Wednesday, 13 April 2011
Malaysia Jatuh 6 Anak Tangga Rangking Terbaru FIFA
Pasukan bolasepak Malaysia jatuh 6 anak tangga dalam rangking terbaru yang dikeluarkan FIFA hari ini. Malaysia kini berada di tangga ke-144 berbanding ke-138 bulan lepas. Kejatuhan ini sememangnya sudah dijangka kerana Malaysia tidak bermain satu pun perlawanan antarabangsa yang boleh memberikan mata rangking FIFA tetapi hanya bermain perlawanan persahabatan menentang kelab Perancis yang bermain di Liga Singapura, Etoile FC. Berita ini sememangnya mengecewakan peminat bolasepak tempatan.
Di peringkat dunia, sepanyol masih lagi menduduki tangga teratas diikuti Belanda dan Brazil yang melonjak dari tangga ke-5 sebelum ini didikuti Jerman dan Argentina. England kekal di tangga ke-6. Jepun masih lagi pasukan terbaik Asia, melonjak 2 lagi anak tangga ke tangga ke-13 Dunia. Berikut senarai terkini Rangking FIFA april 2011:
1. Sepanyol
2. Belanda
3. Brazil
4. Jerman
5. Argentina
6. England
7. Uruguay
8. Portugal
9. Itali
10. Croatia
Dan pasukan pilihan lain....
13. Jepun
19. Perancis
31. Korea Selatan
Pasukan Asean
120. Thailand
130. Indonesia
134. Vietnam
144. Malaysia
145. Singapura
161. Myanmar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kita mngharapkan bola MALAYSIA akan membuat kejutan rangkin bola akan DATANG!!!
ReplyDeleteFAM sepatutnya lebih berusaha lagi....
ReplyDeletePasukan dah mantap tapi, kurang match international yang dapat beri pengalaman dan mata untuk rangking. Lawan Etoile FC okay tapi kalau boleh lawan national team lain lagi bagus. Diharap FAM menjalankan tugas dengan baik lagi...
safee score lagi!!
ReplyDeletekejar mata dlm ranking fifa akan menjadi matlamat mlysia seterusnya.jom lwn negara yg kuat pula tgok sejauh mana kekuatan skuad negara.
ReplyDeletemcm mana la nk ada perlawanan antarabangsa kalau yg nk lawan 2 semua negara kuat2.. lawan la negara yg dekat dgn ranking malaysia sekurang kurangnya ada point jgk...
ReplyDelete