Tuesday 8 March 2011

Preview Liga Juara-Juara Eropah 9/3/2011

2 perlawanan Liga Juara-Juara Eropah akan berlangsung malam ini. Paling menarik adalah pertembungan klasik Barcelona dan Arsenal di Nou Camp. Arsenal mempunyai sedikit kelebihan dengan menang perlawanan pertama di Emirates 3 minggu lepas 2-1. Namun, perlawanan di Nou Camp ini tidak akan mudah kerana ianya kubu kuat Barcelona. Arsenal yang dibelenggu masalah kecederaan sebelum ini membuat kejutan apabila turut menyenaraikan kapten Cesc Fabregas dan penyerang, Robin Van Persie dalam perjalanan ke Barcelona namun ianya belum dapat dipastikan kedua-duanya akan bermain malam ini. Barcelona pula akan turun tanpa ketua pasukan, Charles Puyol untuk perlawanan ini yang juga turut mengalami kecederaan.


1 lagi perlawanan adalah antara Shakhtar Donetsk dari Ukraine menentang wakil Itali, AS Roma. Ini adalah perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pertama buat pengurus baru, Vincenzo Montella. Tugas berat akan menanti beliau apabila terpaksa menewaskan Shaktar di tempat lawan apabila perlawanan pertama di Stadium Olimpik Rome menyaksikan Roma tewas 3-2.

Barcelona Vs Arsenal - 3.45 pg, Astro 812 ESPN

Shakhtar Donetsk Vs AS Roma - 3.45 pg, Astro 813 STARSprots

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...