Friday, 4 March 2011
Kelantan Berjaya Teruskan Kemaraan Piala FA
Pasukan pendahulu Liga Super, Kelantan meneruskan kecemerlangan apabila berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala FA selepas menewaskan Johor FC 1-0 di Stadium JCorp, Pasir Gudang. Gol tunggal hasil jaringan ketua pasukan, Mohd Badhri Radzi ataupun Piya sudah cukup untuk memastikan The Red Warrios pulang dengan gembira ke Kota Bharu. sejak awal sepak mula lagi Kelantan sudah melancarkan serangan dan berjaya memecahkan kebuntuan seawal minit ke-10 apabila Piya menyudahkan bola hantaran Norshahrul Idlan Talaha. Selepas itu Kelantan terus menguasai permainan namun sehingga habis separuh masa pertama.
Separuh masa kedua bermula sama seperti separuhh masa pertama dengan Kelantan bayak memegang bola. Anak-anak buah dato' M. Karathu nampak bermain dengan baik tetapi sebarang tambahan jaringan gagal dicari. Permainan menjadi agak tegang pada penghujung saingan apabila pengadil melayangkan kad merah kepada penyerang Johor FC, Wan Mohd Hoesne setelah beliau membuat 'tackle' keras terhadap K. Soley. Tindakan penyokong Johor FC yang membaling objek ke padang akibat ketidakpuasan hati terhadap keputusan pengadil memaksa pengadil menghentikan permainan selama beberapa minit. Perlawanan disambung dan keputusan kekal sehingga akhir permainan. Kelantan mara ke peringkat suku akhir Piala FA untuk bertemu Felda United yang menewaskan Kedah 1-0 di Stadium Darulaman.
Keputusan Penuh Pusingan 2 Piala FA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Anak-anak dato' M. Karathu?
ReplyDeleteketidakpuasan hati?