Friday, 15 April 2011

Terengganu Terajui Liga Super; Menang Tipis Keatas Felda


Abdul Hadi Yahya muncul wira Terengganu apabila menjaringkan gol tunggal buat pasukannya untuk memastikan skuad 'Sang Penyu' berada di takhta Liga Super sekurang-kurangnya buat tempoh 24 jam. Gol rembatan luar kotak penalti dari Hadi minit 61 gagal diselamatkan oleh penjaga gol Felda, Hamsani Ahmad untuk kemenangan tipis 1-0 di Kuala tereangganu. Gol itu juga adalah gol ke-7 Hadi dalam saingan Liga Super tahun ini terikat dengan penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha di tangga teratas senarai penjaring terbanyak. Perlawanan yang jelas dikuasai oleh Terengganu itu sememangnya melayakkan pasukan bimbingan Irfan Bakti itu berada di puncak Liga Super dengan mengumpul 24 mata dari 12 perlawanan mengatasi 2 pasukan terdekat, selangor dan Perak yang masing-masing mempunyai 23 dan 22 mata. Selangor ataupun Perak boleh kembali ke puncak Liga sekiranya menang perlawanan antara mereka esok. Sekiranya mereka seri, Terengganu akan mengakhiri minggu ini di tangga teratas. Kedudukan felda tidak berubah. Berikut kedudukan terkini Liga Super 2011 selepas perlawanan Terengganu dan Felda.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...