Saturday 30 April 2011

Terengganu, Selangor Berkongsi Mata

Terengganu gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila sekadar terikat seri 1-1 di Kuala Terengganu dalam aksi Liga Super semalam. Lebih 10 ribu penyokong setia Terengganu yang membanjiri Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan pendahuluan Selangor menerusi jaringan Safiq Rahim lewat separuh masa pertama yang dilihat berpunca daripada kelalaian pertahanan Terengganu. Safiq yang menerima hantaran cantik Amri Yahyah mudah menewaskan penjaga gol, Sharbinee Allawee. Separuh masa kedua, Terengganu terus melancarkan serangan mencari gol penyamaan namun pertahanan Selangor yang dikemudi Nasriq Baharom dan Yosri Derma Raju kental bertahan sehinggalah minit ke-63. Joseph Kallang yang beraksi cemerlang sepanjang permainan bijak menghantar bola kedepan pintu gol dan disambar pemain tengah, Ismail Faruqi untuk menyamakan kedudukan. Selepas itu keadaan menjadi tegang dengan Terengganu terus menyerang dan tindakan penyokong yang membaling objek ke padang sedikit mencemar permainan yang menarik. Keputusan seri itu kekal sehingga tamat permainan dan Selangor kekal di tangga teratas Liga Super sekurang-kurangnya selama 24 jam. Kelantan boleh memintas Selangor dan juga Terengganu sekiranya menang perlawanan mereka menentang Kuala lumpur di Kota Bharu malam ini.


Dalam 1 lagi aksi Liga Super yang berlangsung semalam, rekod tanpa kalah Perak di halaman sendiri dimusnahkan Kedah dengan kemenangan selesa 3-1. Kedah yang dibimbing secara rasmi oleh bekas jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Hassan semalam beraksi cemerlang dengan mendahului Perak 1-0 pada separuh masa pertama menerusi gol jaringan Faizal Abu Bakar. Kedah menambah gol pada separuh masa kedua menerusi Firdaus Faudzi dan mengesahkan kemenangan menerusi gol ketiga jaringan sendiri pertahanan Perak, Khairil Zainudin sebelum Perak memperoleh gol saguhati lewat permainan hasil jaringan Mohd Nor Hazrul. Kemenangan ini melonjakkan kembali Kedah ke tangga ke-4 Liga bertukar tempat dengan Perak. Berikut adalah kedudukan terkini Liga Super selepas 2 perlawanan yang berlangsung semalam.


Malam ini 5 lagi perlawanan akan berlangsung dengan tumpuan kepada Kelantan yang boleh menjadi pendahulu baru sekiranya menang malam ini. Astro Arena pula akan menyiarkan perlawanan antara T-Team dan Pahang secara langsung malam ini.

Thursday 28 April 2011

Jadual Perlawanan Liga Super 29 & 30 April 2011 (Matchday 16)

Pertemuan antara 2 pasukan teratas Liga Super antara Terengganu dan Selangor pada jumaat di Kuala Terengganu bakal menjanjikan saingan sengit buat kedua-dua pasukan dengan pasukan yang menang akan mendahului carta Liga Super. Keputusan seri akan memberikan kelebihan kepada kelantan yang boleh memintas kedua-dua pasukan sekiranya menang pertemuan dengan Kuala Lumpur di Kota Bharu pada sabtu. 1 lagi perlawanan menarik adalah antara Perak dan Kedah bagi merebut tangga ke-4 Liga Super. Perak yang kini di tangga ke-4 mempunyai kelebihan 2 mata sahaja keatas Kedah dan perlawanan di Alor Setar akan menentukan siapa bakal berada di tangga ke-4. Berikut jadual semua perlawanan Liga Super minggu ii, perlawanan ke 16.



Perlawanan antara Terengganu menentang Selangor akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena. Apakah ramalan anda untuk semua perlawanan ini.??


Keputusan Liga Super
Kedudukan Terkini Liga Super
Senarai Penjaring terbanyak Liga Super

Senarai Penjaring Terbanyak Liga Super 28/4/2011

Penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahya terus mengekori rapat Norshahrul Idlan talaha dalam perebutan kasut Emas Liga Super 2011. Mereka berdua semakin menjarakkan diri dengan pesaing-pesaing lain. Berikut carta terkini senarai Penjaring Terbanyak Liga Super 2011 setakat perlawanan ke-15.



Kedudukan Liga Super
Keputusan Liga Super (Matchday 15)

Wednesday 27 April 2011

Kedudukan Terbaru Carta Liga Super 26/4/2011

Selangor masih menjadi pendahulu Liga Super meskipun tewas tipis kepada Kelantan. Kedudukan di atas kini hanya dibezakan 1 mata antara 3 pasukan iaitu Selangor, Terengganu dan Kelantan. Perlis masih kekal ditangga tercorot dengan hanya mencatat 1 kemenangan sepanjang musim. Berikut kedudukan terbaru carta Liga Super 2011 selepas perlawanan ke-15.



Keputusan Perlawanan Liga Super (Matchday 15)

Keputusan Penuh Liga Super 26/4/2011; Terengganu, Kelantan Terus Kejar Selangor

Kelantan dan Terengganu terus menghimpit kedudukan pendahulu Liga Super, Selangor dengan masing-masing mencatatkan kemenangan. Kelantan menewaskan Selangor sendiri 1-0 di Kota Bharu hasil jaringan penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha pada awal permainan manakala Terengganu bangkit daripada ketinggalan untuk menenwaskan Sabah di Kota Kinabalu dengan keputusan 2-1. Perak naik ke tangga ke-4 selepas menewaskan Kuala Lumpur 5-3 di Ipoh menggantikan tempat kedah yang turun ke tempat ke-5 selepas tumpas 1-3 kepada T-Team. Berikut keputusan penuh perlawanan ke-15 Liga Super 2011 yang berlangsung semalam.

Monday 25 April 2011

Jadual Perlawanan Liga Super 26/4/2011 (Matchday 15)

Berikut jadual perlawanan yang akan berlansung pada 26 April ini. Perlawanan tumpuan semestinya antara Kelantan menentang Selangor di Kota Bharu. Perlawanan itu akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena mulai jam 8.30 malam. Berikut jadual semua perlawanan yang akan berlangsung:-



Senarai Terkini Penjaring terbanyak.Liga Super

Senarai Penjaring Terbanyak Liga Super 25/4/2011

Inilah Senarai terkini penjaring Terbanyak Liga Super selepas perlawanan ke 14.

Monday 18 April 2011

Bale Diumum Pemain Terbaik EPL 2010/2011


Pemain tottenham Hotspur, Gareth Bale semalam dipilih pemain terbaik PFA Liga Perdana Inggeris. Bale menewaskan 5 pemain lain iaitu Vidic, Tevez, Nasri, Dan ver Vaart dan Charlie Adam untuk anugerah itu. Anugerah PFA adalah anugerah yang dikira berdasarkan undian pemain-pemain professional di Liga Perdana Inggeris. Bagi anugerah pemain muda terbaik pula, Jack Wilshere diundi sebagai pemenang menewaskan Nani, Javier Hernandez, Bale, Nasri dan Joe Hart. Berikut adalah senarai pemain yang  terpilih dalam 'Team of the year' Liga perdana Inggeris musim 2010-2011.

Pasukan Terbaik;

Edwin Van Der Sar (Man U); Bacary Sagna ( Ars); Nemanja Vidic (Man U); Vincent Kompany (Man C); Ashley Cole (Che); Nani (Man U); Samir Nasri (Ars); Jack Wilshere (Ars); Gareth Bale (Tot); Carlos Tevez (Man C); Dimitar Berbatov (Man U)

Jadual Perlawanan Liga Super 19 &20/4/2011 (Matchday 13)

Perlawanan ke-13 iaitu terakhir dalam pusingan pertama Liga Super 2011 akan berlangsung pada 19 dan 20 april ini. Perlawanan ini akan menandakan bahawa Liga Super 2011 sudah mencapai pertengahan. Aksi yang dijangka mendapat tumpuan adalah antara 2 pasukan  yang mengejar takhta Liga Super iaitu pasukan tangga ke-2, Terengganu dan pasukan tangga ke-3, Perak yang akan berlangsung di Ipoh. Pendahulu Liga, Selangor akan menamatkan pusingan pertama di tangga teratas sekiranya berjaya menewaskan Sabah di Shah Alam. Kelantan pula akan menerima kembali khidmat penyerang, Norshahrul Idlan Talaha yang menjalani penggantungan dan akan berkunjung ke Kangar menentang Perlis yang baru sahaja mencatat kemenangan pertama mereka dalam saingan Liga Super musim ini tetapi masih kekal di tangga tercorot liga. Berikut jadual perlawanan ke-13 Liga Super.


Astro Arena akan menyiarkan secara langsung perlawanan antara Selangor dan sabah malam esok. Apakah ramalan anda tentang keputusan yang bakal terhasil untuk semua perlawanan Liga Super ini. Sama-sama kita memberi sokongan terhadap kemajuan dan kebangkitan arena Bolasepak Negara.

Kedudukan Terkini Carta Liga Super
Senarai Penjaring Terbanyak Liga Super 2011

Sunday 17 April 2011

Senarai Penjaring Terbanyak Liga Super 17/4/2011

Abdul Hadi Yahya kini berkongsi kedudukan pendahulu senarai penjaring terbanyak Liga Super 2011 bersama-sama Norshahrul Idlan Talaha dengan masing-masing 7 gol. Kedudukan lain tidak banyak berubah kerana hanya 13 gol dijaringkan dalam kesemua 7 perlawanan matchday 12. Berikut senarai terkini Carta Penjaring Terbanyak Liga super 2011:




Kedudukan Terkini Liga Super
Keputusan Perlawanan 12 Liga Super
Laporan penuh: Kelantan sekadar seri

Manchester City Ke Final Piala FA; Tundukkan United 1-0


Manchester City mara ke Final Piala FA Inggeris setelah menundukkan jiran serta musuh tradisi mereka, Manchester United. Jaringan tunggal Yaya Toure awal separuh masa kedua sudah cukup untuk anak buah Roberto Mancini mara ke Final pertama mereka sejak diambil alih oleh Sheikh Mansour. United mensia-siakan banyak peluang cerah pada separuh masa pertama terutamanya menerusi Berbatov. Kegagalan menyempurnakan peluang itu dihukum Yaya Toure pada minit ke-53. United menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Paul Scholes dilayangkan kad merah selepas tackle keatas Zabaleta. Manchester City akan menunggu pemenang 1 lagi separuh akhir diantara Bolton dan Stoke City untuk Final.

Saturday 16 April 2011

Kedudukan Terbaru Carta Liga Super 16/4/2011

Inilah kedudukan terbaru carta Liga Super selepas 12 perlawanan. Selangor menguasai carta dengan kemenangan tipis keatas pencabar terdekat, Perak. Negeri Sembilan terus dilanda masalah apabila kini berada di tangga kedua terbawah selepas kalh kepada Perlis 3-2. Ini merupakan kemenangan pertama Perlis dalam saingan liga Super Musim ini.




Keputusan penuh Liga Super
Laporan penuh: Kelantan sekadar Seri dengan Sabah

Keputusan Penuh Liga Super 16/4/2011

6 lagi perlawanan Liga Super berlangsung pada 16/4/2011 dengan Selangor berjaya menewaskan perak untuk kembali ke puncak Liga Super manakala Perlis akhirnya berjaya mencatat kemenangan pertama apabila menundukkan Negeri Sembilan 3-2 di Kangar. Berikut keputusan penuh Liga Super perlawanan ke 12.



Laporan Penuh: Kelantan sekadar seri dengan Sabah

Laporan Penuh : Kelantan Sekadar Seri Dengan Sabah


Kelantan gagal memanfaatakan aksi di gelanggang sendiri apabila sekadar terikat tanpa jaringan menentang Sabah di kota Bharu. Kelantan jelas mengusai keseluruhan perlawanan namun ketiadaan Norshahrul amat dirasai apabila ketumpulan bahagian serangan memberikan kesan kepada cabaran kelantan merangkul kejuaraan Liga Super tahun ini.

Kelantan bermula dengan baik dan terus menyerang ke kubu sabah sebaik sepak mula. Nizad yang bermain menggantikan Norshahrul yang digantung 1 perlawanan menjadi penyerang bergandingan dengan Chanturu. Sabah hanya mampu bertahan diawal permainan dan penjaga gol, Syed Adney dipaksa bekerja keras. Chanturu yang dilihat kurang berkesan akhirnya ditukar dengan K. Soley. M. Karathu membuat tindakan berani dengan membuat pertukaran pada awal permainan iaitu minit 20. Soley yang masuk memberikan kesan baik kepada serangan Kelantan dan sering mengkucar-kacirkan pertahanan. Kelantan berjaya menewaskan Syed Adney menerusi nizad tetapi dinafikan pembantu pengadil kerana offside. Hujung separuh masa pertama Kelantan sepatutnya mendahului Sabah tetapi sepakan Azwan Roya hanya sekadar menggegar palang gol walaupun Syed adney nampak seperti sudah tertewas. Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang gol.

M. Karathu membuat pertukaran dengan mengeluarkan Wan Rohaimi dan digantikan dengan Khalid Jamlus pada separuh masa kedua. Gandingan antara Khalid dan Nizad nampak kurang berkesan. Sabah terus kental bertahan menahan asakan bertubi-tubi dari Kelantan terutamanya menerusi pemain lincah, Azwan Roya. Perlawanan dihentikan selama hampir 5 minit pada minit 73 apabila pemain Sabah terutama penjaga gol, Syed adney mendakwa terkena pancaran laser dari penyokong kelantan. selepas diteruskan, Kelantan masih buntu untuk mencari gol sehinggalah penghujung perlawanan. Beberapa percubaan kelantan menerusi sepakan percuma juga lemah. Jurulatih Sabah, Gary Philip diberikan kad merah pada masa tambahan kerana memprotes keputusan pengadil. Keputusan kekal tanpa sebarang gol sehingga tamat.

Keputusan itu menyebabkan kelantan kekal di tangga ke-4 Liga Super tetapi kini ketinggalan 5 mata dari Selangor yang kembali menerajui Liga Super selepas menewaskan Perak 1-0 di Shah Alam.

Keputusan Terkini Liga Super: Kelantan (0) vs Sabah (0)


BBT akan memberikan keputusan terkini dari semasa ke semasa perlawanan antara Kelantan dan Sabah di Stadium Sultan Muhammad Ke-4 Kota Bharu mulai 8.45 malam ini. BBT juga akan memberikan keputusan perlawanan-perlawanan di venue-venue lain 5 lagi perlawanan Liga Super perlawanan ke-12.

Kelantan turun menentang Sabah tanpa 2 pemain yang yang penting iaitu Norshahrul Idaln Talaha dan juga Shakir yang digantung 1 perlawanan. Kapten pasukan, Badhri Radzi ataupun Piya diturunkan malam ini selepas diketepikan dalam 2 perlawanan sebelum ini.

Kesebelasan utama kelantan:
Khairul fahmi, S. Subramaniam, Farisham, Rizal fahmi, Zairul fitree, Piya (c), Danial Fadzly, S. Chanturu, Nurul Azwan Roya, Wan Rohaimi, Nizad.

Update 1:
Sepak mula oleh Sabah tetapi terus dirampas kelantan dan terus menyerang.
Minit 5- Kelantan mengusai permainan dan mengusai bola. sabah belum dapat bola dan hanya bertahan di kawasan sendiri. Nampaknya kelantan semangat menyerang di awal permainan.

-Terkini- kuala Lumpur 1-0 T-team. Minit 11

-Terkini- Kuala lumpur 2-0 T-Team. Minit 13

-Terkini- Kuala Lumpur 3-0 T-Team. Minit 14. apa sudah jadi dengan T-team. keputusan tempat lain masih tanpa gol.

Minit 13- kelantan masih menguasai bola. Syed Adney perlu bekerja keras malam ini untuk mengekang asakan pemain-pemain kelantan.

-Terkini- kuala lumpur 3-1 T-Team. Minit 21. Indra merapatkan kedudukan.

Minit 20- kelantan membuat pertukaran dengan menggantikan Chanturu dengan memasukkan k. Soley. Tidak pasti apakah yang berlaku kepada Chanturu samaada kecederaan ataupun pertukaran taktikal dari M. Karathu.

-Terkini- Perlis 0-1 N. Sembilan. Minit 30.

Minit 29- Azwan roya membuat satu pergerakan menarik, masuk ke dalam kotak penalti, berlaku pergelutan tetapi berjaya dikawal Syed Adney. Kedudukan masih 0-0.

Minit 36- Sabah membuat pertukaran. Mengeluarkan  Sumardi hajalan dan memasukkan Zainizam Marjan.

Minit 38- Sabah membuat serangan, 1 rembatan laju yang tepat namun berjaya diselamatkan oleh Khairul Fahmi. 1 serangan mengejut yang bahaya.

Minit 41- Kelantan berjaya menjaringkan gol menerusi Nizad tetapi dinafikan pembantu pengadil yang memberikan offside.

Minit 44- Nurul Azwan roya membuat cubaan yang terkena tiang setelah Syed adney jelas nempak sudah tertewas. Tindakan susulan K. Soley dinafiakn pertahanan. 1 peluang keemasan dilepaskan. kedudukan masih 0-0. Sabah nampaknya bertahan bermati-matian di babak akhir separuh masa pertama.

Update2:
-Tamat separuh masa pertama. Kedudukan masih tanpa jaringan.

Terkini di venue lain separuh masa pertama:
-Kuala Lumpur 3-1 T-Team
-Perlis 1-1 N. Sembilan
-Lain-lain masih tanpa jaringan..

Sekiranya semua keputusan ini kekal, Terengganu akan terus berada di atas diikuti Selangor, Perak dan kelantan akan kekal tangga ke-4.

Update 3:
-Separuh masa kedua bermula.kelantan membuat 1 lagi pertukaran dengan memasukkan Khalid jamlus menggantikan Wan Rohaimi.

-Minit 48. Kelantan menyerang dari awal seperti separuh masa pertama. 2 sepakan dari jarak jauh gagal menemui sasaran.

Terkini- Kedah 1-0 Pahang. Minit 60.

-Minit 58- Kelantan mendapat 1 sepakan percuma depan kotak penalti selepas Soley dijatuhkan. Sepakan yang diambil Danial fadzly terus ke dakapan Syed adney.

Terkini- Johor FC 0-1 Harimau Muda.
Selangor 1-0 Perak
Perlis 2-1 N. Sembilan
Sekiranya kekal, Selangor akan kembali ke puncak Liga Super.

Minit 70- Kelantan mendapat 1 lagi sepakan percuma depan kotak penalti betul-betul di tengah. Sepakan yang diambil Azwan Roya terkena benteng.

Update 4:
Minit 73- Perlawanan dihentikan oleh pengadil kerana pemain-pemain sabah terutamanya Syed Adney mendakwa ada pancaran laser dari penyokong. Kedudukan masih lagi 0-0 dan keresahan jelas terpampar di muka penyokong the Red warriors.

Minit 77- perlawanan disambung selepas dihentikan 4 minit.

Minit 85- Kelantan masih belum berjaya memecah kebuntuan. 1 pertukaran dibuat. Izuan Salahudin dimasukkan menggantikan Nizad Ayub. Perlawanan seperti akan berakhir tanpa sebarang jaringan.

Minit 90. Masa tambahan 8 minit diberikan akibat insiden pancaran laser. Kelantan kini menyerang bermati-matian dan sabah terus kental bertahan.

Minit 90+3- Jurulatih sabah, Gary Philip diberikan kad merah oleh pengadil kerana membuat protes kepada keputusan pengadil.

Update 5:
Tamat perlawanan. Kelantan terikat tanpa jaringan dengan Sabah. kelantan kekal tangga ke-4.


Terengganu terjui Liga Super; Menang tipis keatas Felda

Jadual Perlawanan EPL 16&17 April 2011 (Gameweek 33)

Hanya 6 perlawanan EPL berlangsung minggu ini dengan 5 perlawanan berlangsung malam ini dan 1 lagi berlangsung esok. Ini kerana adanya perlawanan Separuh Akhir Piala FA yang melibatkan 4 pasukan Liga Perdanan Inggeris. 5 perlawanan berlangsung malam ini dan 1 perlawanan yang paling menarik minggu ini antara Arsenal dan Liverpool berlangsung esok. Berikut jadual penuh perlawanan Liga Perdana Inggeris Gameweek 33:-

Friday 15 April 2011

Terengganu Terajui Liga Super; Menang Tipis Keatas Felda


Abdul Hadi Yahya muncul wira Terengganu apabila menjaringkan gol tunggal buat pasukannya untuk memastikan skuad 'Sang Penyu' berada di takhta Liga Super sekurang-kurangnya buat tempoh 24 jam. Gol rembatan luar kotak penalti dari Hadi minit 61 gagal diselamatkan oleh penjaga gol Felda, Hamsani Ahmad untuk kemenangan tipis 1-0 di Kuala tereangganu. Gol itu juga adalah gol ke-7 Hadi dalam saingan Liga Super tahun ini terikat dengan penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha di tangga teratas senarai penjaring terbanyak. Perlawanan yang jelas dikuasai oleh Terengganu itu sememangnya melayakkan pasukan bimbingan Irfan Bakti itu berada di puncak Liga Super dengan mengumpul 24 mata dari 12 perlawanan mengatasi 2 pasukan terdekat, selangor dan Perak yang masing-masing mempunyai 23 dan 22 mata. Selangor ataupun Perak boleh kembali ke puncak Liga sekiranya menang perlawanan antara mereka esok. Sekiranya mereka seri, Terengganu akan mengakhiri minggu ini di tangga teratas. Kedudukan felda tidak berubah. Berikut kedudukan terkini Liga Super 2011 selepas perlawanan Terengganu dan Felda.

Mourinho: Saya Akan Ganti Sir Alex Ferguson


Beberapa laporan Akhbar di England hari ini melaporkan bahawa Jose Mourinho sangat berharap dan yakin beliau akan menjadi pengurus Manchester United selepas Sir Alex Ferguson bersara. Menurut 'The Sun', Mourinho percaya bahawa Ferguson akan bersara penghujung musim 2011/2012 dan beliau akan menjadi pilihan utama United untuk menggantikan Ferguson. Mourinho bagaimanapun masih mempunyai baki 3 tahun kontrak bersama Real Madrid yang hanya akan berakhir pada penghujung musim 2014. Pengurus yang digelar 'The Special One' itu sebelum ini kerap menyatakan pendirian dan keinginannya untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris satu hari nanti kerana menganggap urusan beliau di sana belum berakhir.


Dalam laporan berasingan, pemilik Chelsea, Roman Abramovich dikatakan telah mengenalpasti beberapa calon yang difikirkan sesuai untuk menggantikan Carlo Ancelotti. Abramovich jelas kecewa dengan prestasi Chelsea tahun ini yang hampir pasti gagal meraih sebarang kejuaraan dalam musim yang suram. Antara yang dikatakan menarik minat Abramovich adalah bekas pengurus semantara, Guus Hiddink; bekas pengurus Barcelona, Frank Rijkaard dan juga pengurus Everton, David Moyes.

Hiddink menjadi salah satu pilihan utama abramovich

Thursday 14 April 2011

Jadual Perlawanan Liga Super 15 &16/4/2011 (Matchday 12)

Saingan Liga Super Malaysia 2011 diteruskan lagi dengan 7 perlawanan akan berlangsung. 1 perlawanan akan berlangsung pada Jumaat, 15 April iaitu antara Terengganu menentang Felda United manakala 6 lagi perlawanan pada Sabtu, 16 April. Perlawanan paling menarik dijangka antara 2 pasukan pendahulu iaitu Selangor dan Perak di Stadium Shah Alam. Dengan kedudukan teratas Liga Super menjadi taruhan, kedua-dua pasukan dilihat akan berusaha meneruskan arus kemenangan untuk mendahului Liga. Berikut merupakan jadual perlawanan Liga Super perlawanan ke-12:-



2 Perlawanan akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena iaitu pada Jumaat antara terengganu dan felda dan juga pada sabtu antara Kuala Lumpur dan T-Team. Sama-sama kita memeriahkan bolasepak negara dengan berkunjung ke Stadium dan memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.

Apakah ramalan anda tentang pasukan pilihan anda. Sila berikan komen dan ramalan anda untuk memeriahkan lagi BBT.

Kedudukan Terkini Liga Super
Senarai Penjaring Terbanyak Liga Super

United Setuju Beli David De Gea


Manchester United hari ini dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan Atletico Madrid bagi pembelian penjaga gol berpotensi mereka, David De Gea. Menurut Dailymail, De Gea akan menandatangani kontrak selama 5 tahun bersama United dengan jumlah perpindahan bernilai 17.8 Juta Pound. De Gea berusia 20 tahun dan pernah mewakili Sepanyol untuk Kejohanan Euro Bawah 21 dan menjadi penjaga gol Utama sepanjang kejohanan itu. De Gea akan menjadi pengganti kepada Edmin van Der Sar yang telah mengumumkan akan bersara penghujung musim ini. Manchester United dikaitkan dengan ramai penjaga gol sebelum ini termasuk penjaga gol Schalke, Maneul Neuer; penjaga gol Ajax, Maarten Stakelenberg; penjaga gol Liverpool, Pepe reina dan ramai lagi termasuk De Gea.

Jersi Baru Liverpool 2011/2012


Liverpool dan Adidas hari ini mendedahkan jersi baru Liverpool untuk musim 2011/2012. Bagaimanapun jersi ini adalah jersi 'away' dan bukannya jersi 'home' tradisi warna merah. Jersi berwarna hitam dengan belang halus berwarna perak bersama-sama logo penaja utama, Standard Chartered.

Jersi ini bagaimanapun tidak akan berada di pasaran dalam tempoh terdekat dan ia akan dirasmikan pada 12 Mei 2011. Namun, bagi semua peminat fanatik Liverpool, anda boleh menempah jersi ini mulai sekarang dan anda akan mendapat jaminan jersi ini sampai kepada anda pada 12 Mei nanti.

Turut didedahkan di laman web Liverpoolfc adalah jersi untuk penjaga gol yang mana akan dipakai oleh Pepe Reina musim depan.

Real Madrid, Schalke Iringi United, Barcelona ke Separuh Akhir


Bekalan selesa pada perlawanan pertama memberi kelebihan besar buat Real Madrid dan FC Schalke untuk mara ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah. Real menewaskan wakil England, Tottenham Hotspur di White Hart Lane 1-0 hasil jaringan Cristiano Ronaldo untuk mara dengan agregat besar 5-0 manakala Schalke mengatasi juara bertahan, Inter Milan 2-1 di Veltins Arena untuk mara dengan agregat 7-3.


Pada peringkat separuh akhir nanti, Real Madrid akan bertemu mush setempat mereka dalam perlawanan 'el-clasico' menentang Barcelona dan Schalke pula akan menerima kunjungan juara 3 kali, Manchester United. Berikut jadual peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011.


Wednesday 13 April 2011

Malaysia Jatuh 6 Anak Tangga Rangking Terbaru FIFA


Pasukan bolasepak Malaysia jatuh 6 anak tangga dalam rangking terbaru yang dikeluarkan FIFA hari ini. Malaysia kini berada di tangga ke-144 berbanding ke-138 bulan lepas. Kejatuhan ini sememangnya sudah dijangka kerana Malaysia tidak bermain satu pun perlawanan antarabangsa yang boleh memberikan mata rangking FIFA tetapi hanya bermain perlawanan persahabatan menentang kelab Perancis yang bermain di Liga Singapura, Etoile FC. Berita ini sememangnya mengecewakan peminat bolasepak tempatan.


Di peringkat dunia, sepanyol masih lagi menduduki tangga teratas diikuti Belanda dan Brazil yang melonjak dari tangga ke-5 sebelum ini didikuti Jerman dan Argentina. England kekal di tangga ke-6. Jepun masih lagi pasukan terbaik Asia, melonjak 2 lagi anak tangga ke tangga ke-13 Dunia. Berikut senarai terkini Rangking FIFA april 2011:

1. Sepanyol
2. Belanda
3. Brazil
4. Jerman
5. Argentina
6. England
7. Uruguay
8. Portugal
9. Itali
10. Croatia

Dan pasukan pilihan lain....

13. Jepun
19. Perancis
31. Korea Selatan

Pasukan Asean

120. Thailand
130. Indonesia
134. Vietnam
144. Malaysia
145. Singapura
161. Myanmar

Senarai Penjaring Terbanyak Liga Super 13/4/2011

Tidak banyak perubahan dalam carta Penjaring terbanyak Liga Super 2011. Berikut carta terkini Senarai penjaring terbanyak:-


Keputusan Liga Super 12/4/2011
Kedudukan Terkini carta Liga Super 2011
Kelantan Tumbang di Tangan Perak.

Manchester United Mara ke Separuh Akhir


Manchester United meneruskan kemaraan dalan Liga Juara-Juara Eropah musim ini apabila menganepikan cabaran dari Chelsea dengan agregat 3-1 selepas menang perlawanan kedua di Old Trafford 2-1. Gol dari dari penyerang Mexico, Javier Hernandez dan park Ji Sung sudah cukup untuk memastikan United mara ke separuh akhir buat kali ke-4 dalam tempoh 5 tahun.


United memulakan permainan agak perlahan dan sangat berhati-hati agar Chelsea tidak menjaringkan gol awal yang mungkin akan menaikkan semangat mereka. Chelsea yang menguasai permainan bagaimanapun gagal memanfaatkan peluang terutamanya daripada Frank Lampard yang merembat bola dengan lemah dan mudah diselamatkan Edwin Van der Sar. Hernandez berjaya menewaskan Petr Cech pada minit 28 namun hanya untuk dibatalkan oleh pembantu pengadil kerana offside. Hernandez bagaimanapun tidak lagi dinafikan gol pertama United 2 minit sebelum tamat separuh masa pertama hasil gerakan menarik antara O'Shea dan Giggs yang berjaya disudahkan oleh Hernandez dengan baik sekali.


Separuh masa kedua, Carlo Ancelotti membuat pertukaran dengan mengeluarkan pemain termahal di England, Fernando Torres yang masih gagal menjaringkan sebarang gol dengan Didier Drogba. Seperti separuh masa pertama juga, Chelsea banyak menguasai bola tetapi kekentalan barisan pertahanan united menggagalkan mereka. Chelsea terpaksa bermain 10 pemain selepas Ramires dibuang padang kerana 2 kad kuning pada minit 71. Walaupun bermain kurang 1 pemain, Chelsea berjaya menyamakan kedudukan menerusi Drogba yang bijak menyudahkan peluang terhidang. gol itu seolah-olah menandakan kebangkitan lewat Chelsea namun sejurus sepak mula, serangan serta-merta United akhirnya berjaya menembusi gol Chelsea buat kali kedua menerusi pemain antarabangsa Korea Selatan, Park Ji Sung. Gol itu seperti mengesahkan kemaraan United dan membunuh sisa-sisa perjuangan Chelsea. Perlawanan tamat dengan kemenangan United 2-1 dan 3-1 secara agregat.


United akan menanti keputusan antara Inter Milan dan Schalke yang akan berlangsung awal pagi esok bagi menentukan siapa lawan yang bakal ditentang di separuh akhir nanti. Schalke dilihat mempunyai peluang cerah setelah menang 5-2 di San Siro minggu lepas. Peringkat separuh akhir akan berlangsung pada 26,27 april dan 3,4 mei nanti. Dalam 1 lagi perlawanan yang berlangsung serentak, Barcelona menepati ramalan apabila menewaskan Shakhtar Donetsk 1-0 menerusi gol tunggal Messi dan menjadikan agregat 6-1. barcelona akan menanti keputusan antara Real madrid dan Tottenham Hotspur.

Tuesday 12 April 2011

Kedudukan Terbaru Carta Liga Super 12/4/2011

Selangor kembali ke tangga teratas Liga Super apabila pendahulu sebelum ini Kelantan kecundang 4-0 di tangan Perak. Perak naik ke tangga ke-2 hasil kemenangan itu manakala Kelantan jatuh ke tangga ke-4 dipintas jiran terdekat Terengganu yang menewaskan pasukan 'adik' mereka, T-Team. Pasukan naib juara Piala Malaysia tahun lepas, Negeri Sembilan terus dirundum malang apabila kini berada di tangga ke-12 Liga selepas kalah 2-0 di tangan Kedah di Paroi. Berikut kedudukan terkini Liga Super 12/4/2011.



Keputusan penuh Liga super 12/4/2011

Keputusan Penuh Liga Super 12/4/2011

Perak membelasah kelantan 4-0 di Ipoh manakala Selangor kembali merampas takhta Liga Super haril kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Fadzli Shaari. Berikut keputusan penuh semau perlawanan ke-11 Liga Super 12/4/2011.

Kelantan Tumbang di Tangan Perak; Kalah 4-0

Perak membelasah Kelantan 4-0 pada perlawanan ke 11 Liga Super 2011 yang baru sahaja berakhir sebentar tadi. Ini merupakan kekalahan ke-3 kelantan musim ini dan terpaksa melepaskan takhta Liga Super kepada pasukan Selangor yang menewaskan Felda United 1-0.Kelantan jatuh ke tangga ke-4 Liga.


Perak bermula dengan baik sejak awal permainan mendahului seawal minit ke-5 menerusi jaringan solo fazrul hazli. jaringan itu sememangnya menyentak semangat Kelantan yang masih segar dari kemenangan besar 6-0 keatas felda sabtu lalu. Kelantan mula membuat serangan balas namun tidak berjaya kerana Norshahrul jelas dikawal ketat pertahanan perak. Perak akhirnya berjaya menjaringkan gol kedua menerusi penyerang, Shaffik Jamal. shaffik menerima bola hantaran Akmal Rizal berjaya menewaskan Khairul fahmi. Kelantan bagaimanapun terus menyerang untuk mencari gol pertama sehingga tamat separuh masa pertama dan gagal menjaringkan sebarang gol.

Separuh masa kedua, M. Karathu membuat pertukaran dengan mengeluarkan Daudsu dan digantikan dengan S. Subramaniam. Kelantan menguasai bola pada separuh masa kedua tetapi buntu untuk mencari gol pembukaan. Perak yang sekali sekala menyerang berjaya menambah gol ketiga menerusi bekas pemain kelantan, Akmal Rizal. Akmal melepaskan rembatan kaki kiri yang dilihat mampu ditangkap Khairul Fahmi tetapi terlepas dari genggaman. Jaringan Akmal disusuli jaringan ke-4 Perak menerusi pemain gantian Razali Umar Kandasamy. Kedudukan 4-0 kekal sehingga tamat permainan.


Laporan Penuh permainan

Keputusan Terkini Liga Super: Perak (4), Kelantan (0)

BBT seperti biasa akan memberikan keputusan terkini dari semasa ke semasa perlawanan menarik Liga Super antara Perak dan Kelantan di Stadium Perak.

Kesebelasan Utama:
Perak: Nasril, Chan Wing Hong, Syazwan Roslan, Shahrulnizam Mustafa, Fazrul Hazli, Hazrul Mustafa, Hisyamudin Syaari, Nasriq Baharudin, Nasir, Shaffik Jamal, Akmal Rizal
Kelantan: Khairul Fahmi, Daudsu, zairul fitree, Farisyam, Rizal Fahmi, Shakir, S. Chanturu, K, Soley, Danial Fadzly, Nurul Azwan, Norshahrul (c)

Update 1:
Separuh masa pertama bermula. Perak terus menyerang dari awal.
- Minit 5; Perak 1-0 kelantan. Jaringan cantik solo Fazrul Hazli. Rembatan dari luar kotak penalti menewaskan Khairul Fahmi.
-Minit 8. Perak hampir menambah gol. Rembatan akmal rizal tinggi melepasi palang. Pertahanan kelantan nampak agak leka.
-Minit 17. Khairul Fahmi membuat satu save yang sangat baik dari rembatan Isma Alif. Satu pergerakan yang menarik dari Perak yang hampir membuahkan hasil.
-Minit 19. Kelantan membuat satu cubaan bahaya yang bermula dari Soley namun rembatan rendah berjaya diselamatkan Nasri Nordin dan bola muntah berjaya dikeluarkan pertahanan.

Update2;
Perak menambah jaringan. 2-0. hasil jaringan Shaffik Jamal.
-perak terus mengusai permainan dan kelantan hanya bertahan.
-Kelantan kembali mengusai bola dan banyak membuat asakan babak-babak akhir permainan tetapi pertahanan perak cekal bertahan.
-Separuh masa pertama berakhir 2-0.

Update 3:
Kelantan membuat pertukaran separuh masa kedua. Subra masuk menggantikan Daudsu.
-Minit 50. Kelantan menguasai bola dan banyak pergerakan dibuat. namun gagal memecah kebuntuan.

Update 4:
-Minit 79. Perak 3-0 kelantan. Jaringan cantik akmal rizal. Rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti berjaya menewaskan Khairul Fahmi buat kali ke-3 malam ini. Khairul Fahmi sepatutnya tidak mempunyai masalah menyelamatkan bola itu tetapi terlepas dari genggaman. Kesilapan dari penjaga gol no1 malaysia.

Update 5;
-Minit 82. Perak 4-0 Kelantan. Perak kenduri gol. pemain gantian Razali Umar Kandasamy menjaringkan gol ke4 akibat kelekaan barisan pertahanan Kelantan.

Update 6:
-Tamat permainan. Perak menewaskan kelantan 4-0. kekalahan ke-3 kelantan musim ini.

Clarence Seedorf Ke Manchester City..???


Manchester City hari ini dilaporkan telah berjumpa dengan pemain veteran AC Milan, Clarence Seedorf berhubung perpindahan pemain itu ke Manchester. Pemain yang berusia 35 tahun itu dikatakan diminati oleh pengurus City, Roberto Mancini kerana pengalamannya dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah dan memenangi kejohanan itu 4 kali; bersama Ajax Amsterdam, Real Madrid dan 2 kali bersama AC Milan. Manchester City menghampiri penampilan pertama di Liga Juara-Juara Eropah apabila kini berada di tangga ke-4 Liga Perdana Inggeris dan Mancini telah pun berkira-kira tentang kemungkinan itu dengan cuba menandatangani Seedorf. Seedorf yang juga tamat kontrak bersama Milan Jun ini masih menunggu kontrak baru yang mungkin akan ditawarkan Milan.


Mancini mahu membuat persiapan rapi menjelang musim hadapan sekiranya berjaya melayakkan diri ke aksi Liga Juara-Juara Eropah. Seorang lagi pemain yang juga menarik minat City adalah pemain muda Arsenal, Jack Wilshere. Wilshere merupakan seorang pemain yang paling meningkat naik tahun ini dan juga mempunyai pengalaman beraksi di Liga Juara-Juara Eropah. City dilaporkan sanggup menawarkan Arsenal sehingga 40 Juta Pound untuk bintang muda mereka itu.

Jadual Perlawanan Suku Akhir Champions League


4 perlawanan kedua timbal balik Liga Juara-Juara Eropah ataupun Champions League akan berlangsung pada awal pagi rabu dan khamis ini, 13 & 14 april 2011. Selepas perlawanan pertama minggu lepas, Barcelona, Real Madrid, Schalke dan Manchester United semuanya dilihat mempunyai peluang cerah untuk mara ke peringkat separuh akhir. Mereka hanya perlu mengelakkan daripada kalah untuk mara selepas menang perlawanan pertama masing-masing. Berikut jadual perlawanan peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.


*Keputusan perlawanan pertama dalam kurungan. Semua perlawanan akan disiarkan secara langsung oleh Astro 812 dan 813 pada 2.45 pagi.

Sunday 10 April 2011

Jadual Perlawanan Liga Super 12/4/2011 (Matchday 11)


Semua 7 perlawanan Liga Super berlangsung pada 12/4/2011 untuk perlawanan ke-11 Liga. Antara perlawanan menjadi tumpuan adalah antara pasukan teratas Liga ketika ini, Kelantan menentang pasukan tangga ke-3, Perak di Stadium Perak di Ipoh. Turut menjadi tumpuan pertemuan adik-abang antara T-Team dan Terengganu di Kuala Terengganu. T-Team yang kini cemerlang selepas mencatatkan kemenangan berturut-turut keatas Kelantan dan Selangor akan menerima satu lagi cabaran getir selasa ini. Berikut jadual semua perlawanan ke-11 Liga super 2011 pada 12/4/2011.


Semua perlawanan bermula pada jam 8.45 malam kecuali di Sabah yang bermula setengah jam lebih awal. Pertemuan menarik Perak-Kelantan akan disiarkan secara langsung oleh Astro Arena.


Keputusan Perlawanan Liga Super (Matchday 10) 8&9/4/2011
Kedudukan Terkini Carta Liga Super 2011
Senarai Penjaring Terbanyak Liga Super 2011

Sultan Ahmad Shah Dilantik Presiden AFF


Presiden FAM dan juga Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini secara rasmi dilantik menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Asean (AFF). Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kongress AFF di Bangkok, Thailand. Dalam pemilihan kali ini, Sultan Ahmad Shah menang tanpa bertanding dan akan menggantikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen yang menjadi presiden sejak 1995. Baginda kini berusia 80 Tahun.

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...