Tuesday 5 July 2011

Tevez : Saya Mesti Keluar Dari Manchester City

Kapten Manchester City, Carlos Tevez menegaskan bahawa dia mahu dan perlu keluar dari kelab Manchester City atas sebab-sebab keluarganya. Keluarga Tevez terutamanya 2 orang anak perempuannya tidak begitu gembira dengan kehidupan di City dan Tevez berkata dia perlu keluar dari sana supaya keluarganya gembira. Tevez juga dikatakan telah bercakap dengan pengerusi kelab, Khaldoon Al-Mubarak tentang hasratnya itu.
Tevez bersama isteri dan 2 anak perempuannya
Tevez yang kini berada di negara asalnya, Argentina untuk kempen Piala Copa America merupakan watak paling penting bagi City musim lepas dimana mereka mengakhiri musim berada di tangga ke-3 Liga dan layak secara automatik ke Liga Juara-Juara Eropah musim akan datang. Tevez dalam kenyataannya meminta maaf kepada semua peminat City termasuk pemiliknya, Sheikh Mansoor dan meminta agar semua memahami situasi yang dialaminya. Tevez bagaimanapun tidak pasti lagi dimana dia akan bermain musim depan dan hanya menunggu sekiranya ada tawaran untuknya kelak.

Tevez berpindah ke City selepas menghabiskan perjanjian pinjaman 2 tahun dengan United pada 2009. City membayar kelab asalnya, West Ham 25 Juta Pound untuk mendapatkannya. Tevez dilantik sebagai kapten pasukan musim lepas dan menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan 20 gol, terikat bersama-sama penyerang Manchester United, Dimitar Berbatov.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...