Thursday 24 February 2011

United, Marseille Terikat Tanpa Gol...

Manchester United mengikat tuan rumah, Marseiile tanpa sebarang jaringan di Stade Velodrome dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah. Perlawanan agak seimbang di separuh masa pertama kerana kedua-dua pasukan seperti bermain berhati-hati agar tidak membiarkan lawan menjaringkan gol. Pada separuh masa kedua, Marseille mula menguasai permainan dan United pula banyak membuat kesilapan dengan hantaran yang kurang tepat. Marseille mengambil peluang itu tetapi mereka tetap gagal membolosi gawang Edwin Van Der Sar. United bermain agak hambar dan gagal memegang bola untuk masa yang lama. Sir Alex kemudiannya memasukkan Paul Scholes untuk memperbaiki keadaan dengan mengeluarkan Darron Gibson. Scholes berjaya mengubah corak permainan United tetapi sedikit terlambat untuk mengubah keputusan perlawanan. Marseille yang berusaha mencari gol memasukkan Mathieu Valbuena dan itu juga tidak berkesan dan perlawanan berakhir dengan keputusan 0-0. Dalam 1 lagi aksi, Mario gomez menjaringkan gol pada minit terakhir permainan bagi Bayern untuk menundukkan Inter 1-0 di San Siro.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...