Wednesday, 16 March 2011
Laporan Penuh: Kelantan 2 - Felda United 2
Kelantan mensia-siakan kelebihan bermain di tempat sendiri dalam perlawanan pertama peringkat suku akhir Piala FA selepas hanya mampu seri 2-2 dengan Felda United.
Dihadapan lebih 20,000 penyokong setia, Kelantan bermula dengan agak perlahan dan kurang mencipta peluang pada awal permainan, sebaliknya, Felda yang dilihat lebih tersusun kerap membuat serangan ke arah pintu gol Khairul Fahmi. Selepas lebih 20 minit permainan, Kelantan mula menguasai bola dan melancarkan serangan demi serangan. Felda mula memperlahankan rentak permainan dan sengaja melewat-lewatkan permainan sehingga 2 pemainnya dilayang kad kuning gara-gara membazir masa. Felda yang sekali-sekala melancarkan serangan berjaya mendahului pasukan tuan rumah dengan tandukan dari Mohd Badrul Azam. Dia menerima hantaran lintang Mohd Faderin Kadir dan berjaya memperdaya Khairul Fahmi. Kelantan yang tertekan apabila ketinggalan mula membuat asakan. Hasilnya, tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir separuh masa pertama menerusi ketua pasukan, Mohd Badhri Radzi atau Piya. Piya menerima hantaran pendek dari Norshahrul melepaskan rembatan mendatar ke sisi sebelah kanan penjaga gol Felda dan menewaskannya. Separuh masa pertama berakhir 1-1.
Separuh masa kedua, Kelantan bermula dengan agak positif dan banyak menguasai bola. Ini menyebabkan bahagian pertahanan Felda yang dikemudi Khaironnisam Sahabudin sibuk mengawal pergerakan pemain-pemain Kelantan. Asakan demi asakan Kelantan akhirnya berjaya berada di depan hasil jaringan penggempur utama, Norshahrul Idlan Talaha. Norshahrul melepaskan rembatan dari jarak dekat yang gagal ditepis keluar oleh Hamsani Ahmad. Jaringan itu menggamatkan Stadium Sultan Muhammad ke-4. Selepas jaringan itu, Kelantan terus bersemangat untuk mencari bekalan selesa sebelum perlawanan kedua jumaat nanti. 2 cubaan masing-masing dari Norshahrul dan Nurul Azwan Roya hampir berjaya menambah gol tetapi gagal memanfaatkan peluang yang terhidang.
Kelekaan Kelantan menyerang akhirnya membawa padah apabila 1 serangan pantas dari Felda berhasil. Faderin Kadir dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Khairul Fahmi yang meluru keluar untuk menangkap bola. Pembantu pengadil tidak teragak-agak memberikan foul kepada Khairul Fahmi yang juga dilayangkan kad kuning dan menghadiahkan sepakan penalti diminit ke-90 kepada Felda. Keputusan itu agak menghairankan dan boleh dipertikai kerana dalam situasi 50-50, biasanya kelebihan adalah kepada penjaga gol. Seluruh Stadium yang tidak berpuas hati memprotes keputusan itu dan botol-botol mula melayang kearah penjaga garisan itu. Liew Kit Kong mudah menyempurnakan sepakan penalti untuk mengikat kedudukan 2-2. Kelantan yang cuba menyerang pada masa tambahan hampir berjaya memenangi perlawanan apabila situasi 1 sama 1 antara Norshahrul dan Hamsani gagal disempurnakan. Keputusan itu kekal sehingga tamat permainan dan kekecewaan penyokong Kelantan jelas kelihatan teruatama dengan keputusan pembantu pengadil.
Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi di gelanggang yang sama Sabtu ini untuk perlawanan kedua suku akhir. Felda yang menjadi tuan rumah memilih untuk bermain di Kota Bharu.
Keputusan Suku akhir 1 Piala FA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bangkitlah Kelantan dengan penuh bermaruah,jangan hina khebatan pasukan anda dan harapan peminat dengan kekalahan demi kekalahan yang memalukan.Anda boleh dan yakin boleh dengan semangat Tok Guru yang sentiasa perhatian kepada anak-anak muda Kelantan...
ReplyDeleteBtul tu..
ReplyDeletehrp2 bole mng lps ni..
bak kate SAF
"The question when you lose a game is always how you recover"