Wednesday, 2 March 2011
Chelsea Bangkit Tewaskan United Di Stamford Bridge
Chelsea naik ke tangga ke-4 Liga Perdana Inggeris apabila bangkit dari ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama untuk menewaskan pendahulu liga, Manchester United. United bagaimanapun masih kekal di puncak lagi tetapi hanya berkelebihan 4 mata dengan bermain lebih satu perlawanan daripada pencabar terdekat, Arsenal. United Bermain baik pada separuh masa pertama dengan hantaran-hantaran yang tepat dan pantas menyebabkan Chelsea kerap bertahan. Manchester United berjaya mendapatkan gol pertama menerusi Wayne Rooney. Dia mendapat bola dari Nani, memusingkan badan dan membuat tendangan leret kearah kanan pintu gol dan menewaskan Petr Cech. Chelsea kemudiannya menyerang balas dan hampir menyamakan kedudukan namun tindakan pantas Edwin van der Sar berjaya menyelamatkan keadaan. Separuh masa pertama berakhir 0-1.
Separuh masa kedua, chelsea bermula dengan sangat meyakinkan dan terus menyerang kubu United tetapi Van Der Sar beraksi cemerlang sehinggalaa minit ke-55 apabila hantaran lintang dari Lampard disudahkan pemain pertahanan, David Luiz. Luiz melepaskan satu rembatan leret yang gagal dibaca olah Van Der Sar dan dibiarkan menggegar jaring. Chelsea terus menyerang selepas itu dan mereka berjaya mendapatkan sepakan penalti apabila Chris Smalling menjatuhkan pemain gantian, Yuri Zhirkov dalam petak penalti. Lampard mengambil sepakan dan merembat deras ke tengah dan menewaskan Van Der Sar. United terus tenggelam oleh serangan demi serangan dan mereka terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah kapten pasukan, Nemanja Vidic dilayangkan kad kuning kedua kerana kekasaran keatas Ramires pada masa tambahan. Kedudukan itu kekal sampai wisel penamat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment