Wednesday, 23 March 2011

Senarai Skuad Negara Menentang Etoile FC 26 Mac


Jurulatih, K. Rajagobal menamakan 24 pemain dalam skuad untuk perlawanan persahabatan antarabangsa menentang kelab Liga Singapura, Etoile FC. 2 muka baru dipanggil menyertai skuad adalah pemain pertahanan Kelantan, Rizal Fahmi Rosid dan pemain tengah Selangor, Azidan Sarudin. Pemain kelab Pelita Jaya yang juga penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki, Safee Sali tidak dipanggil kerana jadual padat Liga Super Indonesia. Turut terlepas adalah penyerang Negeri Sembilan, Zaquan Adha yang masih belum cergas sepenuhnya. Namun, kembar Zaquan, Aidil Zafuan dipanggil menyertai skuad. rajagobal masih mengekalkan safiq rahim sebagai kapten pasukan biarpun Aidil telah kembali untuk beraksi. Perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Jalan Besar, Singapura pada jam 8 malam 26 mac ini.


Senarai Pemain Skuad Kebangsaan;

Penjaga gol - Khairul Fahmi (Kel), Farizal Marlias (NS), Mohd Sharbinee Allawee(Ter)

Pertahanan - Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mahali Jasuli (HMA), Rizal Fahmi Rosid (Kel), Aidil Zafuan (NS), Asrarudin Putra Omar (Sel), Azmi Muslim, Mohd Sabre Abu (Ked)

Tengah - K. Gurusamy (HMA), Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar (Ked), Azidan Sarudin, Safiq Rahim(c), Amirulhadi Zainal (Sel), S. Kunanlan (NS), S. Chanturu (Kel)

Penyerang - Norshahrul Idlan Talaha (Kel), Mohd Ashaari Shamsudin (Ter), Ahmad Fakri Saarani (NS), Shahrizal Saad (JFC) dan Izzaq Faris (HMA)

2 comments:

  1. harap2 boleh menang... tapi tak best la main lawan kelab2 nie.. mcm lawan chelsea and liverpool...
    sbbnya kita tak dapat apa2 pun... yang penting kita nak naikkan rangking dunia...

    kalu ranking yang baik akan memberi kelebihan dalam undian kelayakan piala dunia...

    ReplyDelete
  2. Lawan kelab x dpt la point tuk Rangking FIFA...
    FAM x jlnkan tugas dgn baik....

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...