Wednesday, 30 March 2011
Laluan Mudah Buat Malaysia; Diundi Lawan Lubnan
Malaysia mendapat khabar gembira apabila diundi bertemu wakil dari timur tengah iaitu Lubnan pada pusingan kedua kelayakan Olimpik. Lubnan yang berada di bawah Malaysia dalam Rangking terbaru FIFA iaitu di tangga 169 dunia dan 32 dikalangan negara di Asia berbanding Malaysia yang kini di tangga 138 dunia dan 21 di Asia. Ini akan memberikan peluang yang baik untuk skuad Kebangsaan negara untuk mara ke peringkat seterusnya.
Berikut senarai semua perlawanan pusingan 2 Kelayakan Olimpik Asia:-
Lubnan vs Malaysia
Korea Selatan vs Jordan
Jepun vs Kuwait
Iraq vs Iran
Australia vs Yaman
Korea Utara vs UAE
Bahrain vs Thailand
Arab Saudi vs Vietnam
China vs Oman
Qatar vs India
Uzbekistan vs Hong Kong
Syria vs Turkmenistan
Perlawanan pusingan kedua akan diadakan mengikut format timbal balik dan akan dilangsungkan pada 19 dan 23 Jun. Pemenang peringkat ini akan diundi dalam 3 kumpulan untuk pusingan terakhir dengan juara setiap kumpulan layak secara automatik ke sukan Olimpik London 2012 manakala pasukan tangga ke-2 akan melalui pusingan play-off menentang pasukan dari Konfederasi Bolasepak Africa (CAF).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
harap ada sinar..
ReplyDeleteIni bermakna skuad harimau ade tiga perlawanan pada jun nie sbb kebanyakkan team senior pun adalah dr harimau. Team senior pula ade game pd 29 jun lawan taiwan.
ReplyDeletebetul2... bln jun yang penuh cabaran... bakal menentukan hala tuju dan masa depan bolasepak negara...
ReplyDeleteharap jgn ada kecederaan..dgr berita smlm rekod lubnan pon boleh tahan..
ReplyDeletePeluang nmpk 60-40.. kalo men mcm piala AFF Suzuki, mmg hrpan cerah...
ReplyDelete