Saturday, 12 March 2011
Lesen Memandu Lampard Digantung..!!!
Pemain tengah Chelsea, Frank Lampard hari ini digantung lesen memandunya selama 3 bulan atau 90 hari kerana kesalahan memandu laju. Lampard memandu hampir 150 km/j di kawasan had laju 80 km/j. Lampard mengaku bersalah atas dakwaan itu dan kini mengemukakan rayuan agar hukuman yang diterima diringankan. Ini bukan kali pertama kes sedemikian berlaku ke atas pemain-pemain Liga Perdana Inggeris. 2 hari lalu, Pemain Arsenal, Alex Song disaman 60Pound kerana kesalahan sama. 1 lagi kes adalah pada tahun lepas melibatkan pemain pertahanan Blackburn Rovers, Chris Samba. Dia didapati bersalah memandu kereta Rolls-Royce dengan kelajuan 75 km/j di kawasan had kelajuan 50 km/j. Dia didenda 120pound atas kesalahan itu.
*kalo dah naik Rolls-Royce, takkan nak bawak 50 je......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment