Monday 11 July 2011

Modric: Saya Mahu Ke Chelsea

Pemain tengah Tottenham Hotspurs, Luka Modric menegaskan bahawa dia sebenarnya sangat mengimpikan untuk bermain bersama Chelsea. Tetapi, hasratnya itu bakal terkubur apabila kelabnya itu berkeras enggan menjualnya kepada mana-mana kelab lain di Liga Perdana Inggeris. Modric, 25 tahun merupakan antara pemain yang palind diperkatakan sepanjang musim perpindahan pemain dan dikaitkan dengan beberapa kelab besar seperti Chelsea, Manchester United dan juga Manchester City.

Dalam satu kenyataan, Modric mengatakan bahawa pemilik Spurs, Daniel Levy memberi amaran kepadanya agar melupakan hasratnya itu ataupun dia hanya akan memanaskan bangku simpanan Spurs musim akan datang. Modric dikatakan sangat menginginkan untuk bermain di Liga Juara-Juara Eropah dimana Spurs tidak layak selepas menamatkan musim hanya di tangga ke-5 liga. Modric jelas kecewa dengan sikap Levy yang juga dikatakan enggan berbincang mengenai hal ini dan tetap dengan pendiriannya. Chelsea kini terdesak mencari pemain tengah baru selepas Micheal Essien mendapat kecederaan dan bakal berehat panjang sehingga penghujung tahun ini.

1 comment:

  1. Essien dh injured..so possible la kalau chelsea bid

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...