Thursday 7 July 2011

Liverpool Akhirnya Setuju Beli Charlie Adam

Liverpool hari ini mengumumkan persetujuan dengan Blackpool tentang pembelian kapten mereka, Charlie Adam. Perpindahan yang telah lama dirancang ini bagaimanapun tertangguh agak lama setelah kedua-dua pasukan gagal mencapai persetujuan mengenai nilai perpindahan. Liverpool bagaimanapun akhirnya bersetuju membayar Blackpool 8 Juta Pound untuk pemain tengah ini.

Adam kini perlu menjalani ujian kesihatan sebelum menandatangani kontrak bersama Liverpool. Pemain berusia 25 tahun itu telah lama dikaitkan dengan Liverpool dan dlaporkan hampir menyertainya pada musim perpindahan Januari lalu namun ditolak Blackpool. Adam merupakan pemain kedua dibeli Liverpool selepas mereka mendapatkan pemain tengah bawah21 tahun England, Jordan Henderson dari Sunderland bulan lepas dengan yuran perpindahan 16 Juta Pound.

Adam dan Henderson akan menyertai skuad Liverpool dalam perlawanan pra-musim di Asia termasuk Malaysia pada 16 Julai ini. Sebelum ini, kapten Liverpool, Steven Gerrard mengumumkan untuk tidak ke Asia kerana perlu berehat dari kecederaannya.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...