Friday 1 April 2011

Kelantan Teruskan Penguasaan Liga Super; Tewaskan Harimau Muda 2-1


Kelantan mengekalkan kedudukan di puncak Liga Super selepas menewaskan Harimau Muda 2-1 di Stadium Sultan Muhammad ke-4. Kelantan membuka jaringan menerusi jaringan K. Soley yang ditampan kedalam gol sendiri oleh pertahanan Harimau Muda, Fadhli Shas minit 11. Minit 22 kelantan menggandakan gol menerusi jaringan S. Chanturu. Harimau Muda berjaya merapatkan kedudukan sejurus sebelum separuh masa pertama tamat menerusi Irfan Fazail.
Separuh masa kedua, Harimau Muda menyerang habis-habisan tetapi gagal untuk mencari sebarang tambahan jaringan. Kelantan juga mensia-siakan sekurang-kurangnya 2 cubaan terbaik menerusi Chanturu tetapi ketumpulan sentuhan penamat meyebabkan kelantan gagal menambah jaringan. Permainan tamat dengan kemenangan kepada Kelantan 2-1.

Inilah Kedudukan terbaru Carta Liga Super selepas perlawanan Kelantan dan Harimau Muda



Laporan Perlawanan Kelantan-Harimau Muda

5 comments:

  1. karathu akui menang nasib, http://suarasukan1mas.blogspot.com/2011/04/analisa-kelantan-2-1-harimau-muda_3562.html

    ReplyDelete
  2. kelantan bernasib baik mng walaupun menguasai perlawanan

    ReplyDelete
  3. btul tu..
    HM pun main bgus..

    ReplyDelete
  4. kelantan main defense awal sangat... bg pluang HM menyerang.. nasib baik defender mantap...

    ReplyDelete
  5. tgk 1st half je...rupenye 2nd half x de gol..hehehehe..
    tp gumbira sbb tgk HMA main..ade nampak sinar utk pasukan negara utk masa akn dtg..

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...