Monday 28 February 2011

Birmingham Kejutkan Arsenal Rangkul Piala Carling

Arsenal dikejutkan pasukan 'underdog' Birmingham pada aksi perlawanan akhir Piala Carling yang berlangsung di Stadium Wembley. Birmingham bermain dengan baik pada awal permainan dan sepatutnya mendapat sepakan penalti pada minit ke-3 setelah Szcezsny menjatuhkan Lee Bowyer dalam kotak penalti namun dinafikan pembantu pengadil dengan mengangkat bendera offside meskipun jelas Bowyer ketika itu dalam kedudukan onside. Arsenal sememangnya bernasib baik untuk terlepas dari situasi itu. Birmingham selepas itu terus melancarkan serangan dan hasilnya mereka berjaya menembusi gawang Arsenal melalui satu sepakan sudut dan Nikola Zigic yang bijak menanduk bola menerjah jaring. Arsenal kemudiannya berusaha untuk menyamakan kedudukan dan berhasil 5 minit sebelum tamat separuh masa pertama, Robin Van Persie berjaya menewaskan Ben Foster. Pada separuh masa kedua, Arsenal terus mendominasi permainan dan birmingham pula cekal bertahan dan 'Man of the match' Foster membuat beberapa aksi menarik untuk mengagalkan Arsenal. Birmingham kemudiannya menyerang habis-habisan pada babak-babak terakhir dan salah faham antara Szcezsny dan Koscielny memberikan gol mudah kepada pemain gantian, Obefami Martins ketika permainan hanya berbaki 1 minit untuk tamat. Arsenal akhirnya terpaksa akur dan terpaksa terus menanti untuk mendapatkan piala pertama mereka sejak kali terakhir pada 2005.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...