Friday, 25 February 2011

Liga Super Malaysia: Kedah 1 Kelantan 1

Kelantan bangkit untuk mengikat kedah dalam aksi Liga super di Stadium Darul Aman. Dalam separuh masa pertama, pada awalnya Kelantan ternyata menguasai permainan dengan beberapa cubaan bahaya dari rangkaian serangan. Cubaan terbaik adalah tendangan cantik Nurul Azwan Roya yang menggegar palang gol Kedah yang dijaga Abdul Hadi. Ketua pasukan Kelantan, Badhri Radzi pula mempunyai sekurang-kurangnya 2 peluang yang baik tetapi disia-siakan. Kedah kemudiannya menguasai babak-babak akhir separuh masa pertama dengan gandingan Azlan Ismail, Badrol Bakhtiar dan Khyril Muhaimin namun gagal menembusi benteng pertahanan Kelantan. separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang gol. Aksi separuh masa kedua bermula agak serupa dengan babak pertama dengan Kelantan banyak menguasai bola tetapi hanya sekejap sahaja dan Kedah kemudiannya melancarkan beberapa serangan. Kedah akhirnya berjaya memecah kebuntuan apabila hantaran cantik Badrol Bakhtiar dari sebelah kiri gol kelantan berjaya disambar dengan baik oleh Azlan Ismail. Selepas itu, kedah terus menguasai permainan dan kelantan pula nampak seperti hilang idea. Cubaan baik dari Azmi Muslim yang menewaskan perangkap offside kelantan berjaya ditepis penjaga gol, Khairul Fahmi. Kelantan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha. Dia mengawal bola dengan baik dan melepaskan satu tendangan volley yang padu menewaskan Abdul Hadi. Badhri radzi sekali lagi mendapat peluang baik pada babak terakhir tapi dia agak teragak-agak dan terlepas peluang emas itu. Selapas itu perlawanan menjadi semakin rancak menuju tiupan wisel penamat namun sebarang gol tambahan gagal dicari.

Dalam 1 lagi perlawanan Terengganu Menewaskan Kuala Lumpur dengan jaringan 2-1.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...