Sunday 18 December 2011

Dortmund: United Perlu Bayar 50 Juta Pound Untuk Gotze

Juara Bertahan Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund memberi amaran kepada Manchester United bahawa mereka tidak akan menjual penain sensasi mereka, Mario Gotze dengan murah. Dortmund dilaporkan mahu sekurang-kurangnya 50 Juta Pound untuk pemain tengah muda mereka itu. Selain United, beberapa kelab ternama Eropah lain turut berminat dengan Gotze yang baru berusia 19 tahun itu seperti Arsenal, Real Madrid dan beberapa kelab Itali.

Manchester United kini yang dilanda krisis kecederaan apabila Darren Fletcher bakal terlepas aksi untuk tempoh yang lama kerana kecederaan. Anderson dan Tom Cleverley juga belum pulih dari kecederaan dan membataskan pilihan pengurus, Sir Alex Ferguson di bahagian tengah. Ferguson telah sebelum ini beberapa kali menghantar pemerhati (scout) ke Jerman untuk menilai Gotze termasuk perlawanan persahabatan Jerman menentang Belanda bulan lepas.
United juga berminat mendapatkan Hummels
Selain Gotze, United juga mengintai rakan sepasukannya di Dortmund, Matt Hummels. Hummels yang juga pemain yang mendapat perhatian ramai seperti Gotze baru berusia 23 tahun dan bermain di posisi pertahanan tengah. Kecederaan yang melanda Nemanja Vidic pada perlawanan terakhir Liga Juara-Juara Eropah menyebabkan Ferguson berfikir untuk mencari pemain dbaru di posisi itu sebagai 'back-up'. Hummels mempunyai 12 caps bersama skuad kebangsaan Jerman dinilai sebanyak 15 Juta Pound.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...