Friday, 1 April 2011
Real Madrid Tawar Chelsea 15Juta Pound Untuk Drogba
Real Madrid dilaporkan bersedia untuk membayar 15 Juta Pound untuk mendapatkan penyerang Chelsea, Didier Drogba. Ini adalah untuk mengekalkan pengurus Jose Mourinho di Santiago Bernebeu. Mourinho minggu lepas menyatakan hasrat untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris satu hari nanti dan kenyataan itu membimbangkan presiden Real, Florentino Perez. Mourinho mempunyai hubungan yang amat baik dengan Drogba dan Perez memikirkan sekiranya dia mendapatkan Drogba, ini akan membuatkan Mourinho kekal di sana untuk tempoh yang lebih panjang. Drogba yang kini berusia 33 tahun semakin kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama Chelsea selepas kehadiran Fernando Torres dan pernah beberapa kali mengugut untuk keluar dari kelab itu sekiranya gagal mendapat tempat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment