Wednesday, 28 December 2011

M. Karathu: Kelantan Pasukan Pilihan Rangkul Liga Super 2012

Bekas jurulatih Kelantan, Dato' M. Karathu memilih pasukan Kelantan sebagai pasukan pilihannya untuk muncul juara sekaligus mempertahankan kejuaraan Liga Super untuk musim 2012. Karathu yang bertanggungjawab membawa Kelantan menjuarai Liga untuk kali pertama musim lepas membuat pilihan berdasarkan kekuatan yang dimiliki pasukan itu yang kini dibimbing Peter Butler, yang juga pernah menjadi jurulatih Kelantan beberapa musim lepas.

Tambah Karathu lagi, pasukan yang terkenal dengan jolokan The Red Warriors itu kini berada di landasan yang terbaik dibawah bimbingan Butler. Mereka juga semakin pantas di bahagian serangan dan semakin kukuh di bahagian pertahanan. Pasukan Kelantan membuat perubahan besar dengan menggugurkan beberapa pemain serta memanggil kembali 3 pemain kontroversi yang berpindah ke pasukan T-Team musim lepas, Indra Putra, Nor Farhan dan Azizi.
Indra kembali menguatkan pasukan Kelantan
Kelantan turut diperkuatkan dengan 4 pemain import, iaitu Ghaddar, Antwi, Okine dan Charara yang khususnya untuk beraksi di kejohanan Piala AFC buat pertama kalinya musim ini. Karathu bagaimanapun menyatakan sukar untuk membuat ramalan keupayaan Kelantan di Kejohanan peringkat Asia itu.

The Red Warriors bakal memulakan aksi musim ini dengan perlawanan Piala Sumbangsih menentang Juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan, 7 Januari ini di Kota Bharu sebelum memulakan aksi Liga Super menentang pasukan remaja Singapura, Lions XI 3 hari kemudian. Malam ini Kelantan bakal menentang pasukan Jaura Liga prima Indonesia, Persebaya FC dalam perlawanan timbal balik bagi merebut Piala Permai di Surabaya.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...