Inilah gambar jersi terbaru Argentina keluaran Adidas. Jersi ini akan digunakan untuk kejohanan Copa America dimana Argentina adalah tuan rumah pada Julai nanti.
Masih mengekalkan corak tradisi belang biru muda dan putih untuk jersi 'home' dengan seluar dan stokin hitam. Sedikit kelainan daripada jersi sebelum ini adalah dengan adanya kolar.
Jersi 'away' pula nampak lebih menarik dengan warna biru gelap berserta corak biru muda dan putih melintang di dada. Jersi ini berbeza dengan jersi 'home' kerana ianya 'round neck'. Untuk jersi ini, ia dipadankan dengan seluar dan stokin berwarna putih.
*Berminat..???
No comments:
Post a Comment