Tuesday 1 March 2011

Serie A: AC Milan Semakin Hampiri Kejuaraan

AC Milan kembali menjarakkan kedudukan di puncak Serie A Itali setelah berjaya menewaskan pencabarnya, Napoli di San Siro 3-0. Milan mengusai permainan sejak awal lagi dan berhak untuk menang. Napoli bagaimanapun bermain secara berhati-hati dan bertahan dengan baik. Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan. AC Milan berjaya mendapatkan 1 sepakan penalti 3 minit selepas bersambung babak kedua apabila pertahanan Napoli menampan bola menggunakan tangannya ketika situasi kelam-kabut dalam kotak penalti dan keputusan pengadil itu menimbulkan rasa tidak puas hati pemain Napoli. Zlatan Ibrahimovich bertanggungjawab mengambil sepakan penalti dan menyempurnakannya. Permainan kemudiannya agak tegang selepas kejadian itu dan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Milan berjaya menambah jaringan hasil jaringan pemain kelahiran Ghana, Kevin Prince Boateng dan 4 minit selepas itu, Alex Pato Mengesahkan kemenangan Milan dengan satu gerakan couter attack yang menarik.
AC Milan kini 5 mata dihadapan pencabar terdekat yang juga musuh utama, Inter Milan. Napoli pula jatuh ke tangga ke-3, 1 mata dibalakang Inter. Hanya tinggal 11 lagi perlawanan dan Milan nampaknya hampir pasti untuk merampas kejuaraan Serie A daripada Inter Milan.

Senarai penjaring terbanyak Serie A Itali

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...