Penyerang kebangsaan, Safee Sali berdepan kemungkinan tidak dapat beraksi mewakili Malaysia dalam perlawanan antarabangsa sekiranya konflik yang melanda Liga Indonesia, dimana disertai Safee, tidak dapat diselesaikan. Safee yang masih dalam kontrak bersama kelab Pelita Jaya berhasrat untuk kekal bersama kelabnya itu namun sekiranya krisis Liga bolasepak Indonesia masih berlarutan, Safee tidak menolak kemungkinan untuk berhijrah ke kelab lain.
Krisis Liga Indonesia bermula apabila liga utama negara itu berpecah 2 kepada Liga Perdana Indonesia (Indonesian Premier League)- yang mana diiktiraf oleh Persatuan Sepakbola seluruh Indonesia (PSSI) dan juga Liga Super Indonesia (Indonesian Super League) yang diuruskan satu badan yang tidak diiktiraf PSSI. Kebanyakan kelab-kelab besar memilih untuk menyertai Liga Super Indonesia yang dilihat lebih baik termasuklah kelab Pelia Jaya. Keadaan ini menyebabkan PSSI meminta campur tangan FIFA dan sekiranya Liga Super Indonesia dianggap tidak sah oleh FIFA, maka pemain-pemain yang menyertai liga itu bakal hilang kelayakan untuk mewakili pasukan kebangsaan masing-masing dalam kejohanan anjuran FIFA termasuklah perlawanan persahabatan antarabangsa.
|
Kelab Brisbane Roar FC mungkin menjadi destinasi Safee |
Safee yang ditanya mengenai permasalahan ini menyatakan bahawa beliau agak keliru dengan situasi sebenar dan masih menunggu keputusan yang bakal diambil oleh PSSI dan FIFA. Beliau menambah, sekiranya FIFA mendapati Liga Super Indonesia tidak sah, beliau tentunya akan memilih untuk berhijrah supaya beliau tidak dihalang daripada mewakili pasukan kebangsaan. Jika liga itu sah, Safee gambira untuk terus kekal disitu. Safee turut dikaitkan dengan sebuah kelab liga A-League Australia, Brisbane Roars yang dipunyai oleh Keluarga Bakrie, yang juga pemilik kelab Pelita jaya.
No comments:
Post a Comment