Saturday, 16 April 2011
Laporan Penuh : Kelantan Sekadar Seri Dengan Sabah
Kelantan gagal memanfaatakan aksi di gelanggang sendiri apabila sekadar terikat tanpa jaringan menentang Sabah di kota Bharu. Kelantan jelas mengusai keseluruhan perlawanan namun ketiadaan Norshahrul amat dirasai apabila ketumpulan bahagian serangan memberikan kesan kepada cabaran kelantan merangkul kejuaraan Liga Super tahun ini.
Kelantan bermula dengan baik dan terus menyerang ke kubu sabah sebaik sepak mula. Nizad yang bermain menggantikan Norshahrul yang digantung 1 perlawanan menjadi penyerang bergandingan dengan Chanturu. Sabah hanya mampu bertahan diawal permainan dan penjaga gol, Syed Adney dipaksa bekerja keras. Chanturu yang dilihat kurang berkesan akhirnya ditukar dengan K. Soley. M. Karathu membuat tindakan berani dengan membuat pertukaran pada awal permainan iaitu minit 20. Soley yang masuk memberikan kesan baik kepada serangan Kelantan dan sering mengkucar-kacirkan pertahanan. Kelantan berjaya menewaskan Syed Adney menerusi nizad tetapi dinafikan pembantu pengadil kerana offside. Hujung separuh masa pertama Kelantan sepatutnya mendahului Sabah tetapi sepakan Azwan Roya hanya sekadar menggegar palang gol walaupun Syed adney nampak seperti sudah tertewas. Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang gol.
M. Karathu membuat pertukaran dengan mengeluarkan Wan Rohaimi dan digantikan dengan Khalid Jamlus pada separuh masa kedua. Gandingan antara Khalid dan Nizad nampak kurang berkesan. Sabah terus kental bertahan menahan asakan bertubi-tubi dari Kelantan terutamanya menerusi pemain lincah, Azwan Roya. Perlawanan dihentikan selama hampir 5 minit pada minit 73 apabila pemain Sabah terutama penjaga gol, Syed adney mendakwa terkena pancaran laser dari penyokong kelantan. selepas diteruskan, Kelantan masih buntu untuk mencari gol sehinggalah penghujung perlawanan. Beberapa percubaan kelantan menerusi sepakan percuma juga lemah. Jurulatih Sabah, Gary Philip diberikan kad merah pada masa tambahan kerana memprotes keputusan pengadil. Keputusan kekal tanpa sebarang gol sehingga tamat.
Keputusan itu menyebabkan kelantan kekal di tangga ke-4 Liga Super tetapi kini ketinggalan 5 mata dari Selangor yang kembali menerajui Liga Super selepas menewaskan Perak 1-0 di Shah Alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment