Thursday, 17 March 2011
Musim Rio Ferdinand Sudah Berakhir
Pemain pertahanan berpengalaman United dan England, Rio Ferdinand dilaporkan tidak akan bermain lagi sehingga penghujung musim ini. Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus United, Alex Ferguson dalam 1 sidang media. Ferdinand sudah tidak bermain lebih sebulan kerana kecederaan betisnya dan tempat dia diambil alih oleh pemain muda, Chris Smalling. United kini berdepan krisis kecederaan yang serius apabila kehilangan 2 lagi pemain selepas perlawanan menentang Marseille iaitu John O' Shea dan Rafael juga akibat kecederaan tetapi mungkin hanya untuk 1-2 minggu sahaja. Kapten pasukan, Nemanja Vidic juga bergelut untuk cergas dan digugurkan pada perlawanan lepas.
Selain bahagian pertahanan, bahagian tengah juga bermasalah dengan Darren Fletcher, Owen Hargreaves, Anderson dan juga Park Ji Sung masih belum cergas sepenuhnya. United akan turun menentang Bolton Wanderers sabtu ini untuk Liga Perdana Inggeris.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
owh dah berakhir rupanya tapi sibuk nak pertahan kan lilitan kapten england
ReplyDeleteisk iskkkk....