutan kasut emas juga menarik dengan saingan antara Lionel Messi dan pemain termahal dunia, Critiano Ronaldo. Messi kini memintas Ronaldo selepas menjaringkan gol kemenangan semalam.

Senarai penjaring terbanyak La Liga:
1. Lionel Messi (Barcelona) 25 Gol
2. Ronaldo (Real) 24 Gol
3. David Villa (Barcelona) 16 Gol
4. Fernando Llorente (Bilbao) 13 Gol
5. Giuseppe Rossi (Villareal) 12 Gol

Bundesliga Jerman : Dortmund Masih Kekal Pendahulu

Borussia Dortmund masih pendahulu Bundesliga Jerman setelah tamat perlawanan ke-23 liga dengan mengumpul 55 mata. Dortmund yang menewaskan St. Pauli 2-0 mengatasi pencabar terdekat Bayer Leverkusen dengan kelebihan 10 mata. Juara bertahan, Bayern Munich pula di tangga ketiga dengan 42 mata meskipun mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Mainz. Kali terakhir Borussia Dortmund menjuarai Bundesliga adalah pada tahun 2002. Pada kempen tahun lepas, mereka menduduki tempat ke-5. Penyerang Bayern Munich, Mario Gomez masih mengungguli carta penjaring terbanyak dengan 18 gol. Berikut senarai top5 penjaring terbanyak Bundesliga Jerman:

1. Mario Gomez (Bayern) 18 Gol
2. Papiss Cisse (Freiburg) 16 Gol
3. Theofanis Gekas (Frankfurt) 14 Gol
4. Didier Konan (Hannover) 11 Gol
5. Srdan Lakic (Kaisersleutern) 11 Gol

Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala FA Inggeris : United vs. Arsenal????

Juara 11 kali Piala FA, Manchester United akan bertemu dengan Arsenal ataupun kelab Kerdil, Leyton Orient pada perlawanan suku akhir Piala FA setelah mereka diundi bersama. Perlawanan tersebut akan berlangsung di Old Trafford, Manchester. Arsenal yang juga pemenang sebanyak 3 kali menjulang Piala FA kali terakhir pada 2002. United menewaskan Crawley Town manakala Arsenal pula perlu menundukkan Leyton Orient pada perlawanan timbal balik pusingan ke-5 di Stadium Emirates setelah perlawanan pertama berkesudahan terikat 1-1 sekiranya ingin bertemu United di suku akhir. Juara bertahan, Chelsea tersingkir di tangan Everton pada pusingan ke-4 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat masa tambahan. Jadual penuh semua perlawanan suku akhir adalah seperti berikut:

Manchester United vs. Arsenal/Leyton Orient
Birmingham City vs. Bolton
Manchester City/Aston Villa vs. Everton/Reading
Stoke City vs. West Ham/Burnley

Man City Belasah Notts County

Manchester City membelasah pasukan Liga 1 Inggeris, Notts County 5-0 dalam perlawanan pusingan Keempat Piala FA Inggeris. Patrick Vieira membuka tirai jaringan pada minit ke-37 menerusi tandukan. Beliau sekali lagi menggegar gol lawan pada minit ke-58 juga menerusi tandukan berpunca dari tendangan sudut. 3 lagi gol dijaringkan pada 7 minit terakhir perlawanan masing-masing menerusi penyerang Carlos Tevez dan Edin Dzeko manakala Micah Richard juga turut menjaringkan gol pada minit terakhir. City akan menentang Aston Villa pada pusingan kelima.

Sunday 20 February 2011

United Mahu Luka Modric Ganti Scholes

Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester United dilaporkan akan membelanjakan 35juta Pound untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Tottenham Hotspur, Luka Modric. Alex Ferguson kini dikatakan sedang berusaha untuk mencari pemain midfield baru bagi menggantikan pemain lagenda , Paul Scholes yang kini berusia 36 tahun. Scholes pernah membuat sebanyak 663 penampilan bersama United dan menjaringkan 150 gol. Modric yang berasal dari Croatia berpindah ke Spurs dari Dinamo Zagreb pada 2008 dengan bayaran 16.5juta Pound.

Inter Mengintai Bintang Arsenal

Inter Milan dilaporkan berminat untuk mendapatkan 2 pemain Arsenal iaitu Robin van Persie dan Andrey Arshavin dengan nilai perpindahan sebanyak 42juta Pound. Ini ekoran persembahn cemerlang dua pemain ini sewaktu Arsenal menewaskan Barcelona dalm perlawanan Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu. Kedua-dua pemain ini menjaringkan gol dalm perlawanan yang mendebarkan dimana Arsenal bangkit dari ketinggalan pada separuh masa pertama untuk menewaskan Barcelona 2-1.

Gignac Terlepas Aksi Menentang United

Penyerang sensasi Marseille, Andre-Pierre Gignac terlepas peluang untuk beraksi menentang Manchester United dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pusingan 16 terakhir hari khamis ini akibat mengalami kecederaan semasa perlawanan liga menentang St. Etienne. Marseille bagaimanapun menang perlawanan itu dengan jaringan 2-1 menerusi jaringan Lucho Gonzalez dan Loic Remy. Marseiile kini berada di tangga kedua liga selepas menang 3 perlawanan terakhir mereka manakala Manchester United masih lagi mendahulu carta Liga Perdana Ingeris.

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...