Saturday, 5 March 2011
Mourinho Terselamat Cubaan Bunuh...!!!
Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho terselamat daripada cubaah bunuh minggu lepas. Kejadian berlaku di Lapangan Terbang La Coruna semasa Mourinho tiba di lapangan terbang itu sebelum perlawanan La Liga menentang Deportivo jumaat lepas yang berakhir dengan keputusan seri. Dia yang dikerumuni peminat untuk mendapatkan autograph tiba-tiba diserang oleh seorang 'peminat' dan menyebabkan pegawai keselamatan bertindak dan membawa Mourinho terus ke dalam Bas pasukan. Seorang pegawai keselamatan dilaporkan mengalami kecederaan dengan luka di badan. pegawai keselamatan itu tidak menyedari bahawa penyerang itu menggunakan pisau dan melepaskannya. Apabila diteliti kembali dalam rakaman CCTV lapangan terbang berkenaan, barulah sedar bahawa penyerang itu menggunakan sebilah pisau. Suspek itu kini dicari pihak berkuasa tempatan. Mourinho bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan kerana tindakan pantas pegawai keselamatan disitu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
fuhhh... nasib baik selamat... aku ingat org nk bunuh artis jer tapi manager pun sama...
ReplyDeletelg besar periuk, lg bnyk la kerak ny....
ReplyDelete