Walaupun tewas 3-2 kepada Taiwan dalam perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia di Taiwan, Malaysia mara ke pusingan kedua untuk sertemu jiran terdekat, Singapura. Malaysia menang menerusi perkiraan gol di tempat lawan selepas kedudukan agregat terikat 4-4 selepas 2 perlawanan.
Sedar bekalan yang dibawa tidak mencukupi, Malaysia menyerang dari awal dan berjaya mendahului seawal minit ke-8 menerusi rembatan jarak jauh yang cantik oleh Aidil Zafuan dari sepakan percuma dari jarak 40 meter. Taiwan bangkit menyerang dan memperoleh gol penyamaan minit 30 berpunca dari sepakan penjuru. Malaysia kembali mendahului minit 40 juga menerusi sepakan percuma dan disempurnakan kapten, Safiq Rahim. Kelebihan Malaysia tidak kekal lama apabila 4 minit kemudian, pengadil memberikan sepakan penalti selepas Mahali Jasuli menjatuhkan pemain Taiwan dalam kotak penalti. Sharbinee gagal menyelamatkan bola dan mengakhiri separuh masa pertama dengan terikat 2-2.
Separuh masa kedua, Taiwan mendapat 1 lagi sepakan penalti apabila kali ini Fadhli Shas dipersalahkan menarik pemain Taiwan dalam kotak penalti. Sharbinee cemerlang kali ini dengan menyelamatkan sepakan itu dan menyelamatkan pintu gol Malaysia. Namun, Sharbinee gagal mengulangi kecemerlangan itu apabila gagal menyelamatkan gol ketiga Taiwan yang juga menerusi sepakan penalti. Kali ini, Sharbinee sendiri yang menjatuhkan pemain Taiwan. Permainan terus rancak selepas itu tetapi kedua-dua pasukan gagal menambah gol.
Kedudukan kekal 3-2 dan menjadikan agregat 4-4. Malaysia layak menerusi peraturan gol tempat lawan. Di pusingan kedua nanti, Malaysia diundi menentang Singapura. Perlawanan pusingan kedua akan berlangsung pada 23 & 38 Julai ini dengan perlawanan pertama akan berlangsung di Singapura.
Jadual Penuh semua perlawanan pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia
No comments:
Post a Comment