Saturday, 9 April 2011
Wenger Rancang Rombakan Besar-Besaran
Andrey Arshavin, Gael Clichy, Manuel Almunia dan Nicklas Bendtner adalah antara nama besar yang mungkin akan meninggalkan Arsenal penghujung musim ini apabila pengurus, Arsene Wenger dilaporkan mahu membuat rombakan besar-besaran setelah gagal meraih sebarang kejuaraan dalam tempoh 6 tahun. Turut dikaitkan dengan rombakan ini adalah Tomas Rosicky, Emmanuel Eboue, Denilson dan Abou Diaby. Pemain-pemain ini dikatakan tidak mempunyai aksi konsisten yang melayakkan mereka menyarung jersi The Gunners tahun depan apabila Wenger merancang untuk mengakhiri kemarau kejuaraan. Tahun ini Arsenal hampir merangkul Piala Liga tetapi aksi kurang matang dari penjaga gol, Wojciech Szcezsny menidakkannya. Arsenal juga sudah bersedia untuk kehilangan kapten pasukan, Cesc Fabregas sekiranya Barcelona membuat tawaran yang setimpal dengan kehendak pasukan.
Wenger sudah mengenalpasti beberapa pemain yang akan dibeli untuk menghadapi saingan musim depan bagi menggantikan pemain-pemain yang bakal dijual nanti. Antaranya adalah penjaga gol berpengalaman Jerman, Manuel Neuer, pemain pertahanan Everton, Leighton Baines; perancang muda Lille, Edin Hazard; pemain muda berpotensi dari Southampton, Alex Oxlade Chamberlain dan juga pertahanan Blackburn, Phil Jones.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bro.. leh tau x darimana bro dpt citer mengenai arsenal ni?
ReplyDeletekt eurosport, dailymail, footbal365, dll....
ReplyDeleteterima kasih....;-)
ReplyDeletex pasti cm na keadaan arsenal jika jual fabregas..tapi pmain2 yg lain tu,stakat menumpang nama arsenal memang wajib la kene jual..tkde faedah nye simpn pmain yg mnumpang....
ReplyDelete