Thursday 17 March 2011

Chelsea, Real Madrid Lengkapkan Pasukan Ke Suku Akhir


Kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan juara Eropah 9 kali, Real Madrid melengkapkan senarai 8 pasukan ke peringkat suku akhir Liga Juara- Juara Eropah selepas menewaskan lawan masing-masing. Chelsea hanya sekadar seri 0-0 menentang FC Copenhagen dan layak menerusi agregat 2-0. Real Madrid pula mencatat kemenangan selesa 3-0 menewaskan Lyon dengan Marcelo, Benzema dan Angel DiMaria menjadi penjaring. Real layak dengan 4-1 secara agregat selepas seri 1-1 di Lyon pada perlawanan pertama.


Inilah senarai 8 pasukan yang layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dan undian peringkat seterusnya ini akan dijalankan pada jumaat ini jam 7petang waktu malaysia di ibu pejabat UEFA di Nyon, Switzerland.

1. Inter Milan
2. Manchester United
3. Chelsea
4. Tottenham Hotspur
5. Shakhtar Donetsk
6. Schalke
7 Barcelona
8. Real Madrid

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...