Wednesday 16 March 2011

Hernandez Muncul Wira; United, Inter Ke Suku Akhir


Penyerang Mexico, Javier Hernandez menjadi wira United apabila menjaringkan 2 gol untuk menewaskan wakil Perancis, Olympique Marseille 2-1 dalam aksi perlawanan kedua pusingan 16-terakhir Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi. Hernandez menjaringkan gol di setiap separuh masa untuk memastikan United meneruskan pencapaian baik selepas juga berjaya layak ke separuh akhir FA Cup Inggeris sabtu lalu. United bagaimanapun malalui 8 minit terakhir permainan dengan berdebar setelah Marseille berjaya merapatkan jurang. Namun, Juara musim 2007/2008 itu berjaya mengekalkan kelebihan sekaligus layak ke pusingan suku akhir dengan agregat 2-1 selepas perlawanan pertama berakhir tanpa jaringan.


Turut mengiringi United ialah Inter Milan. Bayern gagal menebus kekalahan di tangan Inter Milan pada Final tahun lalu dengan Inter sekali lagi mengecewakan Juara Jerman itu dengan agregat 3-3 dan berdasarkan peraturan gol di tempat lawan, Inter mara selepas menang 3-2 di Allianz Arena. Dalam aksi perlawanan pertama, Bayern mengejutkan Inter di San Siro dengan jaringan 1-0. Goran Pandev menjadi wira menjaringkan gol kemenangan Inter 2 minit sebelum tamat.

1 comment:

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...