Perlawanan kedua antara Pakistan dan Malaysia untuk kelayakan Olimpik akan berlangsung pada 9/3/2011 ini. Perlawanan pertama di Stadium Shah Alam 24/2 lepas Skuad kendalian Ong Kim Swee ini berjaya menewaskan pakistan 2-0, satu keputusan yang rasanya tidaklah dapat dibanggakan kerana Pakistan hanya bermain dengan 10 pemain sepanjang separuh masa kedua. Perlawanan ini penting dalam usaha malaysia meningkatkan kembali reputasi skuad Bolasepak negara. Soalnya, mampukah Malaysia menewaskan Pakistan dalam perlawanan penting dihadapan penyokong pakistan di Lahore Rabu ini?
Di atas kertas, memang kelebihan jelas terletak pada pasukan Malaysia. Berdasarkan rangking terbaru yang dikeluarkan FIFA, Malaysia berada di tangga ke-140 berbanding Pakistan yang sekadar berada di tangga ke-173. Namun, Pakistan bukannya pasukan yang lemah lebih-lebih lagi apabila bermain di hadapan penyokong sendiri. Kelibat penjaga gol gantian, Muhammad Umer pada perlawanan lalu adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian Ong Kim Swee. Umer menyelamatkan Pakistan daripada kekalahan yang lebih teruk dengan menyelamatkan gawangnya dengan cemerlang dari serangan Malaysia. Pakistan juga mempunyai kelebihan dari segi fizikal kerana rata-rata pemain mereka mempunyai susuk tubuh yang jauh lebih besar dari pemain Malaysia walaupun dari segi tekniknya mereka agak sederhana.
Bekalan 2 gol yang dibawa skuad olimpik ke Lahore mungkin sudah cukup kerana Malaysia hanya perlu seri ataupun kalah dengan margin gol kurang dari 2 gol untuk layak ke pusingan seterusnya pada kelayakan olimpik ini. Bahagian pertahanan negara perlu bekerja keras untuk menahan asakan Pakistan dan kelibat Muslim Ahmad dan Fadhli Shas sememangnya amat meyakinkan dalam perlawanan sebelum ini termasuklah semasa menjulang Piala AFF Suzuki. Di bahagian gol pula, kapten pasukan, Khairul Fahmi tentunya diharap dapat sekali lagi beraksi cemerlang untuk mengelakkan gawangnya dibolosi. Bahagian serangan akan mungkin akan menyaksiakan Fakri Saarani yang akan bergandingan dengan penyerang muda Kedah, Ahmad Shakir Ali. 2 pemain yang beraksi dengan sangat baik di Shah Alam, Mahali Jasuli dan pemain tengah, K. Gurusamy juga penting dalam skuad ini dan sekiranya mereka beraksi baik, tidak mustahil Malaysia akan menang perlawanan di Lahore nanti.
Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung oleh Astro Arena, saluran 801 pada jam 10.30 malam, 9/3/2011. Sama-samalah kita berdoa agar skuad olimpik negara akan mencapai kemenangan dan layak ke pusingan seterusnya nanti....'finger crossed'..
*Ramalan BBT- Pakistan 1 - Malaysia 2
susah nak cakap. saya rasa kalau Pakistan letak penjaga gol yang sama, mungkin susah. Lagi penjaga gol kita jangan leka. perlawanan lepas ada banyak bola dapat kaki lawan masa goal kick. harapan saya sama juga, semoga Malaysia menang. Harap2 kali ni dapatlah ke Olimpik.
ReplyDeleteDiharapkan seluruh pasukan Malaysia menunjukkan prestasi yg baik dan dapat mempertahankan kelebihan 2 gol...
ReplyDelete