Sunday, 6 March 2011

Preview EPL: Liverpool Vs Manchester United

Liverpool akan melayan pendahulu Liga, Manchester United di Anfield dalam perlawanan yang amat penting bagi kedua-dua pasukan. United pastinya akan turun dengan lebih bertenaga dan melupakan dengan segera kekalahan mereka di tangan Chelsea tempoh hari. Liverpool juga ingin bangkit daripada kekalahan mereka kepada West Ham di Upton Park, iaitu kekalahan pertama mereka sejak Kenny Dalglish memimpin mereka.


Liverpool masih berteka-teki tentang status kecergasan pemain termahal England, Andy Carroll dan Dalglish sendiri tidak dapat memberikan pengesahan adakah Carroll akan diturunkan untuk bergandingan dengan Luis Suarez malam ini. Lain-lain pemain liverpool semuanya cergas kecuali pemain pertahanan muda, Martin Kelly.


Ryan Giggs akan membuat penampilan ke-607 kali sekiranya diturunkan malam ini dan melepasi rekod yang dipegang Sir Bobby Charlton sebelum ini. Bagaimanapun, United mempunyai masalah di bahagian pertahanan apabila kapten pasukan, Nemanja Vidic digantung akibat kad merah semasa perlawanan menentang Chelsea. Rio Ferdinand dan Johnny Evans juga masih bergelut dengan kecederaan dan akan terlepas perlawanan genting ini. Di bahagian serangan pula, Wayne Rooney mungkin akan bergandingan dengan Dimitar Berbatov.

Saksikan perlawanan hebat ini di Astro 812 ESPN dan Astro 832 ESPN HD , 9.30 malam.


*Ramalan BBT: Liverpool 1-United 1

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...