Sunday 13 March 2011

Jadual Suku Akhir Piala FA 15/3/2011


4 perlawanan suku akhir Piala FA akan berlangsung pada hari Selasa, 15/3/2011. Antara pertembungan menarik adalah antara 2 pasukan teratas Liga Super iaitu Kelantan dan Felda United di Stadium Sultan Muhammad ke-4, Kota Bharu. Pasukan yang belum pernah kalah musim ini, Perak akan melayan Terengganu di Ipoh, Pahang, yang meleburkan rekod tanpa kalah Kelantan sebelum ini akan menentang Kuala Lumpur manakala penyandang juara Liga Super, Selangor akan menanti kunjungan Johor, satu-satunya pasukan bukan Liga Super, di Stadium Shah Alam. Berikut senarai semua perlawanan peringkat suku akhir.


Pada peringkat suku akhir ini, perlawanan akan menggunakan format timbal-balik dimana 2 perlawanan akan berlangsung di tempat sendiri dan tempat lawan.


Kedudukan terkini Liga Super
Senarai penjaring terbanyak Liga Super

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...