Pasukan pendahulu Liga Super, Kelantan akan berkunjung ke Stadium JCORP di Pasir Gudang untuk aksi pusingan ke-2 Piala FA menetang Johor FC. The Red Warriors yang masih segar dari kejayaan membelasah Negeri Sembilan di Kota Bharu Selasa lalu semestinya dalam keadaan terbaik untuk menentang pasukan ke-3 tercorot Liga Super itu. Kedua-dua pasukan pernah bertemu dalam aksi Liga Super sebelum ini di Kota Bharu yang berkesudahan dengan kemenangan selesa kepada Kelantan 4-1.
Kelibat penyerang terbaik Liga Super masa ini, Norshahrul Idlan Talaha tentunya akan merisaukan Johor FC dengan rekod jaringan yang cemerlang setakat ini dengan 6 gol dalam 6 perlawanan liga. Norshahrul mungkin akan digandingkan dengan bekas penyerang Kebangsaan, Khalid Jamlus untuk perlawanan ini ekoran kecederaan yang melanda Ramzul Zahini. Pemain sayap, Nurul Azwan Roya akan kembali ke Johor pertama kali selepas menyertai Kelantan. Dia adalah watak utama yang membantu Johor FC mencipta sejarah mara hingga ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia tahun lepas sebelum tewas kepada Negeri Sembilan. Seorang lagi pemain yang mendapat kecederaan adalah S. Chanturu dan tempatnya akan diisi K. Soley.
Johor FC pula akan mengharapkan jentera serangan mereka mampu melakukan sesuatu untuk membuat kejutan kepada Kelantan. Penyerang prolifik Johor FC, Mohd Riduwan Maon, yang telah menjaringkan 2 gol dalam saingan liga (1 daripadanya semasa menentang Kelantan) semestinya akan menjadi sandaran. Pasukan Johor FC yang dibelasah Terengganu 3-0 tempoh hari mahu melupakan dengan segera dan berharap kemenangan keatas Kelantan akan menyuntik kembali semangat mereka di dalam saingan Liga Super. Bekas pemain negeri Sembilan, Rezal Zambry Yahya dan juga pemain berpengalaman Eddy Helmi(gambar) akan bertanggungjawab membantu Riduwan.
Perlawanan ini akan berlangsung pada hari jumaat 4/3/2011, jam 8.45 malam. Pemenang perlawanan ini akan bertemu samaada Kedah ataupun Felda United pada peringkat suku akhir nanti.
Barisan Kemungkinan:
Kelantan - Khairul Fahmi, Daudsu, Rizal Fahmi, Farisham, S. Subramaniam, Shakir, Badhri Radzi(c), Nurul Azwan, K, Soley, Norshahrul, Khalid Jamlus
Johor FC - Anis Faron, Irfan, Hasni Zaidi, Mohd Radzi, Mohd Rashid, Khiri Kiman, Rezal Zambry(c), Badrul Khalid, Eddy Helmi, Wan Mohd Hoesne, Riduwan Maon
Ramalan BBT: Johor FC 0-2 Kelantan. Apa pula ramalan anda..?
Jadual Pusingan Kedua Piala FA
Kedudukan Terkini Carta Liga Super
Senarai Penjaring Terbanyak Liga Super
tak minat bola sepak.. hehe.. selalu tertanya2 apa yang best sampai orang fanatik? :)
ReplyDeletelu x minat bola tp duk layan blog bola..mangkuk btul..
ReplyDeleteaku rasa kelantan boleh menang...tapi tak byk gol..maybe 2-1 atau 1-0
ReplyDelete