Saturday, 5 March 2011

Safee Sali Ledak Gol Kemenangan Pelita Jaya FC


Penerima kasut emas Piala AFF Suzuki 2010, Mohd Safee Sali membuka tirai penampilannya bersama kelab baru, Pelita Jaya dengan bergaya apabila menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Sriwijaya FC 1-0 dalam saingan Liga Super Indonesia. Pemain kelahiran Perak itu menunjukkan aksi mantap sejak awal permainan dan mempunyai 2 cubaan baik seawal 5 minit pertama permainan. Usaha Safee akhirnya berjaya pada minit ke-63 separuh masa kedua berpunca dari keadaan kelam kabut di depan pintu gol dan Safee mengambil kesempatan kesilapan pemain pertahanan yang gagal mengeluarkan bola dengan baik untuk menggegarkan gawang Sriwijaya. Jaringan itu menggamatkan Stadium Singaperbangsa yang penuh sesak untuk menyaksiakan aksi sulung Safee. Safee yang memakai jersi bernombor 55 kemudiannya dikeluarkan 5 minit sebelum tamat dan mendapat tepukan gemuruh penyokong Pelita Jaya.

3 comments:

  1. bgus2 safee..
    hrumkn nama malaysia...

    ReplyDelete
  2. perkembangan yg
    menarik..

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...