Wednesday, 30 March 2011

Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014; Malaysia Lawan Taiwan


Malaysia diundi menentang Taiwan pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 peringkat Asia. Taiwan berada17 tangga di belakang pasukan kebangsaan iaitu tangga 160.  Dalam undian yang dijalankan di Kuala Lumpur selepas undian kelayakan Olimpik London 2012, 16 pasukan diundi dalam pusingan pertama dan akan menyertai 22 lagi pasukan yang secara automatik ke pusingan ke-2 sekiranya menang perlawanan masing-masing.

Sekiranya Malaysia berjaya menewaskan Taiwan, jiran terdekat, Singapura akan menanti di pusingan ke-2. 15 pemenang peringkat ke-2 kemudiannya akan menyertai 5 pasukan yang telah layak iaitu Jepun, Korea Selatan, Korea Utara, Bahrain dan Australia di pusingan ke-3 yang akan dijalankan mengikut format kumpulan dengan 5 kumpulan yang terdiri daripada 4 pasukan setiap kumpulan.

Berikut keputusan undian yang telah dijalankan:-

Pusingan 1 (29 Jun & 3 Julai)

Malaysia vs Taiwan
Kemboja vs Laos
Mongolia vs Myanmar
Sri Lanka vs Filipina
Bangladesh vs Pakistan
Vietnam vs Macau
Nepal vs Timor Leste
Afganistan vs Palestin

Pusingan 2 (23 & 28 Julai)

Singapura vs Malaysia/Taiwan
Thailand vs  Afganistan/Palestin
Qatar vs  Vietnam/Macau
Lubnan vs  Bangladesh/Pakistan
Kuwait vs  Sri Lanka/Filipina
China vs  Kemboja/Laos
Jordan vs  Nepal/Timor Leste
Oman vs  Mongolia/Myanmar
Turkmenistan vs Indonesia
UAE vs India
Iraq vs Yaman
Arab Saudi vs Hong Kong
Syria vs Tajikistan
Iran vs Maldives
Uzbekistan vs Kyrgysztan

Pusingan 3 (September 2011 hingga Februari 2012)

Undian bagi pusingan ketiga akan diadakan serentak untuk semua pasukan bertanding seluruh dunia di Rio De Jeneiro pada 31 Julai, 3 hari selepas pusingan kedua tamat. Pusingan ketiga adalah seperti berikut:

-15 pasukan pemenang pusingan ke-2 + 5 pasukan automatik (Jepun, Koea selatan, Korea Utara, Australia & Bahrain)
-20 Pasukan akan dibahagi kepada 5 kumpulan (4 pasukan setiap kumpulan)


Undian Kelayakan Olimpik London 2012

7 comments:

  1. Kalu kita boleh maintain cara sekarang ade peluang ke pusingan ke 3.

    ReplyDelete
  2. setuju cayrul... singapore blh mkn ny....

    ReplyDelete
  3. kene maintain..skill dah ade peningkatan..
    yg kene tambah stamina je..mcm belum cukup utk main 90minit..yg lain dah ade peningkatan yg baik..

    ReplyDelete
  4. stamina kne improve, lg 1 fokus kne 100% untuk 90 minit, jgn leka last2....

    ReplyDelete
  5. gopa kne kemas kan pertahanan.pertahanan longlai tengah kne gunakn pemain yang berkemahiran tinggi mengawal bola.spt badrol bathiar ataupun syakir.

    ReplyDelete
  6. ok 3..layak

    ReplyDelete
  7. stamina pemain tidak tinggi,kerana pemain tidak dapat mengekalkan stamina mereka sehingga minit akhir perlawanan. itu akan memberi peluang kepada pihak lawan untuk menyuasai perlawanan serta menjaringkan gol.

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...