Wednesday 23 February 2011

Champions league: Marseille vs. United; Inter vs. Bayern...

Awal pagi esok 2 lagi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah akan berlangsung. Adakah United mampu mengikut jejak langkah kelab Inggeris lain yang berjaya pada perlawanan sebelum ini? dan adakah Inter mampu mengulangi sejarah Final tahun lepas keatas bayern?

Olympique Marseille Vs. Manchester United

Marseille akan menerima kunjungan United ke Stade Veledrome malam ini sedar bahawa tugas berat menanti mereka disana. Tetapi rekod sebelum ini menunjukkan Marseille pernah meewaskan United dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah 1999/2000. Marseille kehilangan penyerang Andre-Pierre Gignac akibat kecederaan manakala Mathieu Valbuena pula mempunyai peluang tipis untuk pulih dari kecederaan lutut. pengurus, Didier Deschamp bagaimanapun lega kerana dua lagi pemain penting, Loic Remy dan Brandao cergas untuk beraksi. Manchester United pula tiba di Marseille beberapa pemain termasuklah Ryan Giggs, Ferdinand, Micheal Owen dan Anderson. Harapan diletakkan kepada Wayne Rooney yang mungkin akan digandingkan dengan Dimitar Berbatov serta kelibat lincah Nani untuk merobek gawang Marseille. Dibahagian pertahanan, United mempunyai rekod terbaik di Eropah musim ini kerana hanya melepaskan 1 gol sahaja sepanjang peringkat kumpulan.

Ramalan BBT: Marseille 0-1 United

Inter Milan Vs. Bayern Munich

Juara bertahan, Inter Milan akan melayan kunjungan Bayern Munich dalam aksi ulangan perlawanan akhir musim lalu dengan harapan dapat mengulangi kejayaan itu. Inter dilihat kurang konsisten berbanding tahun lepas dimana mereka dibawah kendalian Jose Mourinho dan hanya menduduki tangga kedua pada peringkat kumpulan dibelakang Tottenham Hotspur. Bagaimanapun Inter akan mempertaruhkan penjaring terbanyak kejohanan setakat ini, Samuel Eto'o untuk mencari bekal selesa ke Allianz Arena. Eto'o setakat ini telan menjaringkan 7 gol dalam 6 perlawanan. Hero Inter tahun lalu, Diego Milito dilaporkan masih belum pulih dari kecederaan hamstring dan akan terlepas perlawanan ini namun pemain tengah, Wesley Sneijder dan pertahanan, Lucio pulih dari kecederaan dan akan beraksi. Bayern Munich pula tidak mempunyai sebarang kecederaan pada pemainnya akan tetapi aksi kurang meyakinkan dalam saingan Bundesliga meresahkan Louis Van Gaal. Mereka berada ditangga ke-3, 13 mata dibelakang pendahulu, Borussia Dortmund. 2 bintang Bayern, Ribery dan Robben sudah kembali cergas dan akan membantu Mario Gomez menjaringkan gol malam ini.

Ramalan BBT: Inter 2-2 Bayern

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...