Saturday 19 March 2011

Laporan Penuh Piala FA: Kelantan 3 Felda 0 (Agregat 5-2)

Kelantan mempamerkan aksi cemerlang untuk menewaskan Felda United 3-0 pada aksi perlawanan kedua peringkat suku akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-4, Kota Bharu. kelantan mara dengan agregat 5-2 untuk bertemu Selangor.


Kelantan bermula garang dengan menyerang sejak awal permainan dengan menyedari keputusan 2-2 pada perlawanan pertama bukanlah bekalan yang cukup. Di hadapan lebih 20,000 penonton setia yang mula memenuhi stadium seawal jam 6 petang, Kelantan berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-20 menerusi S. Chanturu. Nurul Azwan Roya memberi hantaran yang cantik dan disudahkan oleh S. Chanturu yang bijak menewaskan penjaga gol Felda, Hamsani Ahmad. Separuh masa pertama berakhir 1-0.


Felda cuba menyerang balas pada separuh masa kedua namun gagal memecah kebuntuan. Benteng pertahanan Kelantan beraksi dengan sangat baik selepas kesilapan melepaskan 2 gol pada perlawanan pertama lalu. Kelantan bernasib baik apabila gol yang dijaringkan Felda dibatalkan kerana Offside. Pada minit ke-70, Kelantan berjaya menggandakan kedudukan hasil rembatan kencang Nurul Azwan Roya. Sepakan dari dalam sepakan penalti gagal diselamatkan Hamsani. Stadium bergemuruh kerana sedar Kelantan kini sebelah kaki ke peringkat separuh akhir. Perlawanan menjadi tegang selepas itu dan berlaku sedikit pergaduhan antara-pemain-pemain namun berjaya dikawal oleh pengadil bertugas. Minit 80, Kelantan mengesahkan kemenangan apabila Mohd Nizad Ayub menjaringkan gol ketiga Kelantan untuk menjadikan keputusan 3-0 dan agregat 5-2. Felda berusaha mencari gol tetapi sudah terlambat dan perlawanan tamat.

Kelantan akan bertemu Selangor pada perlawanan separuh akhir nanti apabila Selangor menewaskan Johor 2-1 di Johor Bharu dan layak juga 5-2 secara agregat. 1 lagi perlawanan separuh akhir akan menemukan 2 jiran pantai timur Kelantan iaitu Pahang dan Tereangganu. Pahang menang ketas Kuala Lumpur menerusi agregat 2-1 manakali Terengganu juga cemerlang menewaskan Perak 3-1 di Kuala Terengganu untuk agregat 5-4.


Keputusan Suku Akhir dan Jadual Separuh Akhir Piala FA

3 comments:

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...