Chelsea bakal membuat rombakan besar-besaran kepada skuad sedia ada yang agak berumur dengan menggantikan mereka dengan beberapa pemain baru untuk menghadapi saingan Liga Perdana Inggeris musim depan. Pengurus, Andre Villas-Boas dilaporkan menyenaraikan 3 pemain yang menjadi sasaran utama mereka iaitu Penyerang Napoli, Edinson Cavani dan 2 pemain tengah, Mario Gotze dan Joao Moutinho yang masing-masing dari kelab Borussia Dortmund dan Porto.
Chelsea harus mengeluarkan belanja besar sekiranya mahu pemain-pemain ini beraksi di Stamford Bridge musim depan dengan anggaran hampir 100Juta Pound nilai keseluruhan. Untuk itu, Chelsea dilihat bakal menjual sebahagian besar pemain skuad itu dengan Torres, Drogba, Lampard, Bosingwa, Alex serta Kalou dilihat bakal menjadi mangsa. Pemilik Chelsea, Roman Abramovich dilaporkan akan menyokong segala pembelian yang bakal dibuat asalkan mereka menjual beberapa pemain untuk dijadikan modal.
No comments:
Post a Comment