Tuesday, 12 April 2011

Clarence Seedorf Ke Manchester City..???


Manchester City hari ini dilaporkan telah berjumpa dengan pemain veteran AC Milan, Clarence Seedorf berhubung perpindahan pemain itu ke Manchester. Pemain yang berusia 35 tahun itu dikatakan diminati oleh pengurus City, Roberto Mancini kerana pengalamannya dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah dan memenangi kejohanan itu 4 kali; bersama Ajax Amsterdam, Real Madrid dan 2 kali bersama AC Milan. Manchester City menghampiri penampilan pertama di Liga Juara-Juara Eropah apabila kini berada di tangga ke-4 Liga Perdana Inggeris dan Mancini telah pun berkira-kira tentang kemungkinan itu dengan cuba menandatangani Seedorf. Seedorf yang juga tamat kontrak bersama Milan Jun ini masih menunggu kontrak baru yang mungkin akan ditawarkan Milan.


Mancini mahu membuat persiapan rapi menjelang musim hadapan sekiranya berjaya melayakkan diri ke aksi Liga Juara-Juara Eropah. Seorang lagi pemain yang juga menarik minat City adalah pemain muda Arsenal, Jack Wilshere. Wilshere merupakan seorang pemain yang paling meningkat naik tahun ini dan juga mempunyai pengalaman beraksi di Liga Juara-Juara Eropah. City dilaporkan sanggup menawarkan Arsenal sehingga 40 Juta Pound untuk bintang muda mereka itu.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...